Saturday, December 8, 2012

184. Menyatakan perbuatan lazim (sekarang, bentuk negatif)

Menyatakan perbuatan lazim (sekarang, bentuk negatif)

Dalam bahasa Inggeris, ada 'tense' khusus untuk kita gunakan untuk menyatakan perbuatan lazim atau berulang-ulang atau kebiasaan, bagi masa sekarang. 'Tense' itu dinamakan 'Present tense'. 'Tense' itu boleh dinyatakan dalam bentuk negatif.

Contohnya : 'Saya tidak berjalan kaki ke sekolah setiap hari'.

Perkataan tidak menjadikan ayat ini berbentuk negatif.

Berikut ialah struktur yang digunakan bagi menunjukkan 'present tense' bentuk negatif :

1. Menggunakan struktur : (Objek) + 'does not' + ('verb').
2. Menggunakan struktur : (Objek) + 'do not' + ('verb').



1. Menggunakan struktur : (Objek) + 'does not' + ('verb').

Dalam struktur ini, ejaan bagi 'verb' tidak berbeza samada 'objek' adalah 'I, you, singular' atau 'plural' iaitu mengikut ejaan 'infinitive'. Tiada tambahan huruf 's' jika objek ialah 'singular'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
SpeakCakapHe does not speak softlyDia tidak bercakap dengan lembut(Lazimnya dia tidak bercakap dengan lembut)
WalkJalanShe does not walk to school everydayDia tidak berjalan ke sekolah setiap hari(Biasanya dia tidak berjalan kaki ke sekolah)
TeachAjarShe does not teach scienceDia tidak mengajar sains(Lazimnya dia tidak mengajar sains)
SleepTidurShe does not sleep at ten p.mDia tidak tidur pada pukul 10 malam(Biasanya dia tidak masuk tidur pada pukul 10 malam)
PlayMainHe does not play footballDia tidak main bola(Lazimnya dia tidak main bola)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu adalah kebiasaan atau kelaziman dari dahulu hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'does not' + ('verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'does not' diikuti dengan perkataan 'verb' tertentu.
- 4. Bagi 'verb', tiada perkataan dengan tambahan s digunakan jika objeknya ialah 'singular' iaitu sama seperti objek 'I, you, plural'.

2. Menggunakan struktur : (Objek) + 'do not' + ('verb').

Dalam struktur ini, ejaan bagi 'verb' tidak berbeza samada 'objek' adalah 'singular' atau 'I, you, plural' iaitu mengikut ejaan 'infinitive'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
SpeakCakapWe do not speak softlyKami tidak bercakap dengan lembut(Lazimnya kami tidak bercakap dengan lembut)
WalkJalanThey do not walk to school everydayMereka tidak kaki berjalan ke sekolah setiap hari(Biasanya mereka tidak berjalan kaki ke sekolah)
TeachAjarMr Ali and Mr Abu do not teach scienceEn Ali dan En Abu tidak mengajar sains(Lazimnya En Ali dan En Abu tidak mengajar sains)
SleepTidurWe do not go to bed at ten p.mKami tidak masuk tidur pada pukul 10 malam(Biasanya kami tidak masuk tidur pada pukul 10 malam)
PlayMainThey do not play footballMereka tidak main bola(Lazimnya mereka tidak main bola)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu adalah kebiasaan atau kelaziman dari dahulu hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'do not' + ('verb')'. Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'do not' diikuti dengan perkataan 'verb' tertentu.
- 4. Bagi 'verb', tiada perkataan dengan tambahan s digunakan jika objeknya ialah 'singular' iaitu sama seperti objek 'I, you, plural' jika bentuknya ialah 'negatif'.

No comments: