Thursday, December 29, 2011

269. Berkata 'mungkin sedang di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'mungkin sedang di(pasif)' (sekarang)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : "Dia mungkin sedang diajar", dimana hal yang diperkatakan ujud pada masa sekarang. Dalam ayat ini terdapat frasa mungkin sedang di... (pasif).

Ini adalah ayat bentuk pasif.

Dalam bahasa Inggeris, 'tense' yang sepadan dengan 'sedang di...' ialah 'continuous tense' samada 'present continuous tense', 'past continuous tense', 'future continuous tense', 'present perfect continuous tense', 'past perfect continuous tense' dan 'future perfect continuous tense'.

Dalam bahasa Inggeris, antara struktur-struktur perkataan yang boleh digunakan sebagai mungkin sedang di... (bentuk pasif, bagi masa sekarang) ialah :

1. 'Maybe' + (objek) + 'am' + 'being' + ('past participle').
2. 'Maybe' + (objek) + 'is' + 'being' + ('past participle').
3. 'Maybe' + (objek) + 'are' + 'being' + ('past participle').

Catitan :

- 1. Ejaan digunakan ialah 'maybe' bukan 'may be'.
- 2. 'Maybe' atau 'perhaps' lebih jelas maksudnya daripada 'may be'.
- 3. 'Perhaps' boleh menggantikan 'maybe'.



1. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'am' + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'am' diikuti perkataan 'being' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Hal mungkin sedang di... itu sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
GoPergiMaybe I am being monitoredMungkin saya sedang diperhatikan
SeeLihatMaybe I am being expectedMungkin saya sedang dijangka
ThinkFikirMaybe I am being laughed atMungkin saya sedang diketawakan
HearDengarMaybe I am being put in the listMungkin saya sedang dimasukkan dalam senarai
StepPijakMaybe I am being taken as an exampleMungkin saya sedang diambil sebagai satu contoh

Catitan :

- Dalam struktur ini, frasa 'am being' bermakna 'sedang di...'.
- 'Past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.

2. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'is' + 'being + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'is' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Hal mungkin sedang di... itu sedang diperkatakan pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ExpelBuangMaybe he is being expelledMungkin dia sedang dibuang
SeeLihatMaybe he is being seen as saviorMungkin dia sedang dilihat sebagai penyelamat
ListenDengarMaybe he is being listened because he is the headMungkin dia sedang didengar sebab dia seorang ketua
HidSembunyiMaybe he is being hiddenMungkin dia sedang disembunyikan
EatMakanMaybe it is being eatenMungkin ia sedang dimakan

Catitan :

- Dalam struktur ini, frasa 'is being' bermakna 'sedang di...'.
- 'Past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.

3. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'are' + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini berbentuk pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense (Hal mungkin sedang di... itu sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ConveySampaikanMaybe they are being givenMungkin mereka sedang diberi
InvestigateSiasatMaybe the issues are being investigatedMungkin isu-isu itu sedang disiasat
ProcessProsesMaybe the payments are being processedMungkin bayaran-bayaran itu sedang diproses
TrainBerlatihMaybe they are being trainedMungkin mereka sedang dilatih
IntroducePerkenalMaybe the new teachers are being introducedMungkin para guru baru itu sedang diperkenalkan

Catitan :

- Dalam struktur ini, frasa 'are being' bermakna 'sedang di...'.
- 'Past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.

Ringkasan

StrukturObjekMasaBentuk
Maybe, (objek) + am + being + ('past participle')IPresent Continuous tensePasif
Maybe, (objek) + is + being + ('past participle')SingularPresent Continuous tensePasif
Maybe, (objek) + are + being + ('past participle')You, pluralPresent Continuous tensePasif

No comments: