Wednesday, December 5, 2012

185. Berkata 'ialah/ adalah/ merupakan' (sekarang)

Berkata 'ialah/adalad/merupakan (sekarang)

Kadang-kadang kita mahu menyatakan fakta statik (bukan perbuatan) ('non-verb') seperti perasaan, kedudukan, umur, sifat, perangai, keadaan dan sebagainya - bagi masa sekarang. Contohnya 'dia adalah seorang guru'.

Dalam menyatakan fakta statik - bagi masa sekarang -, kadang-kadang kita menggunakan perkataan ialah atau adalah atau merupakan, contohnya 'saya adalah pelajar sekolah ABC'.

Ada kalanya perkataan ialah atau adalah atau merupakan boleh ditinggalkan, contohnya 'saya seorang pelajar'.

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting mengenalpasti masa ('tense') bagi 'ialah/adalah/merupakan' kerana ada sistem 'tense' dalam bahasa itu.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang bermakna ialah/adalah/merupakan - bagi masa sekarang - dan ia mesti digunakan dalam menyatakan sesuatu fakta (tidak boleh ditinggalkan). Perkataan-perkataan itu (bagi masa sekarang) ialah :

'Am'
'Is'
'Are'

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

1. (Objek) + 'am' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are' + ('non-verb').

Dalam bahasa Inggeris, 'am', 'is', 'are', 'was', 'were' dipanggil verb 'to be'.



1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('non-verb')

'Am' boleh bermakna ialah atau adalah atau merupakan.

'Am' digunakan bagi 2 keadaan :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - fakta itu ujud sekarang).

Contoh :

EnglishMelayuCatitan
I am a teacherSaya (adalah) seorang guru(Sekarang saya seorang guru)
I a teacher(Salah)(Salah kerana 'am' tidak disebut)
I am happySaya gembira(Sekarang saya gembira)
I happy(Salah)(Salah kerana tiada 'am')
Yes, I amYa, sayaBetul
Yes, I(Salah)(Salah kerana 'am' tidak disebut)
I am a teacher in 1970Saya seorang guru pada tahun 1970(Salah sebab masanya bukan sekarang)
I am satisfiedSaya puashatiBetul
I am sadSaya sedihBetul
I sad(Salah)(Salah kerana 'am' tidak disebut)
I am sureSaya pasti
I am boredSaya bosan
I am busySaya sibuk
I am fullSaya kenyang
I am thirstySaya haus
I am tiredSaya penat
I am annoyedSaya rasa terganggu
i am scaredSaya takut
I am use toSaya dah biasa
I am lonelySaya kesunyian
I am afraidSaya takut
I am worrySaya bimbang
I am tiredSaya penat

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan.

2. Struktur : (Objek) + 'is' + ('non-verb')

'Is' juga boleh bermakna ialah atau adalah atau merupakan.

Struktur ini digunakan bagi 2 keadaan :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan 'singular' (apa-apa yang bilangannya hanya satu dan kurang).
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - fakta yang disebut itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayuCatitan
He is a prefectDia (ialah) seorang pengawas(Sekarang dia seorang pengawas)
He a prefect(Salah)(Salah kerana 'is' tidak disebut)
He prefect(Salah)(Salah kerana 'is' tidak disebut)
Yes, he isYa, dia
She is tallDia (adalah) tinggi(Sekarang dia tinggi)
She tall(Salah)
It is a snakeItu (ialah) seekor ular
It snake(Salah)
John is a boyJohn ialah seorang budak lelaki
The cat is maleKucing itu (adalah) jantan
This show is goodPertunjukan ini (adalah) bagus
Malaysia is a peaceful countryMalaysia (adalah) sebuah negara yang aman

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan.

3. Struktur : (Objek) + 'are' + ('non-verb')

'Are' juga boleh bermakna ialah atau adalah atau merupakan.

'Are' digunakan bagi 2 keadaan :

1. Objek : 'You, we, they, those, these' dan 'plural' (apa-apa yang bilangannya lebih dari satu).
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - fakta yang dinyatakan itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayuCatitan
You are guiltyAwak (adalah) bersalah
You guilty(Salah)
You are cleverAwak (adalah) pandai
You clever(Salah)
No, you are wrongTidak, awak (adalah) salah
We are MalaysiansKami (adalah) orang Malaysia
They are the winnerMereka (adalah) pemenangnya

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan.

Ringkasan

PerkataanObjekMasa
AmIPresent tense
IsSingularPresent tense
AreYou, pluralPresent tense

No comments: