Contoh-contoh perasaan : Dalam bahasa Melayu/Inggeris : suka/'happy', sedih/'sad', marah/'angry', keliru/'confused', tertekan/'depressed', terkejut/'surprised', dsb.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dengan menyatakan perasaan, bagi masa sekarang.
1. 'Am'.
2. 'Is'.
3. 'Are'.
4. 'Has been'.
5. 'Have been'.
6. 'Feel'.
7. 'Feels'.
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are' + ('non-verb').
4. (Objek) + 'has been' + ('non-verb').
5. (Objek) + 'have been' + ('non-verb').
6. (Objek) + 'feel' + ('non-verb').
7. (Objek) + 'feels' + ('non-verb').
Perkataan-perkataan itu digunakan kerana ia berkait rapat dengan 'objek' dan 'masa' (tense):
'Am' digunakan bagi objek 'I' dan masa 'present tense'.
'Is' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.
'Are' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'present tense'.
'Has been' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present perfect tense'.
'Have been' digunakan bagi objek 'I, You, plural' dan masa 'present perfect tense'.
'Feel' digunakan bagi objek 'I, you, Plural' dan masa 'present tense'.
'Feels' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.
Perasaan ialah satu bentuk 'non-verb' (bukan perbuatan).
Apabila perkataan 'feel' atau 'feels' digunakan, maka perkataan 'am/is/are/has been/have been' tidak digunakan.
1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'am' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'am' bermakna berasa atau rasa.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' mesti disebut, tapi dalam bahasa Melayu perkataan berasa atau rasa boleh ditinggalkan/disenyapkan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan itu kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I am happy now | Saya gembira sekarang. Saya rasa gembira sekarang. Saya berasa gembira sekarang. |
I am very sad | Saya sangat sedih. Saya rasa sangat sedih. Saya berasa sangat sedih. |
I am confused | Saya keliru. Saya rasa keliru. |
I am confident | Saya yakin. Saya rasa yakin. |
I am angry | Saya marah. Saya rasa marah. |
2. Struktur : (Objek) + 'Is' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'is' bermakna berasa atau rasa.
Dalam struktur bahasa Inggeris ini, 'is' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu perkataan rasa atau berasa boleh disenyapkan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - Perasaan itu kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
He is happy | Dia gembira. Dia rasa gembira. |
He is afraid | Dia takut. Dia rasa takut. |
He is angry | Dia marah. Dia rasa marah. |
He is sad | Dia sedih. Dia rasa sedih. |
He is surprised | Dia terkejut. Dia rasa terkejut. |
3. Struktur : (Objek) + 'are' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'are' bermakna berasa atau rasa.
Dalam struktur bahasa Inggeris ini, 'are' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu perkataan rasa atau berasa boleh disenyapkan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - Perasaan itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
You are happy | Awak gembira |
- as above - | Awak rasa gembira |
You are afraid | Awak takut |
- as above - | Awak rasa takut |
You are angry | Awak marah |
- as above - | Awak rasa marah |
You are sad | Awak sedih |
- as above - | Awak rasa sedih |
You are surprised | Awak terkejut |
- as above - | Awak rasa terkejut |
4. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'has been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'has been' juga bermakna berasa atau merasa.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present perfect tense' (dahulu hingga sekarang - perasaan itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
She has been sad since yesterday | Dia sedih sejak semalam |
She has been angry after that | Dia marah selepas itu |
She has been scared since that | Dia takut sejak itu |
She has been excited with the success | Dia teruja dengan kejayaan itu |
She has been satisfied with the result | Dia puashati dengan keputusan itu |
5. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'have been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'have been' juga bermakna berasa atau merasa.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present perfect tense' (dahulu hingga sekarang - perasaan itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I have been disappointed | Saya merasa hampa |
I have been curious | Saya merasa anih |
I have been eager | Saya rasa bersemangat |
I have been worried | Saya rasa bimbang |
I have been bored | Saya rasa bosan |
6. Struktur : (Objek) + 'feel' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'feel' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'feel' juga bermakna berasa atau merasa.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan itu ujud pada masa pengucap bercakap).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I feel tired | Saya rasa penat |
I feel angry | Saya rasa marah |
I feel ashamed | Saya rasa malu |
I feel cheated | Saya rasa tertipu |
I feel good | Saya rasa bagus |
7. Struktur : (Objek) + 'feels' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'feels' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Dalam hal perasaan, 'feels' juga bermakna berasa atau merasa.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan itu ujud semasa pengucap bercakap).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
She feels bad | Dia rasa tak bagus |
She feels happy | Dia rasa gembira |
She feels awkward | Dia rasa lain macam |
She feels demoralised | Dia rasa tidak bersemangat |
She feels irritated | Dia rasa dikacau |
Sebahagian senarai perasaan
English | Melayu |
Uneasy | Tak senang |
Nervous | Menggeletar |
Tense | Tegang |
Anxious | Bimbang |
Insecure | Tak selamat |
Angry | Marah |
Confused | Keliru |
Bored | Bosan |
Weak | Lemah |
Frustrated | Kecewa |
Irritated | Sakit hati |
Annoyed | Terganggu |
Furious | Sangat marah |
Enraged | Dibuat marah |
Hurt | Terluka |
Inadequate | Tidak cukup |
Trapped | Terperangkap |
Tired | Penat |
Scared | Takut |
Happy | Gembira |
Pleased | Suka |
Glad | Suka |
Wonderful | Seronok |
Excited | Teruja |
Content | Puas |
Surprised | Terkejut |
Proud | Bangga |
Relieved | Lega |
Satisfied | Puashati |
Confident | Yakin |
Negative | Negatif |
Distrust | Tidak percaya |
Suspicious | Syak |
Bitter | Pahit |
Stupid | Bodoh |
Shame | Malu |
Worthless | Tak guna |
Unhappy | Tak gembira |
Upset | Terkejut |
Lonely | Sunyi |
Guilty | Bersalah |
Miserable | Teruk |
Despair | Kecewa |
Devastated | Terpukul |
Lost | Kehilangan |
Down | Jatuh |
Sad | Sedih |
Catitan :
- Terdapat beberapa lagi 'tense' yang tidak ditunjukkan contohnya.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Am | (Objek) + am + (non-verb) | I | Present tense | Aktif |
Is | (Objek) + is + (non-verb) | Singular | Present tense | Aktif |
Are | (Objek) + are + (non-verb) | You, Plural | Present tense | Aktif |
Has been | (Objek) + has been + (non-verb) | Singular | Present Perfect tense | Aktif |
Have been | (Objek) + have been + (non-verb) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Aktif |
Feel | (Objek) + feel + (non-verb) | I, You, Plural | Present tense | Aktif |
Feels | (Objek) + feels + (non-verb) | Singular | Present tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment