'Past tense' bagi 'non-action verb' adalah masa perbuatan bukan fizikal yang berlaku pada masa yang telah lepas. Apabila sesuatu perbuatan itu berlaku pada masa yang sudah lepas, maka ejaan 'Past tense' hendaklah digunakan kepada 'infinitive' (perkataan dasar) bagi perbuatan tersebut.
'Past tense' (bagi 'non-action verb') boleh ujud dalam beberapa bentuk :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
5. Bentuk soalan bagi bentuk aktif.
6. Bentuk soalan bagi bentuk negatif.
7. Bentuk soalan bagi bentuk pasif.
8. Bentuk soalan bagi bentuk negatif dan pasif.
9. Bentuk permintaan/suruhan/tegahan - Tidak ujud.
10.Tiada bentuk - Tidak ujud.
1. 'Past tense' bagi 'non-action verb' yang berbentuk aktif
1.1. Struktur penggunaan 1 : (Objek) + ('past tense').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Catitan |
Guess | Agak | He guessed correctly | Dia (telah) mengagak dengan betul | (Pengucap bermaksud perbuatan mengagak itu berlangsung pada satu masa yang lepas) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + ('past tense'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past tense' tertentu.
- 4. 'Past tense' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular', 'plural') iaitu objek 'I, you, singular' atau 'plural' menggunakan 'past tense' yang sama.
- 5. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menandakan masa lepas tapi ia sering disenyapkan.
- 6. Struktur ini sama seperti bagi 'action verb'.
Selain dari struktur diatas, struktur berikut boleh juga digunakan sebagai ganti :
1.2. Struktur penggunaan 2 : (Objek) + 'did' + ('non-action verb').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Catitan |
Guess | Agak | He did guess correctly | Dia (telah) mengagak dengan betul | (Pengucap bermaksud perbuatan mengagak itu berlangsung pada satu masa yang lepas) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk aktif) : (Objek) + did + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'did' diikuti dengan perkataan 'non-action verb' tertentu.
- 4. 'Did' digunakan bagi semua objek 'I, you, singular' atau 'plural' (objek 'I, you, singular' atau 'plural' menggunakan perkataan 'did').
- 5. Perkataan 'did' menandakan 'past tense'.
- 6. Perkataan 'Non-action verb' selepas perkataan 'did' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- 7. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menandakan masa lepas tapi ia sering disenyapkan.
- 8. Struktur ini sama seperti bagi 'action verb'.
2. 'Past tense' bagi 'non-action verb' yang berbentuk negatif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'did' + 'not' + ('non-action verb').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Catitan |
Guess | Agak | He did not guess correctly | Dia (telah) tidak mengagak dengan betul | (Pengucap bermaksud perbuatan tidak mengagak dengan betul itu berlangsung pada satu masa yang lepas) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud ia berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk negatif) : (Objek) + 'did' + 'not' + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'did' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'did' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'. Ia juga melambangkan masa lepas.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Frasa 'did not' bermakna 'tidak' atau 'bukan' (bagi masa lepas). Ia sering diringkaskan menjadi 'didn't'.
- 7. 'Non-action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar). Perkataan 'infinitive' (kata/ejaan dasar) sentiasa digunakan selepas perkataan 'not'.
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak' boleh dikatakan biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 9. Struktur ini sama seperti bagi 'action verb'.
3. 'Past tense' bagi 'non-action verb' dalam bentuk pasif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English Past tense | Melayu | Catitan |
Guess | Agak | It was guessed correctly | Ia diagak dengan betul | (Pengucap bermaksud perbuatan diagak itu berlangsung pada satu masa yang lepas) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu sudah berlaku pada masa yang lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'was/were' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objeknya ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objeknya ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'past participle' menandakan pasif.
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'was/were' bermakna 'telah di...).
- 7. Kombinasi 'was/were + ('past participle')' bermaksud 'telah di(pasif)'.
- 8. Struktur ini sama seperti bagi 'action verb'.
- 9. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + ('past tense').
4. 'Past tense' bagi 'non-action verb' dalam bentuk negatif dan pasif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'not' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Catitan |
Guess | Agak | It was not guessed correctly | Ia (telah) tidak diagak dengan betul | (Pengucap bermaksud perbuatan tidak diagak itu berlangsung pada satu masa yang lepas) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu telah berlaku pada masa dahulu (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'was/were' + 'not' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was/were' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika 'objek' ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Perkataan 'past participle' melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'was/were not' bermakna 'telah tidak di...).
- 8. Kombinasi 'was/were + not + ('past participle')' bermakna 'telah tidak di(pasif)'
- 9. Struktur ini sama seperti bagi 'action verb'.
- 10. Frasa 'telah tidak' atau 'sudah tidak' hampir tidak digunakan langsung dalam bahasa Melayu tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud dalam bahasa Inggeris.
5. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'non-action verb' dalam bentuk aktif
Struktur penggunaan : 'Did' + (objek) + ('non-action verb').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Question | Soalan |
Consider | Pertimbang | We considered him | Kami telah mempertimbangkan dia | Did we consider him ? | Adakah kita telah mempertimbangkan dia ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Did' + (objek) + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'did' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek, 'I, you, singular' atau 'plural' (objek 'I, you, singular' atau 'plural' menggunakan perkataan yang sama).
- 5. Perkataan 'did' dalam bentuk soalan, bermakna 'adakah'.
- 6. 'Did' digunakan bagi masa dahulu.
- 7. Dalam bentuk soalan, ejaan 'non-action verb' hendaklah dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- 8. Perhatikan, (objek) diletakkan antara 'did' dengan ('non-action verb').
- 9. Struktur ini sama seperti bagi 'action verb'.
6. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'non-action verb' dalam bentuk negatif
Struktur penggunaan : 'Did' + 'not' + (objek) + ('non-action verb').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Question | Soalan |
Consider | Pertimbang | We did not consider him | Kami tidak mempertimbangkan dia | Did not we consider him ? | Adakah kita tidak mempertimbangkan dia ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk 'soalan') ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah ia berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk negatif) : 'Did' + 'not' + (objek) + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'did' diikuti perkataan 'not' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural'). Ia juga melambangkan masa lepas.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Dalam bentuk soalan, perkataan 'did not' bermakna 'adakah ... tidak' atau 'adakah ... bukan' atau 'tidakkah' atau 'bukankah'.
- 7. 'Non-action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar). 'Infinitive' bagi 'verb' digunakan dalam bentuk 'soalan' atau selepas perkataan 'not'.
- 8. Perhatikan, (objek) diletakkan antara 'not' dengan ('non-action verb').
- 9. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'adakah ... tidak' atau 'adakah ... bukan' boleh dikatakan biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
7. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'non-action verb' dalam bentuk pasif
Struktur penggunaan : 'Was/were' + (objek) + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English Past tense | Melayu | Question | Soalan |
Consider | Pertimbang | He was considered | Dia telah dipertimbangkan | Was he considered ? | Adakah dia telah dipertimbangkan ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu sudah berlaku pada masa yang lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Was/were' + (objek) + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'was/were' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objeknya ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objeknya ialah 'you, plural'.
- 5. Dalam bentuk soalan, perkataan 'was/were' bermakna 'adakah'.
- 6. Perkataan 'past participle' menandakan pasif.
- 7. Dalam bentuk soalan, kombinasi 'was/were ... ('past participle')' bermaksud 'adakah ... telah di(pasif)'.
- 8. Perhatikan, (objek) diletakkan antara 'was/were' dengan ('past participle').
- 9. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + ('past tense').
8. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'non-action verb' dalam bentuk negatif dan pasif
Struktur penggunaan : 'Was/were' + 'not' + (objek) + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Past tense | Melayu | Question | Soalan |
Consider | Pertimbang | I was not considered as a candidate | Saya telah tidak dipertimbangkan sebagai calon | Was not I considered as a candidate ? | Adakah saya telah tidak dipertimbangkan sebagai seorang calon ? |
Catitan :
1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud hal itu telah berlaku pada masa dahulu (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Was/were' + 'not' + (objek) + ('past participle'). Iaitu perkataan 'was/were' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika 'objek' ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'was/were' dalam bentuk soalan bermakna 'adakah'.
- 6. Perkataan 'was/were' menandakan 'past tense'.
- 7. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak' atau 'bukan'.
- 8. Kombinasi 'was/were + not' bermakna 'adakah ... tidak'.
- 9. Perkataan 'past participle' digunakan bagi bentuk 'pasif' (kena buat).
No comments:
Post a Comment