Tuesday, October 25, 2011

360. Menyatakan kedudukan (dulu)

Menyatakan 'kedudukan' (dulu)

Contoh-contoh perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu/Inggeris bagi menyatakan kedudukan :

EnglishMelayu
Atdi
nearDekat
OnDi atas
OverDi atas
UnderDi bawah
BelowDi bawah


Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang mesti digunakan beriringan apabila menyatakan kedudukan objek, dimana kedudukan itu ujud pada masa dahulu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dengan menyatakan kedudukan objek dimana kedudukan itu ujud pada masa dahulu.

1. 'Was'.
2. 'Were'.
3. 'Had been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan beriringan kerana ia berkait rapat dengan sistem 'objek' dan 'masa' (tense).

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'were' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'had been' + ('non-verb').

'Was' digunakan bagi objek 'I, singular' dan masa 'past tense'.
'Were' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'past tense'.
'Had been' digunakan bagi semua objek iaitu 'I, You, singular, plural' dan masa 'past perfect tense'.

'Kedudukan' adalah satu jenis 'non-verb' (bukan perbuatan).

1. Struktur : (Objek) + 'was' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'was' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal kedudukan, 'was' bermakna ialah atau adalah atau merupakan atau berada. Dalam struktur bahasa Inggeris ini, 'was' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah atau adalah atau merupakan atau berada boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, singular' sahaja.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - 'kedudukan' itu ujud pada masa dahulu).

EnglishMelayu
I was at the canteenSaya (berada) di kantin
He was at the canteen at that timeDia (berada) di kantin pada masa itu
She was near the doorDia (berada) dekat dengan pintu
It was behind the wallIa (berada) di belakang dinding
She was at the bottom of the pitDia (berada) di bawah lubang itu
He was up thereDia (berada) diatas sana

2. Struktur : (Objek) + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'were' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal kedudukan, 'were' bermakna ialah atau adalah atau merupakan atau dulu berada, bagi masa dahulu. Dalam bahasa Inggeris, 'were' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu ialah dan adalah atau merupakan atau dulu berada boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - 'kedudukan' adalah lazim pada masa dahulu).

EnglishMelayu
You were up thereAwak dulu berada di atas sana
You were behind usAwak dulu berada di belakang kami
You were at the bottom of the pitAwak dulu berada di bahagian bawah lubang itu
You were near the placeAwak dulu berada dekat dengan tempat itu
You were sitting in front of usAwak dulu duduk di hadapan kami

3. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'had been' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.

Dalam hal kedudukan, 'had been' juga bermakna sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - penutur bermaksud kedudukan itu bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga masa masa lepas juga).

EnglishMelayu
I had been above youSaya sudah berada diatas awak
I had been below youSaya sudah berada di bawah awak
I had been under youSaya sudah berada di bawah awak
I had been near youSaya sudah berada berdekatan awak
I had been behind youSaya sudah berada di belakang awak

Catitan :

- Terdapat beberapa lagi 'tense' yang tidak ditunjukkan contohnya.

Isu :

- Beza antara 'telah' dan 'sudah' : 'Telah' merujuk kepada satu ketika. 'Sudah' merujuk kepada satu tempoh masa.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was(Objek) + was + (non-verb)I, singularPast tenseAktif
Were(Objek) + were + (non-verb)You, PluralPast tenseAktif
Had been(Objek) + had been + (non-verb)SemuaPast Perfect tenseAktif

No comments: