'Modal verb' terdiri daripada perkataan-perkataan berikut : 'must, may, might, will, would, shall, should, can, could, be able to, ought to, need, had better'.
Ia adalah satu jenis 'auxiliary verb' (perkataan pembantu).
Ia berguna untuk menunjukkan keperluan ('necessity') atau kemungkinan ('possibility').
Perbezaan antara 'modal verb' dengan 'action verb', 'non-action verb' :
1. 'Modal verb' tidak mengenal objek samada 'I, you, singular' atau 'plural'. Contohnya ia tidak menggunakan tambahan 's' bagi 'present tense'.
2. 'Modal verb' tidak menggunakan tambahan 'ed' bagi 'past tense'. Contohnya 'may' adalah bagi 'present tense' dan 'might' adalah bagi 'past tense' bagi 'may' bukan 'mayed'.
English | Melayu | Catitan |
Must | Mesti | - |
Must not | Mesti tidak. Jangan | - |
Don't have to | Tidak mesti | - |
Don't need to | Tidak perlu | - |
May | Mungkin. Bolehlah | (Biasanya 'may' digunakan sebagai 'present tense') |
Might | Mungkin. Bolehlah | (Biasanya 'might' digunakan sebagai 'past tense' bagi 'may') |
May not | Mungkin tidak boleh | ('Present tense') |
Might not | Mungkin tidak boleh | ('Past tense' bagi 'may not') |
Will | Akan | ('Future tense') |
Would | Akan | ('Past tense' bagi 'will') |
Shall | Sepatutnya | ('Present tense') |
Should | Sepatutnya | ('Should' adalah 'past tense' bagi 'shall'. |
Can | Boleh | ('Present tense') |
Could | boleh | ('Could' digunakan sebagai 'past tense' bagi 'can') |
Can't | Tidak boleh | ('Present tense') |
Couldn't | Tidak boleh | ('Past tense' bagi 'can't') |
Able to. Mampu | Boleh | - |
Contoh penggunaan
English | Melayu |
He can help | Dia boleh menolong |
She can't speak English | Dia tidak boleh bercakap Inggeris |
She is able to solve complicated math equations | Dia boleh menyelesaikan persamaan matematik yang sukar |
The support team will be able to help you in about ten minutes | Pasukan sokongan akan boleh menolong awak dalam sepuluh minit |
You may start your exam now | Awak boleh mulakan peperiksaan sekarang |
You don’t have to park the car. The hotel valet will do it for you | Anda tidak perlu meletak kereta sendiri. Budak hotel akan melakukannya untuk anda |
Tim doesn’t have to go to school today. It’s a holiday | Tim tidak perlu ke sekolah hari ini. Hari ini cuti sekolah |
You didn’t have to shout. Everyone could hear you | Awak tidak perlu menjerit. Semua orang boleh mendengar suara awak |
Peter wouldn’t eat broccoli when he was a kid. He loves it now | Peter tidak makan brokoli semasa kecil. Dia sukakannya sekarang |
When I was a child, I would spend hours playing with my train set | Semasa saya kanak-kanak, Saya akan bermain berjam-jam dengan set keretapi saya |
Beth won’t be happy with the results of the exam | Beth tidak akan gembira dengan keputusan peperiksaan itu |
John will pick you up at 7 a.m. | John akan mengambil anda pada jam 7 pagi |
Catitan
- Setiap 'modal verb' mestilah diikuti dengan 'infinitive' (perkataan dasar).
4 comments:
Thanks for the notes and the efforts of translating the grammar notes into Malay language. It is definitely very helpful to the teachers and the students.
terima kasih
terima kasih banyak.
thanks
Post a Comment