Saturday, December 8, 2012

183. Menyatakan perbuatan lazim (sekarang, bentuk aktif)

Menyatakan perbuatan lazim (sekarang, bentuk aktif)

Dalam bahasa Inggeris, ada 'tense' khusus untuk kita gunakan untuk menyatakan perbuatan lazim atau berulang-ulang atau kebiasaan, bagi masa sekarang, bagi bentuk aktif. 'Tense' itu dinamakan 'Present tense'.

Contohnya : 'Saya berjalan kaki ke sekolah setiap hari'.

Berikut ialah beberapa struktur yang digunakan bagi menunjukkan 'perbuatan lazim sekarang' ('present tense') :

1. Menggunakan struktur : (Objek) + ('verb').
2. Menggunakan struktur : (Objek) + 'do/does' + ('verb').



1. Menggunakan struktur : (Objek) + ('verb').

Dalam struktur ini, ejaan bagi 'verb' berbeza bergantung kepada samada 'objek' adalah 'I, you, singular' atau 'plural'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
SpeakCakapHe speaks softlyDia bercakap dengan lembut(Lazimnya dia bercakap dengan lembut)
WalkJalanShe walks to school everydayDia berjalan ke sekolah setiap hari(Biasanya dia berjalan kaki ke sekolah)
TeachAjarShe teaches scienceDia mengajar sains(Lazimnya dia mengajar sains)
SleepTidurShe sleeps at t en p.mDia tidur pukul 10 malam(Biasanya dia masuk tidur pada pukul 10 malam)
PlayMainHe plays footballDia main bola(Lazimnya dia main bola)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud perbuatan ('verb') itu adalah kebiasaan atau kelaziman dari dahulu hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + ('verb'). Iaitu ('objek') tertentu diikuti dengan perkataan ('verb') tertentu.
- 4. Bagi 'verb', ia bendaklah dieja dengan bentuk 'infinitive' (ejaan kata dasar), tetapi perkataan dengan tambahan s digunakan jika objeknya ialah 'singular', dan perkataan tanpa tambahan s digunakan jika objeknya ialah I, you, 'plural'.

2. Menggunakan struktur : (Objek) + 'do/does' + ('verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'do' atau 'does' digunakan.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
SpeakCakapHe does speak softlyDia bercakap dengan lembut(Lazimnya dia bercakap dengan lembut)
WalkJalanShe does walk to school everydayDia berjalan ke sekolah setiap hari(Biasanya dia berjalan kaki ke sekolah)
TeachAjarShe does teach scienceDia mengajar sains(Lazimnya dia mengajar sains)
SleepTidurShe does sleep at t en p.mDia tidur pukul 10 malam(Biasanya dia masuk tidur pada pukul 10 malam)
PlayMainHe does play footballDia main bola(Lazimnya dia main bola)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud perbuatan ('verb') itu adalah kebiasaan atau kelaziman dari dahulu hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk aktif) : (Objek) + 'do/does' + ('verb').
- 4. Perkataan 'does' digunakan jika objeknya ialah 'singular'. Perkataan 'do' digunakan jika objeknya ialah I, you, 'plural'.
- 5. Struktur ini boleh menggantikan struktur '(objek) + ('verb')'.
- 6. Apabila perkataan 'do/does' digunakan, 'verb' hendaklah dieja dengan 'infinitive' (ejaan kata dasar). Tiada tambahan huruf 's' pada 'infinitive' samada 'objek' adalah 'I, you, singular, plural'.

Catitan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk (Ada tambahan 's') (Tiada tambahan 's) Do Does

No comments: