Dalam bahasa Inggeris, perkataan berikut boleh digunakan bagi maksud 'sedang hendak'.
'About to'.
Perkataan diatas digunakan dalam struktur berikut :
1. (Objek) + 'am/is/are/was/were' + 'about to' + 'verb'.
1. Struktur : (Objek) + 'am/is/are/was/were' + 'about to' + ('verb')
Struktur penggunaannya begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am/is/are/was/were' diikuti perkataan 'about to' diikuti perkataan 'verb' tertentu.
Perkataan 'am' digunakan jika objek ialah 'I' dan masa ialah 'Present tense'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular' dan masa ialah 'Present tense'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you, plural' dan masa ialah 'Present tense'.
Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular' dan masa ialah 'Past tense'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural' dan masa ialah 'Past tense'.
Perkataan 'about to' tidak tertakluk kepada sistem objek dan masa ('tense').
English | Melayu |
I was about to move when he came | Saya sedang hendak bertolak bila dia datang |
He was about to start the engine when Ali called | Dia sedang hendak menghidupkan injen bila Ali memanggil |
She was about to open the door when the pail full of water falled down | Dia sedang hendak membuka pintu apabila baldi yang penuh dengan air jatuh |
They were about to play when rain came down | Mereka sedang hendak main apabila hujan turun |
Mr President was about to begin the speech when the stage exploded | Tuan Presiden sedang hendak memulakan ucapan apabila pentas meletup |
Catitan :
- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Am about to | (Objek) + about to + (verb) | I | Present tense | Aktif |
Is about to | (Objek) + about to + (verb) | Singular | Present tense | Aktif |
Are about to | (Objek) + about to + (verb) | You, plural | Present tense | Aktif |
Was about to | (Objek) + about to + (verb) | I, singular | Past tense | Aktif |
Were about to | (Objek) + about to + (verb) | You, plural | Past tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment