Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : "Dia mungkin sedang diajar" (tapi hal 'mungkin sedang diajar' itu ujud pada masa lalu). Dalam ayat ini terdapat frasa mungkin sedang di....
Ini adalah ayat bentuk pasif.
Dalam bahasa Inggeris, 'tense' yang sepadan dengan 'sedang di...' ialah 'present continuous tense', 'past continuous tense', 'future continuous tense', 'present perfect continuous tense', 'past perfect continuous tense' dan 'future perfect continuous tense'.
Dalam bahasa Inggeris, antara struktur-struktur perkataan yang boleh digunakan sebagai mungkin sedang di... (bentuk 'pasif', bagi masa lepas) ialah :
1. 'Maybe' + (objek) + 'was' + 'being' + ('past participle').
2. 'Maybe' + (objek) + 'were' + 'being' + ('past participle').
Catitan :
- 1. Ejaan digunakan ialah 'maybe' bukan 'may be'.
- 2. 'Maybe' atau 'perhaps' lebih jelas maksudnya daripada 'may be'.
- 3. 'Perhaps' boleh menggantikan 'maybe'.
- 4. Penggunaan perkataan 'being' menandakan 'sedang berlaku'.
- 5. Penggunaan 'Past Participle' tertentu menandakan bentuk 'pasif'.
1. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'was' + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'was' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini berbentuk pasif.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Hal mungkin sedang di... itu sedang diperkatakan pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Slaughter | Sembelih | Maybe it was being slaughtered | Mungkin ia sedang disembelih |
Watch | Tonton | Maybe it was being watched | Mungkin ia sedang ditonton |
Sweep | Sapu | Maybe it was being swept | Mungkin ia sedang disapu |
Realise | Sedari | Maybe the mistake was being realised | Mungkin kesalahan itu sedang disedari |
Eat | Makan | Maybe it was being eaten | Mungkin ia sedang dimakan |
2. Struktur : 'Maybe' + (objek) + 'were' + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'maybe' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan 'being' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini berbentuk pasif.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Hal mungkin sedang di... itu sedang berlaku pada masa dahulu).
English | Melayu | English | Melayu |
Convey | Sampaikan | Maybe the messages were being conveyed | Mungkin mesej-mesej itu sedang disampaikan |
Boil | Didih | Maybe the fruits were being boiled | Mungkin buah-buah itu sedang dididihkan |
Make | Buat | Maybe the complaints were being made | Mungkin aduan-aduan sedang dibuat |
Train | Berlatih | Maybe they were being trained | Mungkin mereka sedang dilatih |
Introduce | Perkenal | Maybe the new teachers were being introduced | Mungkin para guru baru itu sedang diperkenalkan |
Ringkasan
Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Maybe, (objek) + was + being + ('past participle') | I, singular | Past Continuous tense | Pasif |
Maybe, (objek) + were + being + ('past participle') | You, plural | Past Continuous tense | Pasif |
No comments:
Post a Comment