Tuesday, December 25, 2012

174. Pelbagai penggunaan 'yet'

Pelbagai penggunaan 'yet'

Perkataan Inggeris 'yet' boleh bermakna 'lagi, tapi, dulu'

Ia boleh digunakan secara sendiri tanpa melibatkan apa-apa objek dan tidak tertakluk kepada faktor masa. Contohnya :

EnglishMelayuMakna
My son can't count yetAnak lelaki saya tidak boleh mengira lagiLagi
The baby doesn't walk yetBayi itu tidak berjalan lagiLagi
Snow, snow, and yet more snowSalji, salji dan lagi banyak saljiLagi
He supplied yet more unsolicited adviceDia memberikan lagi nasihat yang tidak dimintaLagi
Wait, don't go yetTunggu, jangan pergi dulu/lagiDulu
I hope to continue for some time yetSaya berharap untuk menyambung buat beberepa ketika lagiLagi
Further research may yet explain the enigmaPenyelidikan lebih lanjut mungkin dapat lagi menerangkan hal ituLagi
The path was dark, yet I slowly found my wayJalan itu gelap, tapi saya perlahan-lahan mencari jalanTapi
Not time to go yet>Bukan masanya untuk pergi lagiLagi


No comments: