Monday, November 22, 2010

616. Awalan 'ber'

Awalan 'ber'

Dalam bahasa Melayu terdapat struktur perkataan yang bermula dengan 'ber', contohnya beranak, berekor, berbulu, bertanduk.

Terdapat pelbagai kesan dari penggunaan penambahan ber.

1. Seringkali penambahan ber membawa maksud mempunyai seperti dalam contoh-contoh tadi.

Dalam bahasa Inggeris, tidak terdapat struktur perkataan yang sepadan dengan ber yang bermaksud mempunyai.

Dalam bahasa Inggeris, untuk menyatakan kepunyaan atau mempunyai, perkataan yang digunakan ialah has, have, had. Oleh itu anda boleh rujuk semula bab yang berkenaan sebelum ini.

2. Bermakna nama perbuatan.

Contohnya : berpusing ('whirling'), bergerak ('moving'), bergaduh ('fighting'), bertikam lidah ('arguing').

No comments: