Dalam bahasa Inggeris, perkataan berikut boleh digunakan bagi maksud 'mesti buat' atau 'terpaksa buat', bagi masa dahulu.
'Had to do'.
Perkataan diatas digunakan dalam struktur berikut :
1. (Objek) + 'had to do'.
Perkataan 'do' adalah satu bentuk 'verb' ('action verb'), maka ejaannya tertakluk kepada sistem objek dan masa ('tense').
1. Struktur : (Objek) + 'had to' + 'do'
Struktur penggunaannya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had to'diikuti perkataan 'do'.
'Had to do' bermakna mesti buat atau terpaksa buat.
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense'.
English | Melayu |
All you had to do was stay | Apa yang awak hanya perlu buat ialah tunggu |
I did what I had to do | Saya telah buat apa yang saya mesti buat |
We had to do something | Kita mesti berbuat sesuatu |
If I had to do it all over again, I would be a schoolteacher | Jika saya terpaksa mengulanginya, saya akan jadi guru sekolah |
The hardest thing I ever had to do | Perkara paling susah saya pernah terpaksa buat |
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Had to do | (Objek) + had to do | Semua | Past tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment