Monday, November 22, 2010

617. Awalan 'mem'

Awalan 'mem'

Dalam bahasa Melayu, ada struktur yang berupa penambahan mem diawal perkataan asas perbuatan, contohnya dari buru kepada memburu.

Dalam bahasa Inggeris, tiada struktur yang sepadan dengan penambahan mem.

Penambahan mem menerbitkan perkataan perbuatan seperti memberi, membasuh, memberontak, membaling, membelai, dsb.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan perbuatan yang sedemikian bergantung kepada masa bilakah perbuatan itu berlaku.

1. Jika belum berlaku :

Bahasa Melayu : Saya mahu membasuh kereta itu.
Bahasa Inggeris : I want to wash the car.

2. Jika sedang berlaku :

Bahasa Melayu : Saya sedang membasuh kereta ini.
Bahasa Inggeris : I am washing this car.

3. Jika sedang berlaku tapi sejak masa lalu :

Bahasa Melayu : Saya sudah membasuh kereta ini sejak 5 minit tadi.
Bahasa Inggeris : I have been washing this car since 5 minutes ago.

4. Jika telah berlaku :

Bahasa Melayu : Saya telah membasuh kereta ini tadi.
Bahasa Inggeris : I washed this car just now.

5. Jika akan berlaku :

Bahasa Melayu : Saya akan membasuh kereta ini.
Bahasa Inggeris : I will wash this car.

6. Jika sedang berlaku tapi pada satu masa lalu.

Bahasa Melayu : Saya sedang membasuh kereta itu semasa dia sampai.
Bahasa Inggeris : I was washing the car when he arrived.

7. Menyatakan ada melakukan.

Bahasa Melayu : Saya ada membasuh kereta itu.
Bahasa Inggeris : I had washed the car.

No comments: