Tuesday, December 27, 2011

331. Berkata 'tidak suka' (dulu)

Berkata 'tidak suka' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang bermakna 'tidak suka', bagi waktu dahulu, ialah :

'Did not like'

Ini adalah bentuk 'negatif'.

Bagaimanapun, perkataan 'did not like' juga membawa makna 'tidak seperti'. Dalam bab ini, makna yang diterangkan ialah 'tidak suka' (bagi masa dahulu).

Perkataan 'did not like' (tidak suka - bagi waktu dahuli) digunakan dalam beberapa struktur bergantung kepada kesesuaian tertentu.

1. (Objek) + 'did not like' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'did not like' + ('gerund').
3. (Objek) + 'did not like to' + ('verb').
4. (Objek) + 'did not like to be' + ('non-verb').

Perkataan 'did not' adalah 'Past tense' bagi 'does not' dan 'do not'.
Dalam bentuk 'negatif', ejaannya ialah 'like' bukan 'likes' atau 'liked'.
1. Struktur : (Objek) + 'did not like' + ('non-verb')

Strukturnya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not like' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Did not' biasa diringkaskan kepada 'didn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua : 'He, she, it, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa yang telah lalu).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan atau nama perbuatan).

English
Non-verbMelayu
The clubhousePreviously we do not like the clubhouse to be built hereDahulu kami tidak suka rumah kelab dibina di sini
The new toyYesterday she do not like the new toySemalam dia tidak suka barang mainan baru itu
The situationThe manager do not like the situationPengurus tidak suka keadaan itu
HimInitially his father did not like him to study in AustraliaPada awalnya ayahnya tidak suka dia belajar di Australia
The extra feeShe did not like the extra feeDia tidak suka bayaran fi lebih

2. Struktur : (Objek) + 'did not like' + ('gerund')

Strukturnya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not like' diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa dahulu).
3. 'Gerund' - Hal yang tidak disukai itu adalah nama perbuatan (bukan benda atau objek atau perbuatan).

GerundEnglishMelayu
MonitoringHe did not like monitoring the trafficDia tidak suka memantau lalulintas
Hitch-hikingShe did not like hitch-hikingDia tidak suka mengembara
SailingThey did not like sailingMereka tidak suka belayar
RunningAli did not like runningAli tidak suka berlari
VotingThe candidate did not like votingCalun itu tidak suka mengundi

3. Struktur : (Objek) + 'did not like to' + ('verb')

Strukturnya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not like to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa yang telah lalu).
3. 'Verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

VerbEnglishMelayu
GoShe did not like to go to town yesterdayDia tidak suka pergi ke bandar semalam
ReportHe did not like to report the burglary to the policeDia tidak suka melapurkan kecurian itu kepada pihak polis
ClimbThey did not like to climb the hillMereka tidak suka mendaki bukit itu
SeeWe did not like to see headmasterKami tidak suka untuk berjumpa gurubesar
TeachAli did not like to teach him a lessonAli tidak suka mengajar dia satu pengajaran

4. Struktur : (Objek) + 'did not like to be' + ('non-verb')

Strukturnya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not like to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Did not like to be' bermakna tidak suka jadi (bagi masa dahulu).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Keadaan tidak suka itu ujud pada masa yang lepas).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah bukan perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).

Non-verbEnglishMelayu
A teacherI did not like to be a teacherSaya tidak suka jadi seorang guru
LoserWe did not like to be losersKami tidak suka jadi orang yang tewas
HulkThey did not like to be hulkMereka tidak suka jadi 'hulk'
FriendAli and Abu did not like to be friendsAli dan Abu tidak suka jadi kawan
ClownThe children did not like to be clownsKanak-kanak itu tidak suka jadi pelawak

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Did not like(Objek) + did not like + (non-verb)SemuaPast tenseNegatif
Did not like(Objek) + did not like + (gerund)SemuaPast tenseNegatif
Did not like to(Objek) + did not like + (verb)SemuaPast tenseNegatif
Did not like to be(Objek) + did not like to be + (non-verb)SemuaPast tenseNegatif

No comments: