Tuesday, December 27, 2011

321. Berkata 'biasanya', 'lazimnya' (dulu)

Berkata 'biasanya, lazimnya' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, untuk menyatakan perbuatan lazim atau biasa, bagi masa lepas, gunakan 'used to'.

'Used to' adalah salah satu 'modal verb'.

'Used to' biasa digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. Dalam bentuk aktif : (Objek) + 'used to' + ('verb').
2. Dalam bentuk negatif : (Objek) + 'did not' + 'use to' + ('verb').
3. Dalam bentuk soalan aktif : 'Did' + (objek) + 'use to' + ('verb').
4. Dalam bentuk soalan negatif : 'Did not' + (objek) + 'use to' + ('verb').

Perhatian :

Setiap kali selepas perkataan 'to', 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
Dalam bentuk aktif, ejaannya ialah 'used to'.
Dalam bentuk negatif dan soalan, ejaannya ialah 'use to'.



1. Struktur penggunaan (dalam bentuk aktif) : (Objek) + 'used to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'used to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam struktur ini, perkataan 'used to' digunakan.

'Used to' bermakna 'biasa' atau 'biasanya'.

'Used to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayuCatitan
SpeakCakapHe used to speak softlyDia biasa bercakap dengan lembut(Lazimnya dia dahulu bercakap dengan lembut)
WalkJalanShe used to walk to school everydayDia biasa berjalan ke sekolah setiap hari(Biasanya dahulu dia berjalan kaki ke sekolah)
TeachAjarShe used to teach scienceDia biasa mengajar sains(lazimnya dia dahulu mengajar sains)
SleepTidurShe used to sleep at ten p.mDia biasanya tidur pukul 10 malam(biasanya dia dahulu masuk tidur pada pukul 10 malam)
PlayMainHe used to play footballDia biasa main bola(lazimnya dahulu dia dahulu main bola)

2. Struktur penggunaan (dalam bentuk negatif) : (Objek) + 'did not' + 'use to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not use to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam struktur ini, perkataan 'did not use to' digunakan.

'Did not use to' bermakna 'tidak biasa'.

'Did not use to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayuCatitan
SpeakCakapHe did not use to speak softlyDia tidak biasa bercakap dengan lembut(Lazimnya dia dahulu tidak bercakap dengan lembut)
WalkJalanShe did not use to walk to school everydayDia tidak biasa berjalan ke sekolah setiap hari(Biasanya dahulu dia tidak biasa berjalan kaki ke sekolah)
TeachAjarShe did not use to teach scienceDia tidak biasa mengajar sains(lazimnya dia dahulu tidak biasa mengajar sains)
SleepTidurShe did not use to sleep at ten p.mDia tidak biasa tidur pukul 10 malam(biasanya dia dahulu tidak masuk tidur pada pukul 10 malam)
PlayMainHe did not use to play footballDia tidak biasa main bola(lazimnya dahulu dia tidak biasa main bola)

Perhatikan :

- Dalam bentuk negatif, perkataan yang digunakan ialah 'use to' (infinitive) bukan 'used to'.

3. Struktur penggunaan (dalam bentuk soalan aktif) : 'Did' + (objek) + 'use to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'use to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam struktur ini, perkataan 'use to' digunakan (bukan 'used to').

'Did (objek) use to' bermakna 'adakah (objek) tidak biasa'.

'Did (objek) use to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
SpeakCakapDid he use to speak softly ?Adakah dia biasa bercakap dengan lembut ?
WalkJalanDid she use to walk to school everyday ?Adakah dia biasa berjalan ke sekolah setiap hari ?
TeachAjarDid she use to teach science ?Adakah dia biasa mengajar sains ?
SleepTidurDid she use to sleep at ten p.m ?Adakah dia biasa tidur pukul 10 malam ?
PlayMainDid he use to play football ?Adakah dia biasa main bola ?

Perhatikan :

- Dalam bentuk soalan, perkataan yang digunakan ialah 'use to' (infinitive) bukan 'used to'.

4. Struktur penggunaan (dalam bentuk soalan negatif) : 'Did not' + (Objek) + 'use to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did not' diikuti (Objek) tertentu diikuti perkataan 'use to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam struktur ini, perkataan 'did not (objek) use to' digunakan.

'Did not (objek) use to' bermakna 'Adakah (objek) tidak biasa'.

'Did not (objek) use to' sentiasa 'past tense'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
SpeakCakapDid not he use to speak softly ?Adakah dia tidak biasa bercakap dengan lembut ?
WalkJalanDid not she use to walk to school everyday ?Adakah dia tidak biasa berjalan ke sekolah setiap hari ?
TeachAjarDid not she use to teach science ?Adakah dia tidak biasa mengajar sains ?
SleepTidurDid not she use to sleep at ten p.m ?Adakah dia tidak biasa tidur pukul 10 malam ?
PlayMainDid not he use to play football ?Adakah dia tidak biasa main bola ?

Perhatikan :

- Dalam bentuk negatif, perkataan yang digunakan ialah 'use to' (infinitive) bukan 'used to'.

Catitan :

1. 'Used to' digunakan dalam bentuk 'negatif' dan 'soalan'.
2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai.
3. 'Used to' digunakan bagi kedua-dua objek 'singular' dan 'plural'.
4. Perhatikan ejaannya ialah 'used to' bukan 'use to' bagi bentuk aktif tapi 'use to' bagi bentuk negatif dan soalan .

No comments: