Monday, December 31, 2012

25. Kekeliruan : 'Past tense' atau 'Past participle'

Kekeliruan : 'past tense' atau 'past participle'

Kadang-kadang menghasilkan kekeliruan samada sesatu perkataan itu harus dibaca sebagai 'Past tense' atau 'Past participle'. Ini boleh berlaku apabila :

1. Tiada perkataan 'be' sebelum perkataan tersebut, contohnya perkataan 'removed'. Kalau ada perkataan 'be' sebelum perkataan itu, iaitu 'be removed' (bermaksud 'dikeluarkan'), maka ia jelas satu 'Past participle'. Kalau tiada perkataan 'be' sebelum perkataan 'removed' iaitu perkataan 'removed' sahaja, ia boleh bermakna satu 'past tense' atau satu 'past participle', maka kita harus melihat kepada konteks dimana perkataan 'removed' itu berada dalam ayat untuk menentukan ia 'Past tense' atau 'Past participle'.

2. Amalan sesetengah pihak.

3. Kekeliruan biasa berlaku bagi 'irregular verb' kerana ada ejaan yang sama antara 'Past Tense' dan 'Past participle'.

'Word' (Perkataan)EnglishMelayuCatitan
ForcedTelah memaksaNo one forced himTiada sesiapa telah memaksa diaPast tense
ForcedDipaksaNo one forced to signTiada sesiapa dipaksa untuk menandatanganiPast participle (berdasarkan 'konteks')
MadeBuatanThe car is Malaysian madeKereta itu buatan MalaysiaPast tense
MadeDibuatThe car is made in MalaysiaKereta itu dibuat di MalaysiaPast participle
ReadTelah membacaI read the bookSaya telah membaca buku ituPast tense
ReadDibacaThe book read 1000 timesBuku itu dibaca seribu kaliPast participle
BatteredTelah membantaiBattered his opponentTelah membantai lawannyaPast tense
BatteredDibantaiBattered by the windDibantai oleh anginPast participle
KilledTelah membunuhHe killed the enemyDia telah membunuh musuh tersebutPast tense
KilledDibunuhKilled by the bulletDibunuh oleh peluru ituPast participle
BentBengkokHe bent the rodDia telah membengkokkan batang ituPast tense
BentDibengkokkanThe iron rod bent by himBatang besi itu dibengkokkan olehnyaPast participle

Biasanya, 'past participle' bermaksud 'di' atau 'telah di...' atau 'sudah di...' dalam sistem masa ('tense') berikut :

1. 'Present tense'. Contoh : 'The car is made in Malaysia' (Kereta itu dibuat di Malaysia). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'is made' (dibuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'pasif'.

2. 'Past tense'. Contoh : 'The car was made in Malaysia' (Kereta itu telah dibuat di Malaysia). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'was made' (telah dibuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'pasif'.

3. 'Future tense'. Contoh : 'The car will be made in Malaysia' (Kereta itu akan dibuat di Malaysia). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'will be made' (akan dibuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'pasif'.

4. 'Present Perfect tense'. Contoh : 'The car has been made in Malaysia' (Kereta itu sudah dibuat di Malaysia). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'has been made' (sudah dibuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'pasif'.

5. 'Past Perfect tense'. Contoh : 'The car had been made in Malaysia' (Kereta itu sudah dibuat di Malaysia). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'had been made' (sudah dibuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'pasif'.

6. 'Future Perfect tense'. Contoh : 'The car will has been made in Malaysia' (Kereta itu akan sudah dibuat di Malaysia). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'will has been made' (akan sudah dibuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'pasif'.

7. 'Present Perfect tense'. Contoh : 'Malaysia has made the car' (Malaysia sudah membuat kereta itu). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'has made' (sudah membuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'aktif'.

8. 'Past Perfect tense'. Contoh : 'Malaysia had made the car' (Malaysia sudah membuat mereta itu). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'had made' (sudah membuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'aktif'.

9. 'Future Perfect tense'. Contoh : 'Malaysia will has made the car' (Malaysia akan sudah membuat mereta itu). Perkataan 'made' adalah 'past participle'. Perhatikan perkataan 'will has made' (akan sudah membuat). Ayat ini adalah satu bentuk 'aktif'.

'Past tense' bermaksud 'telah' dalam sistem masa ('tense') berikut :

'Past tense'. Contoh : 'A Malaysian made the cake' (Seorang rakyat Malaysia telah membuat kek itu). Perkataan 'made' adalah 'past tense'. Ayat ini adalah satu bentuk 'aktif'.

Ejaan 'Past tense' dan 'Past participle'

Oleh kerana ejaan bagi sesetengah 'Past tense' dan 'Past Participle' ada yang sama dan ada yang berbeza (sedikit), maka pembaca digalakkan membaca banyak makalah berbahasa Inggeris.

Catitan :

1. 'am/is/are'.
2. 'was/were'.
3. 'has/have'.


No comments: