Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'the' seringkali digunakan.
Perkataan 'the' mempunyai pelbagai makna.
1. 'The' sering digunakan bagi menunjukkan hanya terdapat satu sahaja objek itu dalam dunia ini atau di sesuatu tempat atau dalam sesuatu keadaan.
2. 'The' juga boleh bermaksud yang paling.
3. 'The' juga bermaksud itu iaitu merujuk kepada objek yang ada disebut sebelumnya, atau sudah dikenali atau sudah diketahui.
4. 'The' digunakan untuk merujuk kepada 'semua' atau 'keseluruhan'.
5. 'The' digunakan kepada nama sesetengah negara.
6. 'The' digunakan kepada nama alat muzik atau nama tarian.
7. 'The' digunakan apabila pengucap menyangka pendengar sudah tahu mengenai objek yang disebut.
1. 'The' sering digunakan bagi menunjukkan hanya terdapat satu sahaja objek itu dalam dunia ini atau di sesuatu tempat atau dalam sesuatu keadaan.
English | Melayu | English | Melayu |
The sun | Matahari | The sun rises from the East | Matahari terbit dari Barat |
The moon | Bulan | The moon is very bright tonight | Bulan sangat cerah malam ini |
The son | Anak tunggal | The son of Mr Ali | Anak lelaki tunggal En Ali |
The Nile | Nil | The Nile river is in Africa | Sungai Nil terletak di Afrika |
The North Pole | Kutub utara | The North Pole is very cold | Kutub utara sangat sejuk |
The world | Dunia ini | The world is in turbulent | Dunia ini dalam kekecohan |
The earth | Bumi ini | The earth is not flat | Bumi ini bukan mendatar |
The present | Sekarang ini | tTe present on tv6 | Sekarang ini di tv6 |
The future | Masa depan | The future of technology | Masa depan teknologi |
The past | Masa lalu | The past is never dead | Masa lalu tidak pernah mati |
The referee | Pengadil | The referee for this game is. .. | Pengadil untuk pertandingan ini ialah... |
2. 'The' juga boleh bermaksud yang paling.
English | Melayu |
The highest mountain in the world is Mount Everest | Gunung yang paling tinggi di dunia ialah Gunung Everest |
The most popular artist is Mr X | Artis yang paling terkenal ialah Mr X |
He is the tallest boy in the class | Dia budak yang paling tinggi dalam darjah |
The building is the oldest in the area | Bangunan itu adalah yang paling lama di kawasan itu |
What is the most lucrative business ? | Apakah perniagaan yang paling lumayan ? |
Harry's cafe is the place to go | Kafe Harry adalah tempat yang paling bagus untuk kita pergi |
3. 'The' juga bermaksud itu iaitu merujuk kepada objek yang ada disebut sebelumnya, atau sudah dikenali atau sudah diketahui.
English | Melayu |
I saw a new car. The car is red | Saya nampak sebuah kereta baru. Kereta itu berwarna merah |
She's got two children : a girl and a boy. The girl's eight | Dia ada dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berumur lapan tahun. |
The dog that bit me ran away | Anjing yang gigit saya telah lari |
I want to see the policeman who saved my cat | Saya mahu jumpa polis yang telah menyelamatkan kucing saya |
The varieties of English spoken in the West | Kepelbagaian bahasa Inggeris yang diucapkan di Barat |
The way languages emerge and evolve | Cara bahasa-bahasa muncul dan berkembang |
Many governments recognise the importance of English to their economies and societies | Banyak kerajaan-kerajaan menyedari pentingnya bahasa Inggeris kepada ekonomi dan masyarakat |
The origins and development of the English language | Asal usul dan perkembangan bahasa Inggeris |
The value of an English degree | Nilai ijazah dalam bahasa Inggeris |
The book that you bought | Buku yang awak beli |
Look at the boy in the blue shirt over there | Lihat budak lelaki yang memakai baju biru di sana tu |
The age of five | Umur lima tahun |
4. 'The' digunakan untuk merujuk kepada 'semua' atau 'keseluruhan'.
English | Melayu |
The kangaroo is found only in Australia | Kanggaro hanya terdapat di Australia |
The police | Pasukan polis |
The Asian | Orang Asia |
The American | Orang Amerika |
The European | Orang Eropah |
5. 'The' digunakan kepada nama sesetengah negara.
English | Melayu |
The United States of America | Amerika Syarikat |
The United Kingdom | Britain |
The Republic of China | Republik China |
The Kingdom of Nepal | Nepal |
The Philippines | Filipina |
6. 'The' digunakan kepada nama alat muzik atau nama tarian.
English | Melayu |
She dances the tango very well | Dia menari tarian tango dengan baik |
He can play the piano | Dia boleh bermain piano |
He loves the guitar | Dia suka gitar |
He dances the waltz beautifully | Dia menari tarian waltz dengan cantik |
7. 'The' digunakan apabila pengucap menyangka pendengar sudah tahu objek yang disebut.
English | Melayu |
There are apples in the kitchen | Ada epal di dapur |
The school I went to as a child has been demolished | Sekolah yang saya pergi semasa kecil sudah dirobohkan |
Q : What are you eating? A: I'm still eating the dates I bought in India last month | S : Awak sedang makan apa? J : Saya masih makan kurma yang saya beli di India bulan lepas |
No comments:
Post a Comment