Contoh-contoh kedudukan (location) :
Melayu | English |
Di | At |
Dekat | Near |
Di atas | On |
Di atas | On top of |
Di atas | Above |
Di sebelah | Beside |
Di depan | In front of |
Di belakang | At the back |
Di bawah | Below |
Di bawah | Beneath |
Di antara | Between |
Merentasi | Across |
Di dalam | Inside |
Di luar | Outside |
Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dengan menyatakan kedudukan, bagi masa sekarang.
1. 'Am'.
2. 'Is'.
3. 'Are'.
4. 'Has been'.
5. 'Have been'.
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are' + ('non-verb').
4. (Objek) + 'has been' + ('non-verb').
5. (Objek) + 'have been' + ('non-verb').
Perkataan-perkataan itu digunakan kerana ia berkait rapat dengan sistem 'objek' dan masa ('tense'):
'Am' digunakan bagi objek 'I' dan masa 'present tense'.
'Is' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.
'Are' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'present tense'.
'Has been' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present perfect tense'.
'Have been' digunakan bagi objek 'I, You, plural' dan masa 'present perfect tense'.
'Location' ialah satu bentuk 'non-verb' (bukan perbuatan).
1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'am' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
Dalam hal kedudukan, 'am' bermakna ialah atau adalah atau berada.
Dalam struktur bahasa Inggeris ini, perkataan 'am' mesti disebut, tapi dalam bahasa Melayu perkataan ialah atau adalah atau berada boleh disenyapkan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - lokasi itu ujud pada masa sekarang).
English | Melayu |
I am at the canteen | Saya (berada) di kantin |
I am behind you | Saya (berada) di belakang awak |
I am in front | Saya (berada) di depan |
I am at your left | Saya (berada) di kiri awak |
I am under the table | Saya (berada) di bawah meja |
2. Struktur : (Objek) + 'is' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
Dalam hal kedudukan, 'is' bermakna ialah atau adalah atau berada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - kedudukan itu ujud pada masa sekarang).
Dalam bahasa Inggeris, 'is' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu perkataan ialah atau adalah atau berada boleh disenyapkan.
English | Melayu |
He is aboard | Dia (berada) diatas kapal |
Ali is above you | Ali (berada) di atas awak |
The line is across the lane | Garisan itu (berada) merentasi lorong |
He is leaning against the wall | Dia bersandar pada dinding |
3. Struktur : (Objek) + 'are' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
Dalam hal kedudukan, 'are' bermakna ialah atau adalah atau berada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - kedudukan itu ujud pada masa sekarang).
Dalam bahasa Inggeris, 'are' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu perkataan ialah atau adalah atau berada boleh disenyapkan.
English | Melayu |
The tools are beneath the door | Alat-alat itu (berada) di bawah pintu |
The teachers are beside the headmaster | Guru-guru (berada) di sebelah guru besar |
My sisters are between my parent | Kakak-kakak saya (berada) diantara ibu bapa saya |
The cats are inside the box | Kucing-kucing itu (berada) dalam kotak |
4. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'has been' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
Dalam hal kedudukan, 'has been' bermakna sudah atau sudah berada.
Dalam struktur bahasa Inggeris ini, 'has been' mesti dinyatakan tetapi dalam bahasa Melayu perkataan sudah atau sudah berada boleh disenyapkan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - kedudukan itu ujud bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).
English | Melayu |
She has been at the canteen since yesterday | Dia (sudah berada) di kantin sejak semalam |
She has been inside the room since this morning | Dia (sudah berada) dalam bilik itu sejak pagi |
The intruder has been near our shore since early this year | Penceroboh itu (sudah berada) dekat dengan pantai kita sejak awal tahun ini |
She has been outside the classroom since 8 o'clock | Dia (sudah berada) di luar bilik darjah sejak jam 8 |
She has been up the tree since got scolded by her father | Dia (sudah berada) di atas pokok sejak dimarahi oleh ayahnya |
Catitan :
- Perkataan 'sudah berada' dinyatakan untuk memadankan dengan sistem masa 'Present Perfect tense'.
5. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'have been' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
Dalam hal kedudukan, 'have been' bermakna sudah atau sudah berada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - kedudukan itu ujud bermula dari pada masa yang telah lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).
English | Melayu |
I have been with him since three hours ago | Saya (sudah bersama) dengan dia sejak tiga jam lalu |
I have been against him regarding the issue | Saya (sudah) menentang dia berkenaan isu itu |
I have been among the selected | Saya diantara yang terpilih |
I have been anti the party | Saya anti parti itu |
I have been around since last year | Saya (sudah berada) di sini sejak tahun lepas |
Catitan :
- Perkataan 'sudah' atau 'sudah berada' dinyatakan untuk memadankan dengan sistem masa 'Present Perfect tense'.
Perhatian :
- Terdapat beberapa lagi 'tense' yang tidak ditunjukkan contohnya.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Am | (Objek) + am + (non-verb) | I | Present tense | Aktif |
Is | (Objek) + is + (non-verb) | Singular | Present tense | Aktif |
Are | (Objek) + are + (non-verb) | You, Plural | Present tense | Aktif |
Has been | (Objek) + has been + (non-verb) | Singular | Present Perfect tense | Aktif |
Have been | (Objek) + have been + (non-verb) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment