Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang bermakna 'tidak suka di...' (bagi masa sekarang, bentuk pasif) iaitu :
'Do not like to be'.
'Does not like to be'.
Perkataan 'do/does not like to be + (past participle)' (tidak suka di...) digunakan dalam beberapa struktur bergantung kepada kesesuaian tertentu.
1. (Objek) + 'do not like to be' + ('past participle').
2. (Objek) + 'does not like to be' + ('past participle').
Ini adalah bentuk-bentuk 'pasif'. Salah satu kegunaan kombinasi 'be + (past participle)' ialah ia menunjukkan bentuk pasif.
1. Struktur : (Objek) + 'do not like to be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not like to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Frasa 'do not like to be + (past participle)' bermaksud tidak suka di ... (bentuk pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka di... itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).
'Verb' | English | Melayu |
Treat | I do not like to be treated unfairly | Saya tidak suka dilayan dengan tidak adil |
Release | We do not like to be released from this task | Kami tidak suka dilepaskan dari tugasan ini |
Remember | They do not like to be remembered as the pioneer | Mereka tidak suka dikenang sebagai pemula |
See | Ali and Abu do not like to be seen as good friends | Ali dan Abu tidak suka dilihat sebagai kawan baik |
Entertain | The children do not like to be entertained | Kanak-kanak itu tidak suka dihiburkan |
2. Struktur : (Objek) + 'does not like to be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'does not like to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Frasa 'does not like to be + (past participle)' bermaksud tidak suka di ... (bentuk pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan tidak suka itu memang kebiasaan pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak disukai itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek atau nama perbuatan).
'Verb' | English | Melayu |
Share | She does not like the money to be shared | Dia tidak suka wang itu dikongsi |
Love | He does not like to be loved | Dia tidak suka disayangi |
Understand | Ali does not like to be understood | Ali tidak suka difahami |
Contest | Siti does not like the post to be contested | Siti tidak suka jawatan itu dipertandingkan |
Declare | Who does not like to be declared bankcrupt ? | Siapa yang tidak suka diisytiharkan muflis ? |
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Do not like to be | (Objek) + do not like to be + (past participle) | I, You, Plural | Present tense | Negatif Pasif |
Does not like to be | (Objek) + does not like to be + (past participle) | Singular | Present tense | Negatif Pasif |
No comments:
Post a Comment