Thursday, December 29, 2011

268. Berkata 'mungkin sedang' (dulu)

Berkata 'mungkin sedang' (dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : "Dia mungkin sedang bermain", dimana hal 'mungkin sedang bermain' itu ujud pada waktu dulu. Dalam ayat ini terdapat frasa mungkin sedang.

Ini adalah satu bentuk aktif.

Dalam bahasa Inggeris, 'tense' yang sepadan dengan 'sedang' ialah 'continuous tense' samada 'present continuous tense', 'past continuous tense', 'future continuous tense', 'present perfect continuous tense', 'past perfect continuous tense', 'future perfect continuous tense'.

Dalam bahasa Inggeris, salah satu struktur perkataan yang berikut boleh digunakan sebagai mungkin sedang, bagi masa lepas :

1. 'Maybe' + (objek) + 'was' + ('present participle').
2. 'Maybe' + (objek) + 'were' + ('present participle').

Catitan :

- 1. Ejaan yang digunakan ialah 'maybe' bukan 'may be'.
- 2. 'Maybe' atau 'perhaps' lebih jelas maksudnya daripada 'may be'.
- 3. 'Perhaps' boleh menggantikan 'maybe'.



1. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'was' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'was' diikuti perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk aktif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Hal mungkin sedang itu sedang diperkatakan pada masa dahulu).

EnglishMelayuEnglishMelayu
GoPergiMaybe he was going thereMungkin dia sedang pergi ke sana
SeeLihatMaybe he was is seeing the elephantMungkin dia sedang melihat gajah
TouchSentuhMaybe he was touching the new apparatusMungkin dia sedang menyentuh peralatan baru itu
RealiseSedariMaybe he was realising the mistakeMungkin dia sedang menyedari kesalahan itu
EatMakanMaybe he was eatingMungkin dia sedang makan

2. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'were' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'were' diikuti ('present participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk aktif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Hal mungkin sedang itu sedang berlaku pada masa dahulu).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ConveySampaikanMaybe they were conveying the messageMungkin mereka sedang menyampaikan pesanan itu
BoilDidihMaybe they were boiling the waterMungkin mereka sedang mendidihkan air
ComplainAduMaybe they were complainingMungkin mereka sedang mengadu
TrainBerlatihMaybe they were trainingMungkin mereka sedang berlatih
IntroducePerkenalMaybe the new teachers were introducing themselvesMungkin para guru baru itu sedang memperkenalkan diri

Ringkasan

StrukturObjekMasaBentuk
Maybe, (objek) + was + ('present participle')I, singularPast continuous tenseAktif
Maybe, (objek) + were + ('present participle')You, pluralPast continuous tenseAktif

No comments: