Monday, December 26, 2011

354. Menyatakan 'perasaan' (dulu)

Menyatakan 'perasaan' (dulu)

Contoh-contoh perasaan : Dalam bahasa Melayu/Inggeris : suka/'happy', sedih/'sad', marah/'angry', keliru/'confused', tertekan/'depressed', terkejut/'surprised', dsb.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dengan menyatakan perasaan, jika perasaan-perasaan itu ujud pada masa dahulu.

1. 'Was'.
2. 'Were'.
3. 'Had been'.
4. 'Felt'.

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'were' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'had been' + ('non-verb').
4. (Objek) + 'felt' + ('non-verb').

Perkataan-perkataan itu digunakan kerana ia berkait rapat dengan 'objek' dan 'masa' (tense) :

'Was' digunakan bagi objek 'I, singular' dan masa 'past tense'.
'Were' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'past tense'.
'Had been' digunakan bagi semua objek dan masa 'past perfect tense'.
'Felt' digunakan bagi semua objek dan masa 'past tense'.

Perasaan ialah satu bentuk 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : (Objek) + 'was' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal perasaan, 'was' bermakna berasa.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - Perasaan itu ujud pada masa yang lepas).

Dalam bahasa Inggeris, 'was' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu berasa boleh disenyapkan.

EnglishMelayu
He was disgustedDia berasa jijik
He was calmedDia tenang.
Dia merasa tenang
He was ashamedDia malu.
Dia merasa malu
He was jealousDia irihati.
Dia merasa irihati
He was amusedDia terkedu.
Dia rasa terkedu

2. Struktur : (Objek) + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'were' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal perasaan, 'were' bermakna berasa.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - Perasaan itu ujud pada masa yang telah lepas).

Dalam bahasa Inggeris, 'were' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu berasa boleh disenyapkan.

EnglishMelayu
You were stressedAwak tegang.
Awak berasa tegang
You were nervousAwak bimbang.
Awak merasa bimbang
You were despairAwak putus asa.
Awak merasa putus asa
You were depressedAwak tertekan.
Awak merasa tertekan
You were unhappyAwak tidak gembira.
Awak merasa tidak gembira

3. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'had been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal perasaan, 'had been' juga bermakna berasa atau merasa.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - perasaan itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga kesatu masa yang telah lepas juga).

Dalam bahasa Inggeris, 'had been' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu berasa boleh disenyapkan.

EnglishMelayu
I had been uninterestedSaya tidak berminat.
Saya merasa tidak berminat
I had been uneasySaya rasa tak senang.
Saya merasa tidak senang
I had been uncomfortableSaya rasa tidak selesa.
Saya merasa tidak selesa
I had been troubledSaya rasa terganggu.
Saya merasa terganggu
I have been horrifiedSaya rasa terkejut besar.
Saya rasa terkejut besar

4. Struktur : (Objek) + 'felt' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'felt' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal perasaan, 'felt' juga bermakna berasa atau merasa.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan itu ujud pada satu ketika pada masa yang lepas).

EnglishMelayu
She felt badDia rasa tak bagus
She felt happyDia rasa gembira
She felt awkwardDia rasa lain macam
She felt demoralisedDia rasa tidak bersemangat
She felt irritatedDia rasa sakit hati

Catitan :

- 'Felt' adalah 'past tense' bagi 'feel' dan 'feels'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was(Objek) + wasI, SingularPast tenseAktif
Were(Objek) + wereYou, PluralPast tenseAktif
Had been(Objek) + had beenSemuaPast Perfect tenseAktif
Felt(Objek) + feltSemuaPast tenseAktif

No comments: