Wednesday, October 26, 2011

357. Menyatakan 'ciri-ciri, sifat' (dulu)

Menyatakan 'ciri-ciri, sifat' (dulu)

Contoh-contoh ciri dan sifat bagi nama ('adjective') dalam bahasa Melayu/Inggeris : baik/'good', jahat/'bad', tinggi/'high', rendah/'low', panas/'hot', sejuk/'cold', dsb.

Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang mesti digunakan beriringan apabila menyatakan ciri dan sifat sesuatu objek, dimana 'ciri' dan 'sifat' itu ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dengan menyatakan 'ciri' dan 'sifat', dimana 'ciri' dan 'sifat' itu ujud pada masa lepas.

1. 'Was'.
2. 'Were'.
3. 'Had been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan beriringan kerana ia berkait rapat dengan sistem 'objek' dan 'masa' (tense).

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'were' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'had been' + ('non-verb').

'Was' digunakan bagi objek 'I, singular' dan masa 'past tense'.
'Were' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'past tense'.
'Had been' digunakan bagi semua objek dan masa 'past perfect tense'.

Ciri-ciri, sifat adalah satu bentuk 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : (Objek) + 'was' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal ciri dan sifat, 'was' bermakna ialah atau adalah atau merupakan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - ciri atau sifat itu lazim ujud pada masa yang lepas).

Dalam struktur bahasa Inggeris ini, 'was' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

EnglishMelayu
He was a CommunistDia (dahulu) seorang komunis.
Dia adalah seorang komunis
He was not talkativeDia (dahulu) tak banyak bercakap
He was a studentDia (dahulu) seorang pelajar
He was my teacherDia (dahulu) guru saya
He was ambitiousDia (dahulu) bercita-cita besar

2. Struktur : (Objek) + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'were' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal ciri atau sifat, 'were' bermakna ialah atau adalah atau merupakan. Dalam struktur bahasa Inggeris ini, 'were' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah dan adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - ciri atau sifat itu lazim ujud pada masa yang lepas).

EnglishMelayu
You were pleasantAwak (dahulu) baik hati.
Awak (dahulu) adalah baik hati
You were insightfulAwak (dahulu) berfikiran tajam
You were easy goingAwak (dahulu) bersikap ambil mudah
You were open mindedAwak (dahulu) berfikiran terbuka
You were understandingAwak (dahulu) bersikap memahami

3. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'had been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - penutur bermaksud ciri atau sifat itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga kesatu masa yang telah lepas juga).

EnglishMelayu
I had been cooperativeSaya (dahulu) sudah berkerjasama
I had been enthusiasticSaya (dahulu) sudah bersemangat
I had been responsibleSaya (dahulu) sudah bersikap bertanggungjawab
I had been candidSaya (dahulu) sudah bersikap bersahaja
I had been flexibleSaya (dahulu) sudah bersikap berlebihkurang

Catitan :

- Terdapat beberapa lagi 'tense' yang tidak ditunjukkan contohnya.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was(Objek) + wasI, SingularPast tenseAktif
Were(Objek) + wereYou, PluralPast tenseAktif
Had been(Objek) + had beenSemuaPast Perfect tenseAktif

No comments: