Thursday, December 29, 2011

266. Berkata 'mungkin sudah di(pasif)' (dulu)

Berkata 'mungkin sudah di(pasif)' (dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : "Dia mungkin sudah diberitahu" dimana hal 'mungkin sudah diberitahu' itu ujud dimasa lalu. Dalam ayat ini terdapat frasa mungkin sudah di... (pasif).

Frasa ini adalah dalam bentuk pasif.

Frasa 'mungkin sudah di...' (pasif) boleh merujuk kepada hal dimasa sekarang dan boleh juga merujuk kepada hal dimasa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, struktur perkataan yang boleh digunakan sebagai mungkin sudah di... (pasif), bagi masa dulu, ialah :

1. (Objek) + 'maybe' + 'had' + 'been' + ('past participle').
2. 'Maybe' + (objek) + 'had' + 'been' + ('past participle').

Catitan :

- 1. Ejaan digunakan ialah 'maybe' bukan 'may be'.
- 2. 'Maybe' atau 'perhaps' lebih jelas maksudnya daripada 'may be'.



1. Struktur : (Objek) + 'maybe' + 'had' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'maybe' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'been' dan diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu hingga dahulu - Hal mungkin sudah di... itu ujud pada masa lepas berlanjutan hingga satu masa lepas juga).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ConveySampaikanThe message maybe had been conveyedPesanan mungkin sudah disampaikan
BoilDidihThe water maybe had been boiledAir mungkin sudah dididihkan
RecordRekodThe complain maybe had been recordedAduan itu mungkin sudah direkodkan
TrainBerlatihThe elephant maybe had been trainedGajah itu mungkin sudah dilatih
IntroducePerkenalThe new teacher maybe had been introducedGuru baru itu mungkin sudah diperkenalkan

Catitan :

- Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan dalam contoh-contoh di atas, tetapi apabila perkataan 'had' digunakan maka secara automatik ia menunjukkan hal berkenaan ujud pada tempoh masa lalu.

2. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'had' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'had' diikuti dengan perkataan 'been' dan diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu hingga dahulu - Hal mungkin sudah di... (pasif) itu ujud pada masa lepas dan berlanjutan hingga satu masa lepas juga).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ConveySampaikanMaybe the message had been conveyedMungkin pesanan sudah disampaikan
BoilDidihMaybe the water had been boiledMungkin air sudah dididihkan
RecordRekodMaybe the complain had been recordedMungkin aduan itu sudah direkodkan
TrainBerlatihMaybe the elephant had been trainedMungkin gajah itu sudah dilatih
IntroducePerkenalMaybe the new teacher had been introducedMungkin guru baru itu sudah diperkenalkan

Catitan :

- Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan dalam contoh-contoh di atas, tetapi apabila perkataan 'had' digunakan maka secara automatik ia menunjukkan hal berkenaan ujud pada tempoh masa lalu.

Ringkasan

StrukturObjekMasaBentuk
(Objek) + maybe had been + ('past participle')SemuaPast Perfect tensePasif
Maybe, (objek) + had been + ('past participle')SemuaPast Perfect tensePasif

No comments: