Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang digunakan untuk menyatakan perlu di... atau diperlukan, bagi masa sekarang, dalam bentuk pasif.
'Need to be' + ('past participle').
'Needs to be' + ('past participle').
Perkataan-perkataan itu boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'need' + 'to be' + ('past participle').
2. (Objek) + 'needs' + 'to be' + ('past participle').
1. Struktur : (Objek) + 'need' + 'to be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'need' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'Need to be' + ('past participle') lebihkurang bermaksud perlu untuk di(pasif).
'Past participle' menandakan perkataan pasif dalam bahasa Inggeris (Selain digunakan dalam 'perfect tense').
'Need to be' digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - Keadaan perlu itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang diperlukan itu adalah perbuatan.
English verb | English | Melayu |
Support | I need to be supported | Saya perlu untuk disokong |
Train | The players need to be trained longer | Pemain-pemain itu perlu dilatih lebih lama |
Discuss | The problems need to be discussed | Masalah-masalah itu perlu untuk dibincangkan |
Encourage | The children need to be encouraged | Kanak-kanak itu perlu untuk di beri galakan |
Correct | The mistakes need to be corrected | Kesalahan-kesalahan itu perlu untuk dibetulkan |
2. Struktur : (Objek) + 'needs' + 'to be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'needs' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'Needs to be' + ('past participle') lebihkurang bermaksud perlu untuk di(pasif).
'Past participle' menandakan perkataan pasif dalam bahasa Inggeris (selain digunakan dalam 'perfect tense').
'Needs to be' digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - Keadaan perlu itu ujud pada masa sekarang.
3. 'Verb' - Hal yang diperlukan itu adalah perbuatan.
English verb | English | Melayu |
Support | He needs to be supported | Dia perlu untuk disokong |
Train | The player needs to be trained longer | Pemain itu perlu dilatih lebih lama |
Discuss | The problem needs to be discussed | Masalah itu perlu untuk dibincangkan |
Encourage | A child need to be encouraged | Seorang kanak-kanak perlu untuk di beri galakan |
Correct | The mistake need to be corrected | Kesalahan itu perlu untuk dibetulkan |
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
'Need to be' + ('past participle') | (Objek) + 'need to be' + ('past participle') | I, You, Plural | Present tense | Pasif |
'Needs to be' + ('past participle') | (Objek) + 'needs to be' + ('past participle') | Singular | Present tense | Pasif |
No comments:
Post a Comment