Berkata 'tidak lagi (dulu)' bermaksud berkata 'tidak lagi' tapi hal 'tidak lagi' itu ujud pada masa lepas.
Perkataan Inggeris yang sepadan dengan 'tidak' adalah seperti berikut :
'Was not'.
'Were not'.
Perkataan Inggeris yang sepadan dengan 'lagi' adalah seperti berikut :
'Yet'
Kombinasi perkataan-perkataan 'tidak lagi' itu digunakan dalam struktur berikut :
1. (Objek) + 'was' + 'not' + ('non-verb') + 'yet'.
2. (Objek) + 'were' + 'not' + ('non-verb') + 'yet'.
3. (Objek) + 'was' + 'not yet' + ('non-verb').
4. (Objek) + 'were' + 'not yet' + ('non-verb').
5. (Objek) + 'was' + 'not yet' + ('past participle').
6. (Objek) + 'were' + 'not yet' + ('past participle').
1. Struktur : Objek + 'was' + 'not' + ('non-verb') + 'yet'
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu diikuti dengan perkataan 'yet'.
Struktur ini bermaksud tidak lagi (bagi 'Past tense' - masa lalu).
'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Ready | Sedia | I was not ready yet at the time | Saya tidak bersedia lagi pada masa itu |
Born | Dilahirkan | He was not born yet in 1990 | Dia belum dilahirkan lagi pada 1990 |
2. Struktur : (Objek) + 'were' + 'not' + ('non-verb') + 'yet'
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu diikuti dengan perkataan 'yet'.
Struktur ini bermaksud tidak lagi (bagi 'Past tense' - masa lalu).
'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Ready | Sedia | I was not ready yet at the time | Saya tidak bersedia lagi pada masa itu |
Born | Dilahirkan | You were not born yet | Awak belum dilahirkan lagi |
3. Struktur : (Objek) + 'was' + 'not' + 'yet' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was not yet' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini bermaksud tidak lagi (bagi 'Past tense' - masa lalu).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Ready | Sedia | I was not yet ready at the time | Saya belum lagi bersedia pada masa itu |
Six | Enam | The boy was only four years old, and the girl was not yet six | Budak lelaki itu baru berumur empat tahun, dan budak perempuan itu belum lagi enam tahun |
A vampire | Seorang pontianak | That morning I was not yet a vampire | Pagi itu saya belum lagi menjadi pontianak |
Born | Dilahirkan | He was not yet born | Dia belum lagi dilahirkan |
4. Struktur : (Objek) + 'were' + 'not' + 'yet' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were not yet' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini bermaksud tidak lagi (bagi 'Past tense' - masa lalu).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Ready | Sedia | I was not yet ready at the time | Saya belum lagi bersedia pada masa itu |
Six | Enam | The boy was only four years old, and the girl was not yet six | Budak lelaki itu baru berumur empat tahun, dan budak perempuan itu belum lagi enam tahun |
5. Struktur : (Objek) + 'was' + 'not' + 'yet' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was not yet' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermaksud tidak lagi di(pasif) (bagi 'Past tense' - masa lalu, bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Inform | Maklum | I was not yet informed at the time | Saya belum lagi dimaklumkan pada masa itu |
6. Struktur : (Objek) + 'were' + 'not' + 'yet' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were not yet' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermaksud tidak lagi di(pasif) (bagi 'Past tense' - masa lalu, bentuk pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular'. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Inform | Maklum | We were not yet informed at the time | Kami belum lagi dimaklumkan pada masa itu |
No comments:
Post a Comment