Tuesday, December 27, 2011

330. Berkata 'tidak suka' (sekarang)

Berkata 'tidak suka' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang bermakna 'tidak suka' (dimana hal 'tidak suka itu ujud pada masa sekarang) iaitu :

'Do not like'.
'Does not like'.

Ini adalah bentuk 'negatif'. Ia juga menunjukkan masa 'Present tense'.

Dalam bab ini, makna yang diterangkan ialah 'tidak suka' (does/don't like).

Perkataan 'do not/does not like' (tidak suka) digunakan dalam beberapa struktur bergantung kepada kesesuaian tertentu.

1. (Objek) + 'do not like' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'does not like' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'do not like' + ('gerund').
4. (Objek) + 'does not like' + ('gerund').
5. (Objek) + 'do not like to' + ('verb').
6. (Objek) + 'does not like to' + ('verb').
7. (Objek) + 'do not like to be' + ('non-verb').
8. (Objek) + 'does not like to be' + ('non-verb').

Perhatian :

- Dalam bentuk 'negatif', semua ejaan adalah 'like', tiada 'likes'.
- Perkataan 'am not, like, is not like, are not like' membawa makna 'tidak seperti'.



1. Struktur : (Objek) + 'do not like' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not like' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Do not' biasa diringkaskan kepada 'don't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak disukai itu bukan perbuatan tapi benda, objek atau nama perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
YouI do not like youSaya tidak suka awak
HimThe players do not like him as the coachPemain-pemain tidak suka dia sebagai jurulatih
This showWe do not like this showKami tidak suka pertunjukan ini
The subsidiesThe oppositions do not like the subsidies to be abolishedPembangkang tidak suka jika subsidi ditamatkan

2. Struktur : (Objek) + 'does not like' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'does not like' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Does not' biasa diringkaskan kepada 'doesn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak disukai itu bukan perbuatan tapi benda, objek atau nama perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
YouShe does not like youDia tidak suka awak
AliThe manager does not like Ali as the coachPengurus tidak suka Ali sebagai jurulatih
The foodHe does not like the foodDia tidak suka makanan itu
AbuAli does not like Abu to come lateAli tidak suka Abu datang lambat
The attitudeThe headmaster does not like the attitudeGuru besar tidak suka sikap sedemikian

3. Struktur : (Objek) + 'do not like' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not like' diikuti + ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Gerund' - Hal yang tidak disukai itu adalah nama perbuatan (bukan benda atau objek atau perbuatan).

'Gerund'EnglishMelayu
MonitoringI do not like monitoring the trafficSaya tidak suka memantau lalulintas
Hitch-hikingWe do not like hitch-hikingKami tidak suka mengembara
SailingThey do not like sailingMereka tidak suka belayar
RunningYou do not like runningAwak tidak suka berlari
VotingCandidates do not like votingCalun-calun tidak suka mengundi

4. Struktur : (Objek) + 'does not like' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'does not like' diikuti ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Gerund' - Hal yang tidak disukai itu adalah nama perbuatan (bukan benda atau objek atau perbuatan).

'Gerund'EnglishMelayu
MonitoringHe does not like monitoring the trafficDia tidak suka memantau lalulintas
Hitch-hikingShe does not like hitch-hikingDia tidak suka mengembara
SailingHe does not like sailingDia tidak suka belayar
RunningAli does not like runningAli tidak suka berlari
VotingThe candidate does not like votingCalun itu tidak suka mengundi

5. Struktur : (Objek) + 'do not like to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not like to' diikuti perkaraan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

'Verb'EnglishMelayu
GoI do not like to go nowSaya tidak suka pergi sekarang
WatchWe do not like to watch movieKami tidak suka menonton wayang
PlayThey do not like to play bowlingMereka tidak suka main boling
VisitAli and Abu do not like to visit Siti's grandmotherAli dan Abu tidak suka menziarahi nenek Siti
StrikeThe workers do not like to strikePekerja-pekerja itu tidak suka mogok

6. Struktur : (Objek) + 'does not like to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'does not like to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Hal tidak suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

'Verb'EnglishMelayu
PlayShe does not like to play nowDia tidak suka untuk bermain sekarang
StudyHe does not like to study in EnglandDia tidak suka untuk belajar di England
TravelAli does not like to travel to North PoleAli tidak suka untuk melancong ke kutub utara
BecomeSiti does not like to become a businesswomanSiti tidak suka untuk menjadi seorang peniagawati
FightJoe does not like to fight himJoe tidak suka berlawan dengannya
GoShe does not like to go northDia tidak suka pergi ke utara
GoHe does not like to go fishingDia tidak suka pergi memancing
Hitch-hikeShe does not like to hitch-hikeDia tidak suka mengembara
DriveHe does not like to driveDia tidak suka memandu
ReadAli does not like to readAli tidak suka membaca
CookSiti does not like to cookSiti tidak suka memasak

Perhatikan :

- Dalam bentuk 'negatif', ejaannya ialah like bukan likes.
- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

7. Struktur : (Objek) + 'do not like to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not like to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Do not like like to be' bermakna tidak suka jadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).

'Non-verb'EnglishMelayu
A teacherI do not like to be a teacherSaya tidak suka jadi seorang guru
ChampionWe do not like to be championKami tidak suka jadi juara
HulkThey do not like to be hulkMereka tidak suka jadi 'hulk'
FriendAli and Abu do not like to be friendsAli dan Abu tidak suka jadi kawan
ClownThe children do not like to be clownsKanak-kanak itu tidak suka jadi pelawak

8. Struktur : (Objek) + 'does not like to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'does not like to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Does not like to be' bermakna tidak suka jadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka jadi itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak disukai itu benda atau objek (bukan perbuatan atau nama perbuatan).

'Non-verb'EnglishMelayu
A teacherShe does not like to be a teacherDia tidak suka jadi guru
HimselfHe does not like to be himselfDia tidak suka jadi dirinya sendiri
FirmAli does not like to be firmAli tidak suka suka bertegas
BusinesswomanSiti does not like to be a businesswomanSiti tidak suka menjadi seorang peniagawati
A millionaireWho does not like to be a millionaire ?Siapa yang tidak suka jadi jutawan ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Do not like(Objek) + do not like + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not like(Objek) + does not like + (non-verb)SingularPresent tenseNegatif
Do not like(Objek) + do not like + (gerund)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not like(Objek) + does not like + (gerund)SingularPresent tenseNegatif
Do not like to(Objek) + do not like to + (verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not like to(Objek) + does not like to + (action verb)SingularPresent tenseNegatif
Do not like to be(Objek) + do not like to be + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not like to be(Objek) + does not like to be + (non-verb)SingularPresent tenseNegatif

No comments: