Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut boleh digunakan bagi maksud 'mesti buat' atau 'terpaksa buat', bagi masa sekarang.
'Has to do'.
'Have to to'.
Perkataan-perkataan diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'has to' + 'do'.
2. (Objek) + 'have to' + 'do'.
Perkataan 'do' adalah satu bentuk 'verb' ('action verb'), maka ejaannya tertakluk kepada sistem objek dan masa ('tense').
1. Struktur : (Objek) + 'has to' + 'do'
Struktur penggunaannya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has to' diikuti perkataan 'do'.
'Has to do' juga boleh bermakna mesti buat atau terpaksa buat.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense'.
English | Melayu |
What the movement has to do to become a major force | Apa pergerakan itu mesti buat untuk menjadi kuasa utama |
How much work she has to do ? | Berapa banyak tugas dia mesti buat ? |
Someone has to do it | Seseorang mesti melakukannya |
Three things he has to do to succeed | Tiga perkara dia mesti buat untuk berjaya |
He has to do laundry | Dia mesti membasuh pakaian |
2. Struktur : (Objek) + 'have to' + 'do'
Struktur penggunaannya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have to' diikuti perkataan 'do'.
'Have to do' juga boleh bermakna mesti buat atau terpaksa buat.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense'.
English | Melayu |
Do what you have to do | Buatlah apa yang awak mesti buat |
What do I have to do to pass ? | Apa mesti saya buat untuk lulus ? |
What we have to do to stop cyberattacks | Apa kita mesti buat untuk menghalang serangan siber |
All we have to do is never give up | Apa yang kita nesti buat ialah jangan putus asa |
Do I have to do ? | Adakah saya mesti buat ? |
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Has to do | (Objek) + has to do | Singular | Present tense | Aktif |
Have to do | (Objek) + have to do | I, You, Plural | Present tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment