Tuesday, December 27, 2011

326. Berkata 'suka' (sekarang)

Berkata 'suka' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang bermakna 'suka' ialah 'like'. Bagaimanapun, perkataan 'like' membawa juga makna 'seperti'. Dalam bab ini, makna yang diterangkan ialah 'suka'.

Perkataan 'like' (suka) bagi 'present tense' (masa sekarang) boleh terdiri dari pelbagai variasi :

'Like'.
'Likes'.
'Like to'.
'Likes to'.
'Like to be'.
'Likes to be'.

Perkataan 'like' (suka) bagi 'present tense' (bagi masa sekarang) digunakan dalam beberapa struktur bergantung kepada kesesuaian tertentu :

1. (Objek) + 'like' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'likes' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'like' + ('gerund').
4. (Objek) + 'likes' + ('gerund').
5. (Objek) + 'like to' + ('verb').
6. (Objek) + 'likes to' + ('verb').
7. (Objek) + 'like to be' + ('non-verb').
8. (Objek) + 'likes to be' + ('non-verb').

Semua bentuk struktur diatas adalah bentuk 'aktif'.



1. Struktur : (Objek) + 'like' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'like' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur penggunaan ini ialah bentuk 'aktif'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbhatan) - Hal yang disukai itu bukan perbuatan seperti benda, objek atau nama perbuatan.

EnglishMelayu
I like youSaya suka awak
The players like him as the coachPemain-pemain suka dia sebagai jurulatih
We like this showKami suka pertunjukan ini
Do you like the car ?Adakah awak suka kereta itu ?
The oppositions like the subsidies to be abolishedPembangkang suka jika subsidi ditamatkan

2. Struktur : (Objek) + 'likes' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'likes' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur penggunaan ini adalah bentuk 'aktif'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbhatan) - Hal yang disukai itu bukan perbuatan seperti benda atau objek atau nama perbuatan.

EnglishMelayu
She likes youDia suka awak
The manager likes Ali as the coachPengurus suka Ali sebagai jurulatih
He likes the foodFia suka makanan itu
Ali likes Abu to come earlyAli suka Abu datang awal
The headmaster likes the attitudeGuru besar suka sikap sedemikian

3. Struktur : (Objek) + 'like' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'like' diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur penggunaan ini adalah bentuk aktif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Gerund' (namz perbuatan) - Hal yang disukai itu bukan perbuatan tapi nama perbuatan.

EnglishMelayu
I like swimmingSaya suka berenang
I like studyingSaya suka belajar
I like talkingSaya suka bercakap
I like playingSaya suka bermain
I like readingSaya suka membaca
I like monitoring the trafficSaya suka memantau lalulintas
We like hitch-hikingKami suka mengembara
They like sailingMereka suka belayar
You like runningAwak suka berlari
Candidates like votingCalun-calun suka mengundi

Catitan :

- 'Gerund' adalah satu jenis 'non-verb' juga.

4. Struktur : (Objek) + 'likes' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'likes' diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur penggunaan adalah bentuk 'aktif'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Gerund' - Hal yang disukai itu bukan perbuatan tapi nama perbuatan.

EnglishMelayu
She likes swimmingDia suka berenang
She likes visiting Kuala LumpurDia suka melawat Kuala Lumpur
She likes learningDia suka belajar
She likes taking testsDia suka mengambil ujian
She likes flyingDia suka terbang
He likes monitoring the trafficDia suka memantau lalulintas
She likes hitch-hikingDia suka mengembara
They likes sailingMereka suka belayar
Ali likes runningAli suka berlari
The candidate likes votingCalun itu suka mengundi

Catitan :

- 'Gerund' adalah satu jenis 'non-verb' juga.

5. Struktur : (Objek) + 'likes to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'likes to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur penggunaan ini adalah bentuk 'aktif'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Hal suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

EnglishMelayu
She likes to play nowDia suks untuk bermain sekarang
He likes to study in EnglandDia suka untuk belajar di England
Ali likes to travel to North PoleAli suka untuk melancong ke kutub utara
Siti likes to become a businesswomanSiti suka untuk menjadi seorang peniagawati
Dog likes to fight catAnjing suka bergaduh dengan kucing
She likes to go northDia suka pergi ke utara
He likes to go fishingDia suka pergi memancing
She likes to hitch-hikeDia suka mengembara
He likes to driveDia suka memandu
Ali likes to readAli suka membaca
Siti likes to cookSiti suka memasak

Catitan :

- Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

6. Struktur : (Objek) + 'like to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'like to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur penggunaan ini adalah bentuk 'aktif'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka itu kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

EnglishMelayu
I like to go nowSaya suka pergi sekarang
We like to watch movieLami suka menonton wayang
They like to play bowlingMereka suka main boling
Ali and Abu like to visit Siti's grandmotherAli dan Abu suka menziarahi nenek Siti
The workers like to strikePekerja-pekerja itu suka mogok

Catitan :

- Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

7. Struktur : (Objek) + 'like to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'like to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur penggunaan adalah bentuk 'aktif'.

'Like to be' bermakna suka jadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang disukai itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan atau nama perbuatan).

EnglishMelayu
I like to be a teacherSaya suka jadi seorang guru
We like to be championKami suka jadi juara
They like to be hulkMereka suka jadi 'hulk'
Ali and Abu like to be friendAli dan Abu suka jadi kawan
The children like to be clownsKanak-kanak itu suka jadi pelawak

8. Struktur : (Objek) + 'likes to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'likes to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur penggunaan ini adalah bentuk 'aktif'.

'Likes to be' bermakna suka jadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka jadi itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang disukai itu benda atau objek (Bukan perbuatan atau nama perbuatan).

EnglishMelayu
She likes to be happyDia suka jadi gembira
He likes to be himselfDia suka jadi dirinya sendiri
Ali likes to be firmAli suka bertegas
Siti likes to be a businesswomanSiti suka menjadi seorang peniagawati
Who likes to be a millionaire ?Siapa yang suka jadi jutawan ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Like(Objek) + like + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseAktif
Likes(Objek) + likes + (non-verb)singularPresent tenseAktif
Like(Objek) + like + (gerund)I, You, PluralPresent tenseAktif
Likes(Objek) + likes + (gerund)SingularPresent tenseAktif
Like to(Objek) + like to + (verb)I, You, PluralPresent tenseAktif
Likes to(Objek) + likes to + (verb)SingularPresent tenseAktif
Like to be(Objek) + like to be + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseAktif
Likes to be(Objek) + likes to be + (non-verb)SingularPresent tenseAktif

No comments: