Tuesday, December 27, 2011

329. Berkata 'suka di(pasif)' (dulu)

Berkata 'suka di(pasif)' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang bermakna 'suka' ialah 'like'. Bagaimanapun, perkataan 'like' membawa juga makna 'seperti'. Dalam bab ini, makna yang diterangkan ialah 'suka'.

Perkataan 'like' (suka) (bagi masa lepas, dalam bentuk 'pasif') digunakan dalam struktur berikut :

'Liked' + 'to be' + ('past participle').



Struktur : 'Liked' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'liked' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini bermakna 'suka di...' (bentuk pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Keadaan suka itu ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' - Hal yang disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

Melayu - kata dasar
English InfinitiveEnglishMelayu
IntroducePerkenalThey liked to be introduced to youMereka suka diperkenalkan kepada anda
LeaveBiarHe liked to be left aloneDia suka dibiarkan sendirian
InvolveLibatShe liked to be involved in the projectDia suka terlibat (dilibatkan) dalam projek itu
PayBayarWe liked to be paid in RMKami suka diberi bayaran dalam RM
CarryBawaThe child liked to be carriedKanak-kanak itu suka diangkatbawa

Catitan :

- Kombinasi 'be + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Liked to be(Objek) + liked to be + (past participle)SemuaPast tensePasif

No comments: