Untuk berkata belum lagi dalam bahasa Inggeris, dimana hal yang 'belum lagi' itu ujud pada masa sekarang, maka kita gunakan salah satu perkataan berikut :
'Not yet'.
'Has not yet'.
'Have not yet'.
'Has not' + ('past participle') + 'yet'.
'Have not' + ('past participle') + 'yet'.
Perkataan-perkataan diatas digunakan dalam struktur berikut, bergantung kepada kesesuaiannya :
1. 'Not yet'.
2. (Objek) + 'has not yet' + ('past participle').
3. (Objek) + 'have not yet' + ('past participle').
4. (Objek) + 'has not' + ('past participle') + 'yet'.
5. (Objek) + 'have not' + ('past participle') + 'yet'.
1. 'Not yet'
Perkataan 'not yet' boleh digunakan bersendirian.
'Not yet' bermakna belum lagi.
Ia digunakan bagi :
1. Objek : Tidak melibatkan apa-apa objek. Bila digunakan bersendirian, ia tidak melibatkan apa-apa objek.
2. Masa : Tidak tertakluk kepada faktor masa. Bila digunakan bersendirian, ia tidak melibatkan sistem masa ('tense').
English | Melayu | English | Melayu |
Come | Datang | Q : Has she come ? A : Not yet | S : Sudahkah dia datang ? J : Belum lagi |
Meet | Jumpa | Q : Have you met our new collegue ? A : Not yet | S : Sudahkah awak jumpa kawan baru kita ? J : Belum lagi |
Ready | Sedia | Q : Are you ready ? A : No, not yet | S : Adakah awak sedia ? J : Tidak, belum lagi |
Effective | Berkesan | Approved but not yet effective | Diluluskan tapi belum lagi berkesan |
Through | Lepas | Still muddling, not yet through | Masih berusaha, belum lagi lepas |
2. Struktur : (Objek) + 'has not yet' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has not yet' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Frasa 'has not yet' bermaksud 'belum lagi'.
'Has not' biasa diringkaskan menjadi 'hasn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh sekarang - hal belum itu ujud pada tempoh masa ia diperkatakan sekarang).
English | Melayu | English | Melayu |
Come | Datang | She has not yet come | Dia belum lagi datang |
Marry | Kahwin | He has not yet married | Dia belum lagi berkahwin |
Begin | Mula | The show has not yet begun | Pertunjukan itu belum lagi bermula |
Make | Buat | Ali has not made yet decision | Ali belum lagi membuat keputusan |
Collapse | Roboh | It has not yet collapsed | Ia belum lagi roboh |
Change | Tukar | She has not yet changed | Dia belum lagi berubah |
Climb | Panjat | He has not yet climbed the mountain | Dia belum lagi memanjat gunung itu |
Read | Baca | She has not yet read the book | Dia belum lagi membaca buku itu |
Do | Buat | He has not yet done it | Dia belum lagi melaksanakannya |
3. Struktur : (Objek) + 'have not yet' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'have not yet' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Frasa 'have not yet' bermaksud 'belum lagi'.
'Have not' biasa diringkaskan menjadi 'haven't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa dahulu hingga sekarang - hal belum itu ujud pada masa dulu berlanjutan hingga sekarang) .
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | I have not eaten | Saya belum makan |
Accept | Terima | We have not accepted the letters | Kami belum menerima surat-surat itu |
Give | Beri | They have not given us the dateline | Mereka belum memberi kita tarikh akhir |
Pass | Lulus | Ali and Abu have not passed the test | Ali dan Abu belum lulus ujian itu |
Make | Buat | I have not made it | Saya belum berjaya |
Cook | Masak | You have not cooked our dinner | Awak belum memasak makanan malam kita |
See | Tengok | We have not seen the movie | Kami belum menonton filem itu |
Meet | Jumpa | They have not met him | Mereka belum berjumpa dia |
Do | Laksana | I have not done it | Saya belum melaksanakannya |
Do | Laksana | You have not done it | Awak belum melaksanakannya |
4. Struktur : (Objek) + 'has not' + ('past participle') + 'yet'
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has not' diikuti dengan ('past participle') tertentu diikuti dengan perkataan 'yet'.
Struktur ini bermaksud 'belum lagi'.
'Has not' biasa diringkaskan menjadi 'hasn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal belum lagi itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga sekarang).
English | Melayu | English | Melayu |
Come | Datang | She has not come yet | Dia belum datang lagi |
Marry | Kahwin | He has not married yet | Dia belum berkahwin lagi |
Begin | Mula | The show has not begun yet | Pertunjukan itu belum bermula lagi |
Make | Buat | Ali has not made decision yet | Ali belum membuat keputusan lagi |
Collapse | Roboh | It has not collapsed yet | Ia belum roboh lagi |
Change | Tukar | She has not changed yet | Dia belum berubah lagi |
Climb | Panjat | He has not climbed the mountain yet | Dia belum memanjat gunung itu lagi |
Read | Baca | She has not read the book yet | Dia belum membaca buku itu lagi |
Do | Buat | He has not done it yet | Dia belum melaksanakannya lagi |
5. Struktur : (Objek) + 'have not' + ('past participle') + 'yet'
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have not' diikuti dengan ('past participle') tertentu dan diikuti dengan perkataan 'yet'.
Struktur ini bermaksud 'belum lagi'.
'Have not' biasa diringkaskan menjadi 'haven't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal belum lagi itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang) .
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | I have not eaten yet | saya belum makan lagi |
Accept | Terima | We have not accepted the letters yet | Kami belum menerima surat-surat itu lagi |
Give | Beri | They have not given us the dateline yet | Mereka belum memberi kita tarikh akhir lagi |
Pass | Lulus | Ali and Abu have not passed the test yet | Ali dan Abu belum lulus ujian itu lagi |
Make | Buat | I have not made it yet | Saya belum berjaya lagi |
Cook | Masak | You have not cooked our dinner yet | Awak belum memasak makanan malam kita lagi |
See | Tengok | We have not seen the movie yet | Kami belum menonton filem itu lagi |
Meet | Jumpa | They have not met him yet | Mereka belum berjumpa dia lagi |
Do | Laksana | I have not done it yet | Saya belum melaksanakannya lagi |
Do | Laksana | You have not done it yet | Awak belum melaksanakannya lagi |
Ringkasan :
Struktur | Objek | Masa |
Not yet | (tidak tertakluk) | (tidak tertakluk) |
(Objek) + am + not + yet | I | Present tense |
(Objek) + is + not + yet | Singular | Present tense |
(Objek) + are + not + yet | You, Plural | Present tense |
(Objek) + has not yet + ('past participle') | Singular | Present Perfect tense |
(Objek) + have not yet + ('past participle') | I, you, plural | Present Perfect tense |
(Objek) + has not + ('past participle') + yet | Singular | Present Perfect tense |
(Objek) + have not + ('past participle') + yet | I, you, plural | Present Perfect tense |
No comments:
Post a Comment