Dalam Bahasa Inggeris, terdapat sistem masa ('tense') yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, dalam pendekatan BBIMBM ini, kita cuba seboleh-bolehnya memadankan sistem 'tense' dengan maksud yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Contohnya, 'Present Continuous tense' (satu sistem masa dalam Bahasa Inggeris) bermaksud 'sedang' (bagi masa sekarang) dalam bahasa Melayu.
Kadang-kadang kita mahu menyatakan sesuatu perbuatan itu tidak sedang berlaku pada ketika tertentu (pada masa sekarang). Contohnya 'Ali tidak sedang membaca buku sekarang ini'.
Dalam bahasa Melayu sebenarnya frasa tidak sedang dan bukan sedang hampir tidak digunakan dalam pertuturan sehari-hari. Bagaimanapun dalam buku ini frasa-frasa ini digunakan untuk menggambarkan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak berlaku pada ketika tertentu. Ini kerana dalam bahasa Inggeris terdapat sistem masa yang sepadan dengan frasa-frasa ini iaitu sistem 'tenses'.
Dalam bahasa Melayu, jika kita mahu menyatakan sesuatu perbuatan itu tidak berlaku pada ketika ini, kita perlu menyebut masa bilakah perbuatan itu tidak berlaku. Contohnya seperti diatas tadi : Ali tidak membaca buku sekarang ini. Tetapi dalam bahasa Inggeris, dengan penggunaan struktur tertentu dan tanpa menyebut masa ia tidak berlaku, dengan sendirinya struktur itu memberi makluman bahawa perbuatan itu tidak berlaku pada ketika tertentu. Contohnya : 'I am not eating'. Sebab itu buku ini menggunakan frasa-frasa berkenaan untuk memadankan dengan struktur bahasa Inggeris.
Beberapa kombinasi perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud 'tidak sedang' atau 'bukan sedang' ialah :
'Am not' + ('present participle').
'Is not' + ('present participle)'.
'Are not' + ('present participle').
Kombinasi perkataan diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am not' + ('present participle').
2. (Objek) + 'is not' + ('present participle').
3. (Objek) + 'are not' + ('present participle').
Struktur diatas adalah bentuk 'negatif' bagi 'Present Continuous tense'.
Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Perkataan 'present participle' tertentu digunakan bagi menunjukkan hal sedang berlaku ('Continuous').
Perkataan 'present participle' tertentu biasanya berakhir dengan huruf 'ing'. Contohnya 'talking'.
Perkataan 'not' bermakna 'tidak' atau 'bukan'.
Perkataan 'not' menjadikan bentuk negatif.
Kombinasi 'is' + 'not' biasa ditulis sebagai 'isn't'.
Kombinasi 'are' + 'not' biasa ditulis sebagai 'aren't'.
1. Struktur : (Objek) + 'am not' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'am not' diikuti dengan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present continuous tense' (sedang berlaku sekarang - perbuatan itu tidak sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Study | Belajar | I am not studying | Saya tidak (sedang) belajar (sekarang ini) |
Lie | Bohong | I am not lying | Saya tidak (sedang) bercakap bohong |
Drive | Pandu | I am not driving | Saya tidak (sedang) memandu |
Dead | Baca | I am not reading newspaper now | Saya tidak (sedang) membaca suratkhabar sekarang ini |
Watch | Tonton | I am not watching tv at the moment | Saya tidak (sedang) menonton tv pada masa ini |
Catitan :
- Jika masa tidak dinyatakan tetapi apabila struktur ini digunakan maka dengan sendirinya bermakna hal tidak sedang berlaku itu dimaksudkan bagi masa sekarang.
- Kombinasi 'am not' + ('present participle') bererti 'tidak sedang' atau 'bukan sedang'.
2. Struktur : (Objek) + 'is not' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'is not' diikuti dengan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - perbuatan itu tidak sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Sleep | Tidur | He is not sleeping | Dia tidak (sedang) tidur (sekarang ini) |
Cook | Masak | She is not cooking | Dia tidak (sedang) memasak (sekarang ini) |
Play | Main | Ali is not playing | Ali tidak (sedang) bermain (sekarang ini) |
Drive | Pandu | She is not driving now | Dia tidak (sedang) memandu sekarang ini |
Eat | Makan | Siti is not eating | Siti tidak (sedang) makan (sekarang ini) |
Catitan :
- Jika masa tidak dinyatakan tetapi apabila struktur 'is not + (present participle)' digunakan maka dengan sendirinya bermakna hal tidak sedang berlaku itu dimaksudkan bagi masa sekarang.
- Kombinasi 'is not' + ('present participle') bererti 'tidak sedang' atau 'bukan sedang'.
3. Struktur : (Objek) + 'are not' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'are not' diikuti dengan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Y'ou, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present continuous tense' (sedang berlaku sekarang - perbuatan itu tidak sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Fight | Gaduh | We are not fighting | Kami tidak (sedang) bergaduh (sekarang ini) |
Hide | Sembunyi | They are not hiding | Mereka tidak (sedang) bersembunyi (sekarang ini) |
Rest | Rehat | Ali and Abu are not resting | Ali dan Abu tidak (sedang) berehat (sekarang ini) |
Make noise | Buat bising | We are not making noise | Kami tidak (sedang) buat bising (sekarang ini) |
Tell | Beritahu | You are not telling the truth | Awak tidak (sedang) memberitahu hal yang sebenar |
Catitan :
- Jika masa tidak dinyatakan tetapi apabila struktur ini digunakan maka dengan sendirinya bermakna hal tidak sedang berlaku itu dimaksudkan ujud bagi masa sekarang.
- Kombinasi 'are not' + ('present participle') bererti 'tidak sedang' atau 'bukan sedang'.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Am not | (Objek) + am not + (present participle) | I | Present Continuous tense | Negatif |
Is not | (Objek) + is not + (present participle) | Singular | Present Continuous tense | Negatif |
Are not | (Objek) + are not + (present participle) | You, plural | Present Continuous tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment