Kadang-kadang kita mahu menyatakan bahawa sesuatu objek itu sedang melakukan sesuatu tapi pada suatu masa dahulu, contohnya 'Ali sedang makan pada masa itu' atau 'pada masa itu Ali sedang makan' atau 'Ali sedang makan' (tanpa menyebut 'masa' tapi bermaksud 'dahulu').
Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menengenalpasti masa sesuatu perbuatan itu berlaku kerana ada sistem masa ('tense') dalam bahasa itu. Sistem 'tense' itu menyebabkan ejaan sesuatu perbuatan itu berbeza bergantung kepada masa perbuatan itu berlaku.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 kombinasi perkataan yang digunakan apabila kita menyatakan satu perbuatan ('verb') sedang berlaku pada suatu masa dahulu.
'Was' + ('present participle')
'Were' + ('present participle')
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'was' + ('present participle').
2. (Objek) + 'were' + ('present participle').
Ingat : 'Present participle' adalah perkataan dasar ('infinitive') bagi perbuatan ('verb') yang ditambah dengan ing bagi menunjukkan perbuatan itu 'sedang' berlaku, samada pada masa ini, masa lepas atau akan datang. Ia hendaklah disertai dengan 'am/is/are' (bagi masa sekarang) atau 'was/were' (bagi masa dahulu) atau 'will be' (bagi masa depan). Contohnya 'verb' 'walk' (jalan) menjadi 'present participle' 'am walking' (sedang berjalan sekarang) atau 'was walking' (dahulu sedang berjalan) atau 'will be walking' (akan sedang berjalan pada masa depan).
1. Struktur : (Objek) + 'was' + ('present participle').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was' diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past continous tense' (Masa lepas - perbuatan sedang berlangsung tapi pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | I was eating at that time | Saya sedang makan pada masa itu |
I am eating at that time | (Salah) | ||
I eat at that time | (Salah) | ||
Drink | Minum | She was drinking at 5 pm yesterday | Dia sedang minum pada pukul 5 petang semalam |
Run | Lari | he was running | Dia sedang berlari |
Walk | Jalan | Ali was walking when he saw the snake | Ali sedang berjalan bila dia nampak ular itu |
Read | Baca | Ali was reading the letter yesterday night | Ali sedang membaca surat itu malam semalam |
Ali is reading the letter yesterday night | (Salah) | ||
Cook | Masak | Minah was cooking for the party when Siti left | Minah sedang memasak untuk majlis itu bila Siti pergi |
Minah is cooking for the party when Siti left | (Salah) | ||
Study | Belajar | she was studying from 4 to 5 yesterday | Dia sedang belajar antara jam 4 hingga 5 semalam |
Siti is studying from 4 to 5 yesterday | (Salah) | ||
Teach | Ajar | he was teaching when the student fainted | Dia sedang mengajar bila pelajar itu pengsan |
Read | Baca | While Ali was reading, Abu was watching television | Ketika Ali sedang membaca, Abu sedang menonton TV |
Make | Buat | I was studying while he was making dinner | Saya sedang belajar ketika dia sediakan makan malam |
Sit | Duduk | Yesterday at this time, I was sitting at my desk at work | Semalam pada waktu ini, saya sedang buat kerja |
Listen | Dengar | I was listening to radio, so I didn't hear the fire alarm | Saya sedang mendengar radio, jadi saya tak dengar amaran kebakaran |
Wait | Tunggu | Sammy was waiting for us when we got off the plane | Sammy sedang menunggu kami masa kami turun dari kapalterbang |
Write | Tulis | While I was writing the email, the computer suddenly went off | Ketika saya menulis emel, komputer tiba-tiba padam |
Eat | Makan | Last night at 8 PM, I was eating dinner | Malam tadi pukul 8 saya sedang makan malam |
Write | Tulis | When the phone rang, she was writing a letter | Masa telefon berbunyi, dia sedang menulis sepucuk surat |
Watch | Tonton | I was watching TV when she called | Saya sedang menonton TV masa dia menelefon |
Eat | Makan | I was eating at 9 p.m. yesterday | Saya sedang makan pada jam 9 malam semalam |
Play | Main | He was playing football yesterday afternoon | Dia sedang bermain bola sepak semalam |
Write | Tulis | While I was writing the email, the computer suddenly went off | Ketika saya sedang menulis emel, komputer itu tiba-tiba mati |
Sleep | Tidur | While John was sleeping last night, someone stole his car | Ketika John sedang tidur semalam, seseorang telah mencuri keretanya |
Work | Kerja | My mother was working in the garden so she didn't hear the telephone when I called her yesterday | Ibu saya sedang berkerja di taman jadi dia tidak mendengar telefin bila saya menelefon semalam |
Catitan :
- 1. Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila struktur 'was + ('present participle')' digunakan ia bermaksud perbuatan itu sedang berlaku pada suatu masa yang lepas. Perkataan 'was' memberi maksud 'pada masa lalu bagi objek 'singular''.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, dalam struktur ini, perkataan 'was' tidak boleh disenyapkan.
2. Struktur : (Objek) + 'were' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continous tense' (Dahulu - perbuatan sedang berlangsung tapi pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | They were eating at that time | Mereka sedang makan pada masa itu |
They eat at that time | (Salah) | ||
They are eating at that time | (Salah) | ||
Drink | Minum | We were drinking yesterday afternoon | Kami sedang minum pada tengahari semalam |
Run | Lari | The cows were running away when the dog approached them | Lembu-lembu itu lari bila anjing berkenaan mendekati |
Walk | Jalan | Ali and Abu were walking when they saw Ahmad | Ali dan Abu sedang berjalan bila mereka nampak Ahmad |
Read | Baca | You were reading the letter yesterday night | Awak sedang membaca surat itu malam semalam |
You are reading the letter yesterday night | (Salah) | ||
Cook | Masak | we are cooking for the party when she left | (Salah) |
Study | Belajar | we were studying from 4 to 5 yesterday | Kami sedang belajar antara jam 4 hingga 5 semalam |
We are studying from 4 to 5 yesterday | (Salah) | ||
Do | Buat | We were doing this the right way | Kami telah melakukan ini cara yang betul |
Say | Kata | they were saying something good | Mereka telah mengatakan sesuatu yang bagus |
Do | Buat | You were doing it wrong | Awak telah melakukannya secara salah |
Drive | Pandu | At midnight, we were still driving through the desert | Waktu tengah malam, kami masih memandu merentasi gurun |
Study | Belajar | You were studying when she called | Awak sedang belajar semasa dia menelefon |
Write | Tulis | When the phone rang, she was writing a letter | Masa telefon berbunyi, dia sedang menulis sepucuk surat |
Have | Ada | While we were having the picnic, it started to rain | Ketika kami berkelah, hujan mula turun |
Eat | Makan | We were eating at 9 p.m. yesterday | Kami sedang makan pada jam 9 malam semalam |
Play | Main | They were playing football yesterday afternoon | Mereka sedang bermain bola sepak petang semalam |
Watch | Tonton | While we were watching tv, the electricity suddenly went off | Ketika kami sedang menonton tv, bekalan letrik tiba-tiba putus |
Sleep | Tidur | While John and Johnny were sleeping last night, someone stole Mark's car | Ketika John dan Johnny sedang tidur semalam, seseorang telah mencuri kereta Mark |
Work | Kerja | We were working in the garden so we didn't hear the telephone when you called me yesterday | Kami sedang berkerja di taman jadi kami tidak mendengar telefon bila awak menelefon semalam |
Catitan :
- 1. Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila struktur 'were + ('present participle')' digunakan ia bermaksud perbuatan itu sedang berlaku pada suatu masa yang lepas. Perkataan 'were' memberi maksud 'pada masa lalu bagi objek 'you, plural''.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, dalam struktur ini, perkataan 'were' tidak boleh disenyapkan.
Ringkasan
Kombinasi | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Was + ('present participle') | (Objek) + was + ('present participle') | I, singular | Past Continuous tense | Aktif |
Were + ('present participle') | (Objek) + were + ('present participle') | You, plural | Past Continuous tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment