Sunday, December 30, 2012

140. Menggunakan 'used to'

Menggunakan perkataan Inggeris 'used to'

'Used to' adalah salah satu 'modal verb'.

'Used to' biasa digunakan dalam struktur-struktur berikut :

1. (Objek) + 'used to' + ('verb')
2. (Objek) + 'did not' + 'use to' + ('verb')
3. 'Did' + (objek) + 'use to' + ('verb')
4. (Objek) + 'used to be' + ('non-verb')



1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'used to' + ('verb')

Struktur ini adalah satu bentuk 'aktif'.

Dalam struktur ini, perkataan 'used to' digunakan.

'Used to' bermakna 'biasa'.

'Used to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
SpeakCakapHe used to speak softlyDia biasa bercakap dengan lembut
WalkJalanShe used to walk to school everydayDia biasa berjalan ke sekolah setiap hari
TeachAjarShe used to teach scienceDia biasa mengajar sains
SleepTidurShe used to sleep at ten p.mDia biasanya tidur pukul 10 malam
PlayMainHe used to play footballDia biasa main bola

Catitan :

- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Perhatikan, ejaannya ialah 'used to' bukan 'use to'.

2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'did not' + 'use to' + ('verb')

Struktur ini adalah satu bentuk 'negatif'.

Dalam struktur ini, perkataan 'did not use to' digunakan.

'Did not use to' bermakna 'tidak biasa'.

'Did not use to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
SpeakCakapHe did not use to speak softlyDia tidak biasa bercakap dengan lembut
WalkJalanShe did not use to walk to schoolDia tidak biasa berjalan kaki ke sekolah
TeachAjarShe did not use to teach scienceDia tidak biasa mengajar sains
SleepTidurShe did not use to sleep at ten p.mDia tidak biasa tidur pukul 10 malam
PlayMainHe did not use to play footballDia tidak biasa main bola

Catitan :

- 1. Dalam bentuk 'negatif', perkataan yang digunakan ialah 'use to' (infinitive) bukan 'used to'.

- 2. 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

3. Struktur penggunaan : 'Did' + (objek) + 'use to' + ('verb')

Struktur ini adalah satu bentuk 'soalan aktif'.

Dalam struktur soalan, perkataan 'use to' digunakan (bukan 'used to').

'Did (objek) use to' bermakna 'adakah (objek) biasa'.

'Did (objek) use to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
SpeakCakapDid he use to speak softly ?Adakah dia biasa bercakap dengan perlahan ?
WalkJalanDid she use to walk to school everyday ?Adakah dia biasa berjalan ke sekolah setiap hari ?
TeachAjarDid she use to teach science ?Adakah dia biasa mengajar sains ?
SleepTidurDid she use to sleep at ten p.m ?Adakah dia biasa tidur pukul 10 malam ?
PlayMainDid he use to play football ?Adakah dia biasa main bola ?

Catitan :

- 1. Dalam bentuk 'soalan', perkataan yang digunakan ialah 'use to' (infinitive) bukan 'used to'.

- 2. 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

4. Struktur penggunaan : (Objek) + 'used to be' + ('non-verb')

Struktur ini adalah satu bentuk 'aktif'.

Dalam struktur ini, perkataan 'used to be' digunakan.

'Used to be' bermakna 'biasa (dulu)' atau 'biasanya (dulu)'.

'Used to be' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
YoungMudaI used to be young manSaya dulu biasa muda
- - My memory isn't what it used to beIngatan saya tidak seperti dulu
DarkGelapI used to be darkerSaya dulu lebih gelap
MineSaya punyaShe used to be mineDia dulu biasanya saya punya
CleanBersihThe room used to be cleanBilik itu dulu biasanya bersih

Catitan :
- Perhatikan, ejaannya ialah 'used to be' bukan 'use to be'.



Catitan :

1. 'Use to' digunakan dalam bentuk 'negatif' dan 'soalan'. Bila digunakan dalam bentuk 'negatif' dan 'soalan', perhatikan ejaannya ialah 'use to' bukan 'used to'.
2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai.
3. 'Used to' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

No comments: