Perkataan 'a' dan 'an' adalah antara perkataan yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'a', 'an' dipanggil 'article'.
Kedua-dua 'a' dan 'an' bermakna satu, suatu, seorang, seekor, sebuah, sebiji dan sebagainya.
'An' atau 'an' digunakan sebelum nama objek yang ejaannya bermula dengan huruf a, e, i, o, u seperti 'an apple', 'an owl' dsb, atau objek yang bunyinya seperti bermula dengan huruf-huruf tersebut seperti 'an hour'. 'Bunyi' lebih diutamakan dari ejaan.
'A atau 'a' digunakan sebelum nama objek yang ejaannya bermula dengan huruf lain dari a, e, i, o, u seperti 'a box', 'a piece' dsb, atau objek yang bunyinya seperti bermula dengan huruf-huruf tersebut. 'Bunyi' lebih diutamakan dari ejaan.
English | Melayu | Catitan |
An apple | Sebiji epal | Ejaan 'apple' bermula dengan huruf 'a' |
An eagle | Seekor burung helang | Ejaan 'eagle' bermula dengan huruf 'e' |
An iron | Sebatang besi | Ejaan 'iron' bermula dengan huruf 'i' |
An owl | Seekor burung hantu | Ejaan 'owl' bermula dengan huruf 'o' |
A bag | Sebuah beg | Ejaan 'bag' bermula dengan huruf 'b' |
A school | Sebuah sekolah | Ejaan 'school' bermula dengan huruf a |
A canteen | Sebuah kantin | Ejaan 'canteen' bermula dengan huruf 'c' |
A desk | Sebuah meja | Ejaan 'desk' bermula dengan huruf 'd' |
A car | Sebuah kereta | Ejaan 'car' bermula dengan huruf 'c' |
A cat | Seekor kucing | Ejaan 'cat' bermula dengan huruf 'c' |
A big cat | Seekor kucing besar | Ejaan 'big cat' bermula dengan huruf 'b' |
An accident | Satu kemalangan | Ejaan 'accident' bermula dengan huruf 'a' |
An underwear | Sehelai seluar dalam | Ejaan 'underwear' bermula dengan huruf 'u' |
An English teacher | Seorang guru bahasa Inggeris | Ejaan 'English teacher' bermula dengan huruf 'e' |
An hour | Satu jam | Ejaan 'hour' bermula dengan huruf 'h' tapi bunyi huruf 'h' disenyapkan |
A piece of information | Satu maklumat | Ejaan 'piece of information' bermula dengan huruf 'p' |
A glass of water | Segelas air | Ejaan 'glass of water' bermula dengan huruf 'g' |
A box of oranges | Sekotak oren | Ejaan 'box of oranges' bermula dengan huruf 'b' |
A Euro currency | Satu matawang Euro | Ejaan 'Euro' bermula dengan huruf 'e' tapi bunyinya seperti bermula dengan huruf 'y' |
A University | Sebuah Universiti | Ejaan 'University' bermula dengan huruf 'u' tapi bunyinya seperti bermula dengan huruf 'y' |
Catitan
1. Sesetengah perkataan seperti "herb" atau "hospital" adalah lebih sukar kerana mereka dibunyikan berbeza mengikut loghat Inggeris. Bagi kebanyakan loghat Amerika, huruf "h" dalam "herb" disenyapkan, jadi orang Amerika biasanya menyebut "an herb". Bagi loghat British, huruf "h" dalam "herb" dibunyikan, jadi kebanyakan orang British menyebut "a herb". Bagi sesetengah loghat British, huruf "h" dalam "hospital" disenyapkan, jadi sesetengah orang British akan menyebut "an hospital" bukan "a hospital".
2. Dalam bahasa Inggeris, sesetengah 'noun' dianggap 'uncountable' seperti : 'information, air, advice, salt, fun'. Jangan gunakan 'a' atau 'an' dengan 'uncountable noun'. Contohnya : 'She gives a good advice' - Salah. 'She gives good advice' - Betul.
No comments:
Post a Comment