Wednesday, October 26, 2011

356. Menyatakan 'ciri-ciri, sifat' (sekarang)

Menyatakan 'ciri-ciri, sifat' (sekarang)

Contoh-contoh ciri dan sifatnama ('adjective') dalam bahasa Melayu/Inggeris : baik/'good', jahat/'bad', tinggi/'high', rendah/'low', panas/'hot', sejuk/'cold', dsb.

Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang mesti digunakan beriringan apabila menyatakan ciri dan sifat sesuatu objek, dimana ciri-ciri dan sifat itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dengan menyatakan ciri atau sifat, dimana ciri-ciri dan sifat itu ujud pada masa sekarang.

1. 'Am'.
2. 'Is'.
3. 'Are'.
4. 'Has been'.
5. 'Have been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan beriringan kerana ia berkait rapat dengan sistem 'objek' dan 'masa' (tense).

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

1. (Objek) + 'am' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are' + ('non-verb').
4. (Objek) + 'has been' + ('non-verb').
5. (Objek) + 'have been' + ('non-verb').

'Am' digunakan bagi objek 'I' dan masa 'present tense'.
'Is' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.
'Are' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'present tense'.
'Has been' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present perfect tense'.
'Have been' digunakan bagi objek 'I, You, plural' dan masa 'present perfect tense'.


Ciri-ciri, sifat itu sendiri adalah satu bentuk 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'am' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal ciri dan sifat, 'am' bermakna ialah atau adalah atau merupakan. Dalam struktur ini, 'am' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - ciri atau sifat itu lazim pada masa sekarang).

EnglishMelayu
I am not tallSaya tak tinggi
I am a studentSaya seorang pelajar.
Saya ialah seorang pelajar
I am 15 years oldSaya berumur 15 tahun.
Saya (adalah) berumur 15 tahun
I am cleverSaya pandai
I am not stupidSaya tidak bodoh.
Saya bukan bodoh.

2. Struktur : (Objek) + 'is' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal ciri atau sifat, 'is' bermakna ialah atau adalah atau merupakan. Dalam struktur ini, 'is' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - ciri atau sifat itu lazim ada pada masa sekarang).

EnglishMelayu
He is goodDia bagus
Dia (adalah) bagus
He is tallDia tinggi
Dia (adalah) tinggi
He is talkativeDia banyak bercakap
He is hardworkingDia rajin
Dia adalah rajin
He is a teacherDia seorang guru
Dia ialah seorang guru

3. Struktur : (Objek) + 'are' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal ciri dan sifat, 'are' bermakna ialah atau adalah atau merupakan. Dalam struktur bahasa Inggeris, 'are' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah dan adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - ciri atau sifat itu ada lazim pada masa sekarang).

EnglishMelayu
You are my friendAwak kawan saya
Awak (adalah) kawan saya
You are rudeAwak kasar
Awak (adalah) kasar
You are stingyAwak kedekut
You are helpfulAwak suka menolong
You are helplessAwak tak guna

4. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'has been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - penutur bermaksud ciri atau sifat itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).

EnglishMelayu
She has been sincereDia sudah bersikap jujur
She has been inventiveDia telah bersifat pencipta
She has been proactiveDia telah bersikap proaktif
She has been productiveDia berciri produktif
She has been professionalDia telah bersikap profesional

5. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'have been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - penutur bermaksud ciri atau sifat itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).

EnglishMelayu
I have been knowledgeableSaya berpengetahuan
I have been logicalSaya telah bersikap menggunakan logik
I have been particularSaya sudah bersikap berhati-hati
I have been compassionateSaya telah bersikap menyayangi
I have been generousSaya sudah bersikap murah hati

Catitan :

- Terdapat beberapa lagi 'tense' yang tidak ditunjukkan contohnya.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Am(Objek) + am + (non-verb)IPresent tenseAktif
Is(Objek) + is + (non-verb)SingularPresent tenseAktif
Are(Objek) + are + (non-verb)You, PluralPresent tenseAktif
Has been(Objek) + has been + (non-verb)SingularPresent Perfect tenseAktif
Have been(Objek) + have been + (non-verb)I, You, PluralPresent Perfect tenseAktif

No comments: