Tuesday, December 27, 2011

325. Berkata 'tidak sedang', 'bukan sedang' (dulu)

Berkata 'tidak sedang, bukan sedang' (dulu)

Dalam Bahasa Inggeris, terdapat sistem masa ('tense') yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, dalam pendekatan BBIMBM ini, kita cuba seboleh-bolehnya memadankan sistem 'tense' dengan maksud yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Contohnya, 'Past Continuous tense' (satu sistem masa dalam Bahasa Inggeris) bermaksud 'sedang' (bagi masa dahulu) dalam bahasa Melayu.

Kadang-kadang kita mahu menyatakan sesuatu perbuatan itu tidak sedang berlaku pada ketika tertentu (pada satu masa yang telah lalu). Contohnya 'Ali tidak sedang membaca buku pada waktu itu'.

Dalam bahasa Melayu sebenarnya frasa tidak sedang dan bukan sedang hampir tidak digunakan dalam pertuturan sehari-hari. Bagaimanapun dalam buku ini frasa-frasa ini digunakan untuk menggambarkan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak berlaku pada ketika tertentu. Ini kerana dalam bahasa Inggeris terdapat sistem masa yang sepadan dengan frasa-frasa ini iaitu 'tenses'.

Dalam bahasa Melayu, jika kita mahu menyatakan sesuatu perbuatan itu tidak berlaku pada ketika ini, kita perlu menyebut masa bilakah perbuatan itu tidak berlaku. Contohnya seperti diatas tadi : Ali tidak membaca buku pada waktu itu. Tetapi dalam bahasa Inggeris, dengan penggunaan struktur tertentu dan tanpa menyebut masa ia tidak berlaku, dengan sendirinya struktur itu memberi makluman bahawa perbuatan itu tidak berlaku pada ketika tertentu. Contohnya : 'I was not eating'. Sebab itu buku ini menggunakan frasa-frasa berkenaan untuk memadankan dengan struktur bahasa Inggeris.

Beberapa kombinasi perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris ialah :

'Was not' + ('present participle').
'Were not' + ('present participle').

Kombinasi perkataan diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was not' + ('present participle').
2. (Objek) + 'were not' + ('present participle').

Struktur diatas adalah dalam bentuk 'negatif'.



1. Struktur : (Objek) + 'was not' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'was not' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (telah lalu - perbuatan itu tidak sedang berlaku pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbhatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
SleepTidurHe was not sleepingDia tidak sedang tidur (pada masa itu)
CookMasakShe was not cookingDia tidak sedang memasak (pada masa itu)
PlayMainAli was not playingAli tidak sedang bermain (pada masa itu)
DrivePanduShe was not drivingDia tidak sedang memandu (pada masa itu)
EatMakanSiti was not eatingSiti tidak sedang makan (pada masa itu)
SingNyanyiI was not singing when teacher enteredSaya tidak sedang menyanyi semasa cikgu masuk
RunLariHe was not running when he saw the snakeDia tidak sedang berlari bila dia nampak ular itu
CryNangisShe was not crying when she heard the bad newsDia tidak sedang menangis bila mendengar berita sedih itu
DieMatiIt was not dying when poured with hot waterIa tidak sedang mati bila disimbah dengan air panas
Pay attentionTumpu perhatianI wasn't paying attention while I was writing the letter, so I made several mistakesSaya tidak sedang menumpukan perhatian semasa saya menulis surat, jadi saya telah melakukan beberapa kesilapan
WorkKerjaTalib wasn't working, and I wasn't working eitherTalib tidak sedang bekerja dan saya pun tidak sedang bekerja juga

Catitan :

- Jika masa tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'was' digunakan maka dengan sendirinya bermakna hal tidak sedang berlaku itu dimaksudkan ujud bagi masa dahulu.

2. Struktur : (Objek) + 'were not' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'were not' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (dahulu - perbuatan itu tidak sedang berlaku pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
FightGaduhWe were not fightingKami tidak sedang bergaduh (pada masa itu)
HideSembunyiThey were not hidingMereka tidak sedang bersembunyi (pada masa itu)
RestRehatAli and Abu were not restingAli dan Abu tidak sedang berehat (pada masa itu)
Make noiseBuat bisingWe were not making noiseKami tidak sedang buat bising (pada masa itu)
TellBeritahuYou were not telling the truthAwak tidak sedang memberitahu hal yang sebenar (pada masa itu)
HelpTolongYou were not helping when John askedAwak tidak sedang menolong bila John meminta
PlayMainWe were not playing at that timeKami tidak sedang bermain pada masa itu
TrainLatihThey were not training though the weather is fine yesterdayMereka tidak sedang berlatih walaupun cuaca baik semalam
StudyBelajarYou were not studying when she calledAwak bukan sedang belajar bila dia menelefon
ListenDengarYou were not listening to me when I told you to turn the oven offAwak tidak sedang mendengar saya bila saya beritahu awak supaya matikan oven

Catitan :

- Jika masa tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'were' digunakan maka dengan sendirinya bermakna hal tidak sedang berlaku itu dimaksudkan ujud bagi masa dahulu.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was not + (present participle)(Objek) + was not + (present participle)I, singularPast Continuous tenseNegatif
Were not + (present participle)(Objek) + were not + (present participle)You, pluralPast Continuous tenseNegatif

No comments: