Tuesday, December 27, 2011

328. Berkata 'suka di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'suka di(pasif)' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang bermakna 'suka' ialah 'like'. Bagaimanapun, perkataan 'like' membawa juga makna 'seperti'. Dalam bab ini, makna yang diterangkan ialah 'suka'.

Perkataan 'like' (suka) (bagi masa sekarang, dalam bentuk pasif) digunakan dalam beberapa struktur bergantung kepada kesesuaian tertentu.

1.(Objek) + 'like' + 'to be' + ('past participle').
2.(Objek) + 'likes' + 'to be' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'like' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'like' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Frasa 'like to be' + ('past participle') bermaksud suka di ... (bentuk pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka di... itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

EnglishMelayu
I like to be treated fairlySaya suka dilayan dengan adil
We like to be released from this taskKami suka dilepaskan dari tugasan ini
They like to be remembered as the pioneerMereka suka dikenang sebagai pemula
Ali and Abu like to be seen as good friendsAli dan Abu suka dilihat sebagai kawan baik
The children like to be entertainedKanak-kanak itu suka dihiburkan

2. Struktur : (Objek) + 'likes' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'likes' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan suka jadi itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

EnglishMelayu
She likes the money to be sharedDia suka wang itu dikongsi
He likes to be lovedDia suka disayangi
Ali likes to be understoodAli suka difahami
Siti likes the post to be contestedSiti suka jawatan itu dipertandingkan
Who likes to be declared bankcrupt ?Siapa yang suka diisytiharkan muflis ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Like to be(Objek) + like to be + (past participle)I, You, PluralPresent tenseAktif
Likes to be(Objek) + likes to be + (past participle)SingularPresent tenseAktif

No comments: