Monday, December 31, 2012

39. Mengenali 'Present Perfect tense' bagi 'action verb'

Mengenali 'Present Perfect tense' bagi 'action verb'.

'Present Perfect tense' bagi 'action verb' (perbuatan beraksi) adalah masa atau tempoh masa bagi perbuatan beraksi yang bermula dari satu masa lepas dan statusnya berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir.

'Present Perfect tense' (bagi 'perbuatan beraksi') boleh ujud dalam beberapa bentuk :

1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk pasif dan negatif.
5. Bentuk soalan bagi bentuk aktif.
6. Bentuk soalan bagi bentuk negatif.
7. Bentuk soalan bagi bentuk pasif.
8. Bentuk soalan bagi bentuk pasif dan negatif. 9. Bentuk permintaan/suruhan/tegahan - tidak ujud.
10.Tiada bentuk - tidak ujud.



1. 'Present Perfect tense' dalam bentuk aktif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has/have' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English - Present perfect tenseMelayuCatitan
SpeakCakapHe has spoken to AliDia sudah bercakap dengan Ali(Status sudah bercakap itu bermula dari dulu dan kekal hingga sekarang)
TakeAmbilShe has taken the medicineDia sudah mengambil ubat itu(Status sudah mengambil ubat itu bermula dari masa lepas dan kekal hingga sekarang)
TravelJelajahMany people have travelled to the moonRamai manusia sudah menjelajah bulan(Status sudah jelajah itu ujud dari dulu hingga sekarang)
VisitLawatMany tourists have visited the placeRamai pelancung sudah melawat tempat itu(Status ramai pelancung melawat tempat itu itu ujud dari dulu hingga sekarang)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu berlaku pada masa dahulu dan statusnya berterusan hingga sekarang atau baru saja berakhir.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'has/have' + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'has' atau 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika objeknya ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika objeknya ialah 'I, you, plural'.
- 5. Perkataan 'has/have' dalam struktur ini bermakna 'sudah'.
- 6. Kombinasi 'has/have' + ('past participle') menandakan 'present perfect tense'.
- 7. Perkataan 'has/have' sahaja bermakna 'mempunyai', dan ia menunjukkan masa 'Present tense'.



2. 'Present Perfect tense' dalam bentuk negatif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has/have' + 'not' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English Present perfect tenseMelayuCatitan
SpeakCakapHe has not spoken to AliDia belum bercakap dengan Ali(Status belum bercakap itu bermula dari satu masa lalu dan kekal hingga sekarang)
TakeAmbilShe has not taken the medicineDia belum mengambil ubat itu(Status belum mengambil ubat itu bermula dari satu masa lalu dan kekal hingga sekarang)
TravelJelajahPeople have not travelled to marsManusia belum menjelajah bintang marikh(Status belum jelajah itu ujud dari dulu hingga sekarang)
ReadBacaThe book has not been readBuku itu belum dibaca(Status belum dibaca ujud dari satu masa dulu berlanjutan hingga sekarang)
VisitLawatMany tourists have not visited the placeRamai pelancung belum melawat tempat itu(Status ramai pelancung belum melawat tempat itu ujud dari dulu hingga sekarang)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu adalah tidak berlaku pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'has/have' + 'not' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'has' atau 'have' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Kombinasi 'has/have + ('past participle')' menandakan perkara itu 'perfect tense tense'.
- 7. Kombinasi 'has/have not' bermakna 'belum'.
- 8. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak' atau 'belum' boleh dikatakan biasa digunakan.



3. 'Present Perfect tense' dalam bentuk pasif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has/have' + 'been' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English Present perfect tenseMelayuCatitan
TellBeritahuThe news has been told to AliBerita itu sudah diberitahu kepada Ali(Penutur bermaksud status sudah diberitahu itu bermula dari satu masa lepas kekal hingga sekarang)
TakeAmbilThe medicine has been taken by herUbat itu sudah diambil oleh dia(Penutur bermaksud status sudah mengambil ubat itu bermula dari satu masa lepas kekal hingga sekarang)
TravelJelajahMars has been travelled by menBintang marikh sudah dijelajahi oleh manusia(Penutur bermaksud status sudah dijelajahi itu ujud dari satu masa dulu hingga sekarang)
ReadBacaThe book has been read by our sonBuku itu sudah dibaca oleh anak kita(Penutur bermaksud status buku itu sudah dibaca itu ujud dari satu masa dulu berlanjutan hingga sekarang)
VisitLawatMany places have been visited by the touristsBanyak tempat sudah dilawati oleh para pelancong itu(Penutur bermaksud status banyak tempat sudah dilawati itu ujud dari dulu hingga sekarang)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu sudah berlaku dari masa lepas dan statusnya berlanjutan hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'has/have' + 'been' + ('past participle'). Iaitu (objek) tertentu diikuti perkataan 'has/have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika objeknya ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika objeknya ialah 'I, you, plural'.
- 5. Dalam struktur ini, perkataan 'has/have' bermaksud 'sudah'.
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'di'.
- 7. Kombinasi 'been + ('past participle')' menunjukkan bentuk 'pasif'.
- 8. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.
- 9. Kombinasi 'has/have been + (past participle)' bermaksud 'sudah di(pasif)'.
- 10. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'has/have' + ('past participle').



4. 'Present Perfect tense' dalam bentuk pasif dan negatif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has/have' + 'not' + 'been' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English - Present perfect tenseMelayuCatitan
SpeakCakapHe has not been spoken toDia belum dicakapi(Status belum dicakapi itu bermula dari satu masa lalu kekal hingga sekarang)
TakeAmbilThe medicine has not been taken by herUbat itu belum diambil olehnya(Status belum diambil itu bermula dari satu masa lalu kekal hingga sekarang)
TravelJelajahMars have not been travelled to by menBintang marikh belum dijelajahi oleh manusia(Status belum dijelajahi itu ujud dari dulu hingga sekarang)
ReadBacaThe book has not been readBuku itu belum dibaca(Keadaan belum dibaca itu ujud dari satu masa dulu berlanjutan hingga sekarang)
VisitLawatThe place has not been visited by touristsTempat itu belum dilawati oleh pelancung(Keadaan belum dilawati itu ujud dari dulu hingga sekarang)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu mula berlaku pada masa dahulu dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'has/have' + 'not' + 'been' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'has/have' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Kombinasi 'has/have not' bermakna 'belum'.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'di'.
- 8. Kombinasi 'been + ('past participle')' menunjukkan bentuk 'pasif'.
- 9. Perkataan ('past participle') melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 10. Kombinasi 'been + (past participle)' bermakna 'di(pasif)'.



5. 'Present Perfect tense' dalam bentuk soalan bagi bentuk aktif

Struktur penggunaan : 'Has/have' + (objek) + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English - Present perfect tenseMelayuQuestionSoalan
SpeakCakapHe has spoken to AliDia sudah bercakap dengan AliHas he spoken to Ali ?Adakah dia sudah bercakap dengan Ali ?
TakeAmbilShe has taken the medicineDia sudah mengambil ubat ituHas she taken the medicine ?Adakah dia sudah mengambil ubat ?
TravelJelajahMany people have travelled to the moonRamai manusia sudah menjelajah bulanHave many people travelled to the moon ?Adakah ramai orang sudah menjelajahi bulan ?
ReadBacaOur son has read the bookAnak lelaki kita sudah membaca buku ituHas our son read the book ?Adakah anak lelaki kita sudah membaca buku itu ?
VisitLawatMany tourists have visited the placeRamai pelancung sudah melawat tempat ituHave many tourists visited the place ?Adakah ramai pelancong sudah melawat tempat itu ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present perfect tense' dalam bentuk soalan ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu berlaku pada masa dahulu dan statusnya berterusan hingga sekarang atau baru saja berakhir.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Banyak perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Has/have' + (objek) + ('past participle ). Iaitu perkataan 'has' atau 'have' diikuti dengan perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika objeknya ialah 'singular'. Perkataan 'have digunakan jika objeknya ialah 'I, you, plural'.
- 5. Kombinasi 'has/have' + ('past participle') menandakan 'present perfect tense'.
- 6. Dalam bentuk soalan, perkataan 'has/have' disini bermaksud 'adakah ... sudah' atau 'sudahkah'.



6. 'Present Perfect tense' dalam bentuk soalan bagi bentuk negatif

Struktur penggunaan : 'Has/have' + 'not' + (objek) + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English Present perfect tenseMelayuQuestionSoalan
SpeakCakapHe has not spoken to AliDia belum bercakap dengan AliHas not he spoken to Ali ?Adakah dia belum bercakap dengan Ali ?
TakeAmbilShe has not taken the medicineDia belum mengambil ubat ituHas not she taken the medicine ?Adakah dia belum mengambil ubat itu ?
TravelJelajahPeople have not travelled to marsManusia belum menjelajah bintang marikhHave not people travelled to mars ?Adakah manusia belum menjelajahi bintang Marikh ?
ReadBacaThe book has not been read by our sonBuku itu belum dibaca oleh anak kitaHas not been read by our son ?Adakah buku itu belum dibaca oleh anak kita ?
VisitLawatMany tourists have not visited the placeRamai pelancung belum melawat tempat ituHave not many tourists visited the place ?Adakah ramai pelancong belum melawat tempat itu ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present perfect tense' (soalan dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu tidak berlaku pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Has/have' + 'not' + (objek) + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'has' atau 'have' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural'.
- 5. Dalam bentuk soalan, perkataan 'has/have' bermakna 'adakah'.
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia boleh bermakna 'belum'.
- 7. Kombinasi 'has not' biasa diringkaskan menjadi 'hasn't'. Kombinasi 'have not' biasa diringkaskan menjadi 'haven't'.
- 8. Kombinasi 'has/have + not + ('past participle')' menandakan perkara itu adalah 'present perfect' (berlaku dari dahulu berlanjutan hingga sekarang) bentuk negatif.
- 9. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak' atau 'belum' boleh dikatakan biasa digunakan.



7. 'Present Perfect tense' dalam bentuk soalan bagi bentuk pasif

Struktur penggunaan : 'Has/have' + (objek) + 'been' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English Present perfect tenseMelayuQuestionSoalan
TellBeritahuThe news has been told to AliBerita itu sudah diberitahu kepada AliHas the news been told to Ali ?Adakah berita itu sudah diberitahu kepada Ali ?
TakeAmbilThe medicine has been taken by herUbat itu sudah diambil oleh diaHas the medicine been taken by her ?Adakah ubat itu sudah diambil olehnya ?
TravelJelajahMars has been travelled by menBintang marikh sudah dijelajahi oleh manusiaHas mars been travelled by men ?Adakah bintang Marikh sudah dijelajahi oleh manusia ?
ReadBacaThe book has been read by our sonBuku itu sudah dibaca oleh anak kitaHas the book been read by our son ?Adakah buku itu sudah dibaca oleh anak kita ?
VisitLawatMany places have been visited by the touristsBanyak tempat sudah dilawati oleh para pelancong ituHave many places been visited by the tourists ?Adakah banyak tempat sudah dilawati oleh para pelancong itu ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present perfect tense' dalam bentuk soalan ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud hal itu sudah berlaku tapi statusnya berlanjutan hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Has/have + (objek) + 'been' + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'has' atau 'have' diikuti dengan 'objek' tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika objeknya ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika objeknya ialah 'I, you, plural'.
- 5. Dalam bentuk soalan, perkataan 'has' atau 'have' bermakna 'adakah ... sudah' atau 'sudahkah'.
- 6. Kombinasi 'been + ('past participle')' bermaksud 'di(pasif)'.
- 7. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'has/have' + ('past participle').



8. 'Present Perfect tense' dalam bentuk soalan bagi bentuk pasif dan negatif

Struktur penggunaan : 'Has/have' + 'not' + (objek) + 'been' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English - Present perfect tenseMelayuQuestionSoalan
SpeakCakapHe has not been spoken toDia belum dicakapiHas not he been spoken to ?Adakah dia belum dicakapi ?
TakeAmbilThe medicine has not been taken by herUbat itu belum diambil olehnyaHas not the medicine been taken by her ?Adakah ubat itu belum diambil olehnya ?
TravelJelajahMars has not been travelled to by menBintang marikh belum dijelajahi oleh manusiaHas not mars been travelled to by men ?Adakah bintang Marikh belum dijelajahi oleh manusia ?
ReadBacaThe book has not been readBuku itu belum dibacaHas not the book been read ?Adakah buku itu belum dibaca ?
VisitLawatThe place has not been visited by touristsTempat itu belum dilawati oleh pelancungHas not the place been visited by tourists ?Adakah tempat itu belum dilawati oleh pelancong ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present perfect tense' bentuk soalan ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu mula berlaku pada masa dahulu dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Has/have' + 'not' + (objek) + 'been' + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'has/have' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak' atau 'belum'.
- 6. Dalam bentuk soalan, kombinasi 'has/have not' bermakna 'adakah ... belum'.
- 7. Kombinasi 'been + ('past participle')' melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 8. Kombinasi 'been + ('past participle')' bermakna 'di(pasif).
- 9. Perkataan 'has not' biasa dipendekkan menjadi 'hasn't'. Perkataan 'have not' biasa dipendekkan menjadi 'haven't'.



No comments: