Salah satu perkataan-perkataan berikut digunakan beriringan dalam menyatakan 'bilangan' :
'Am'.
'Is'.
'Are'.
'Was'.
'Were'.
Berikut ialah struktur dimana 'bilangan' biasa digunakan :
(Objek) + 'am/is/are/was/were' + (bilangan).
'Am' digunakan jika 'objek' ialah 'I' dan 'bilangan' ujud pada masa sekarang.
'Is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular' dan 'bilangan' ujud pada masa sekarang.
'Are' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural' dan 'bilangan' ujud pada masa sekarang.
'Was' digunakan jika 'objek' ialah 'I,singular' dan 'bilangan' ujud pada masa dahulu.
'Were' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural' dan 'bilangan' ujud pada masa dahulu.
Contoh penggunaan :
English | Melayu |
I am fifteen years old | Saya (sekarang berusia) lima belas tahun |
I was five years old | Saya (dulu berusia) lima tahun |
He is fifteen years old | Dia (berusia) lima belas tahun |
He was five years old | Dia (dulu berusia) lima tahun |
We are fifteen years old | Kami (berusia) lima belas tahun |
We were five years old | Kami (dulu berusia) lima tahun |
Kadang-kadang 'bilangan' disatukan dengan 'objek'.
Contoh :
English | Melayu |
Five students | Lima pelajar |
Six players | Enam pemain |
Seven dancers | Tujuh penari |
Eight teachers | Lapan guru |
Nine headmasters | Sembilan guru besar |
Apabila 'bilangan' disatukan dengan 'objek', maka 'bilangan' disebut dahulu.
Catitan :
- Ada beberapa lagi jenis 'tense' yang tidak dinyatakan di sini yang mempengaruhi cara 'bilangan' dinyatakan.
No comments:
Post a Comment