Thursday, December 29, 2011

271. Berkata 'yang'

Berkata 'yang'

Terdapat beberapa perkataan atau cara untuk berkata yang dalam bahasa Inggeris.

1. 'The'.
2. 'That'.
3. 'This''.
4. 'Which'.
5. 'That is'.
6. 'That was'.
7. 'With'.
8. 'Who'.
9. Menyatukan objek dengan cirinya.



1. 'The'

Dalam keadaan tertentu, perkataan Inggeris 'the' boleh bermakna yang.

EnglishMelayu
The red oneYang merah
The round oneYang bulat
The firstYang pertama
The lastYang terakhir
The last oneYang terakhir
The earliestYang terawal
The earliest oneYang terawal
The middleYang tengah
The middle oneYang tengah
The left oneYang kiri
The right oneYang kanan
The top oneYang atas
The bottom oneYang bawah
Is the red the one ?Yang merah kah ?, adakah yang merah yang dimaksudkan ?
You are the oneKaulah yang satu
Is that the one ?Yang itu kah ?, adakah itu yang dimaksudkan ?
That is the oneYang itu lah.
Itulah yang dimaksudkan

2. 'That'

Dalam keadaan tertentu, perkataan Inggeris 'that' boleh bermakna yang.

MelayuEnglish
That oneYang itu
The guy that annoys meLelaki yang selalu mengganggu saya
The car that was abandoned thereKereta yang ditinggalkan di sana itu
The answer that is correct is AJawapan yang betul ialah A
The teacher that teaches historyGuru yang mengajar sejarah

3. 'This'

Dalam keadaan tertentu, perkataan Inggeris 'this' boleh bermakna yang.

MelayuEnglish
This oneYang ini
Is this the one?Yang inikah ?

4. 'Which'

Perkataan Inggeris 'which' itu sendiri bermakna yang mana ?

MelayuEnglish
Which ?Yang mana ?
Which one ?Yang mana satu ?
Which one is correct ?Yang mana satu betul ?
Which tooth hurt ?Gigi yang mana sakit ?
Which club ?Kelab yang mana ?

5. 'That is'

MelayuEnglish
The car that is red in colourKereta yang berwarna merah itu
The book that is very thick on the tableBuku yang sangat tebal diatas meja itu
The man that is hot-temperedOrang yang cepat marah
The lane that is in the middleLorong yang tengah

Catitan :

- 'Is' digunakan bagi objek 'singular' bagi masa 'Present tense' (sekarang).

6. 'That was'

MelayuEnglish
The stolen car
The car that was stolen
Kereta yang dicuri
The abused maid
The maid that was abused
Orang gaji yang didera
The batterred robber
The robber that was batterred
Perompak yang dipukul
The beaten champion
The champion that was beaten
Juara yang dikalahkan
The losing candidate
The candidate that was losing
Calon yang tewas

Catitan :

- 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular' dan masa 'Past tense' (dahulu).
- 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'Past tense' (dahulu).

7. 'With'

EnglishMelayu
The man with thick moustacheLelaki yang bermisai tebal
The man with the stickLelaki yang bertongkat
The team with the trophyPasukan yang menang

Catitan :

- 'With' boleh juga bermakna 'dengan'.

8. 'Who' juga boleh memberi makna yang.

EnglishMelayu
The teacher who taught meGuru yang telah mengajar saya
The spy who love mePengintip yang mencintai saya
The boy who sat behind SitiBudak lelaki yang duduk di belakang Siti
His attention shifted to Ali, who was still sleepingPerhatiannya beralih kepada Ali, yang masih tidur
Then one of the officers, who was sitting near the poet, cried out: Stop!Kemudian salah seorang daripada para pegawai, yang duduk berdekatan dengan penyair itu, berteriak : Berhenti !

9. Menyatukan objek dengan cirinya

MelayuEnglish
The red carKereta yang berwarna merah itu
The thick bookBuku yang tebal
The hot-tempered manOrang yang cepat marah itu
The middle laneLorong yang tengah
The correct answerJawapan yang betul

Catitan :

- Perhatikan, dalam bahasa Inggeris, apabila objek dinyatakan dengan cirinya, maka cirinya disebut dahulu.

No comments: