'Future tense - for the past' juga dikenali sebagai 'Simple Future tense - for the past'.
'Future tense - for the past' bagi 'non-verb' adalah 'non-verb' (bukan perbuatan) yang akan ujud pada masa akan datang bagi masa lepas.
Ingat : Dalam bahasa Inggeris, akan datang terbahagi 2 iaitu :
1. Akan datang bagi masa kini ('Future tense for the present').
2. Akan datang bagi masa lepas ('Future tense for the past').
Ada 3 struktur yang boleh digunakan bagi 'Future tense - for the past' bentuk 'aktif' bagi 'non-verb' masa lepas :
1. (Objek) + 'would' + 'be' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'would always' + 'be' + ('non-verb').
1.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would' + 'be' + ('non-verb').
Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lalu.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | Future tense - would be | Melayu |
Tight | Sengit | The match would be tight | Perlawanan itu akan sengit |
Great | Megah | The event would be great | Peristiwa itu akan menjadi hebat |
Low | Rendah | The price would be low | Harganya akan rendah |
About | Tentang | The show would be about this place | Pertunjukan itu akan mengenai tempat ini |
Here | Di sini | The match would be here | Perlawanan itu akan dimainkan di sini |
Happy | Suka | If you came, she would be happy | Kalaulah awak datang, dia akan gembira |
Fail | Gagal | If I failed the exam, I would be sad | Kalaulah saya gagal peperiksaan itu, saya akan sedih |
In | Dalam | If he were an actor, he would be in adventure movies | Kalau dia jadi pelakun, dia akan berada dalam wayang adventur |
Away | Pergi | He said he would be away for a couple of days | Dia telah berkata bahawa dia akan pergi buat beberapa hari |
Home | Rumah | We would be home in time for tea | Kita akan sempat sampai rumah pada masanya untuk minum teh |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'would' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan ujud pada masa depan jika sesuatu telah berlaku pada masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' diikuti dengan perkataan 'would' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 5. Perkataan 'be' sesuai untuk digandingkan dengan 'non-verb'.
- 6. Bagi 'non-verb', perkataan 'be' biasanya bermakna 'menjadi' atau seumpamanya.
1.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').
Bagi menunjukkan masa depan bagi masa lepas, maka 'was/were' digunakan.
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | Future tense - going to | Melayu |
Angry | Marah | Our manager was going to be angry | Pengurus kita akan menjadi marah |
Enough | Cukup | The supply was going to be enough | Bekalan akan mencukupi |
The parent | Ibubapa | I was going to be the child who never raised her voice | Saya akan jadi anak yang tidak pernah meninggikan suara |
Friends | Kawan-kawan | We were going to be friends | Kita akan jadi kawan-kawan |
Rich | Kaya | You were going to be rich | Awak akan jadi kaya |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'going to' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan ujud pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan perkataan 'going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'was/were' digunakan bagi masa lepas.
- 6. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'was/were' bererti 'ialah/adalah/merupakan' tapi sering disenyapkan.
- 7. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 8. Perkataan 'be' boleh digandingkan dengan 'non-verb'.
- 9. Bagi 'non-verb', perkataan 'be' bermakna 'menjadi'.
1.3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would always' + 'be' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, frasa 'would always' digunakan. Ia bermaksud 'akan sentiasa' iaitu bagi masa akan datang bagi masa lepas.
Kadang-kadang perkataan 'would always' digunakan sebagai 'past tense' bagi 'will always'.
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | Future tense - would always be | Melayu |
Happy | Gembira | I would always be happy | saya akan sentiasa gembira |
Shy | Malu | She would always be shy, but now she is very outgoing | Dia dulu akan sentiasa malu tapi sekarang dia lepas-laku |
The cook | Tukang masak | He would always be the cook when his family ate outdoors | Dia akan sentiasa jadi tukang masak apabila keluarganya makan angin |
The spring | Musim bunga | You knew there would always be the spring, as you knew the river would flow again after it was frozen | Anda tahu akan sentiasa ada musim bunga, sebagaimana anda tahu sungai akan mengalir semula selepas dari beku |
Friends | Sahabat | I knew we would always be friends | Saya tahu bahawa kita akan sentiasa bersahabat |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'would always' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would always' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would always be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would always' digunakan bagi semua objek ('I, you, 'singular', 'plural'').
- 5. Perkataan 'be' boleh untuk digandingkan dengan 'non-verb'.
- 6. Aoabila perkataan 'be' digandingkan dengan 'non-verb', ia bermakna 'menjadi'.
2. 'Future tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk pasif
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'pasif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
3. 'Future tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk negatif
Ada 2 struktur bagi 'future tense - for the past' bentuk 'negatif' bagi 'non-verb' :
3.1. (Objek) + 'was/were' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').
3.2. (Objek) + 'would' + 'not' + 'be' + ('non-verb').
3.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').
Struktur ini menggunakan frasa 'going to' (akan) tapi bagi masa lepas (bila perkataan 'was/were' digunakan).
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | Future tense - not going to | Melayu |
Fun | Menarik | I had a feeling that the vacation was not going to be fun | Saya merasa bahawa percutian itu tidak akan menjadi menarik |
Easy | Mudah | It was not going to be easy | Ia tidak akan mudah |
Nominee | Calon | I was not going to be the nominee | Saya tidak akan menjadi seorang yang dinamakan sebagai calon |
Hope | Harapan | He was not going to be the 'Great Hope' | Dia tidak akan menjadi harapan utama |
Friends | Kawan-kawan | We were not going to be friends | Kami tidak akan menjadi sahabat |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan ujud pada masa depan (bagi masa lepas).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'was/were' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was/were' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti perkataan 'going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'. Kedua-dua 'was/were' juga menandakan masa lepas.
- 5. Perkataan 'was/were' bermakna 'ialah/adalah/merupakan' bagi masa lepas. Dalam bahasa Melayu, ia sering disenyapkan.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif', bermakna 'tidak'.
- 7. Kombinasi 'was not' boleh dipendekkan menjadi 'wasn't'. Kombinasi 'were not' boleh dipendekkan menjadi 'weren't'.
- 8. Perkataan 'going to' juga melambangkan masa hadapan, bermaksud 'akan'.
- 9. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'akan' biasa digunakan.
- 10. Perkataan 'be' bermakna 'menjadi' bila digandingkan dengan 'non-verb'.
3.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would not' + 'be' + ('non-verb').
Struktur ini menggunakan frasa 'would not' (tidak akan). Ia digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuaran) | Future tense - would not be | Melayu |
Late | Lambat | I thought I would not be late, so I would have to take the train | saya fikir saya tidak akan lambat, jadi saya akan guna keretapi |
World police | Polis dunia | America would not be world police | Amerika tidak akan jadi polis dunia |
Universal | Serupa | The answer would not be universal for these cases | Jawapannya tidak akan serupa bagi kes-kes ini |
Able | Boleh | I would not be able to do | Saya tidak akan boleh buat |
With us | Bersama kita | She would not be with us today | Dia tidak akan bersama kita hari ini |
happy | suka | if you came, she would not be happy | kalaulah awak datang, dia akan gembira |
Fail | Gagal | If I failed the exam, I would not be sad | Kalaulah saya gagal peperiksaan itu, saya tidak akan sedih |
In | Dalam | If he were an actor, he would not be in adventure movies | Kalau dia jadi pelakun, dia tidak akan berada dalam wayang adventur |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan ujud pada masa depan (bagi masa lepas).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'would not' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would not' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi masa akan datang (bagi masa lepas). Ia bermakna 'akan'.
- 5. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 6. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 7. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 8. Kombinasi 'would not' boleh dipendekkan menjadi 'wouldn't'.
- 9. Perkataan 'would not' bermakna 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 10. Perkataan 'be' bermakna 'menjadi' bila digandingkan dengan 'non-verb'.
- 11. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' biasa digunakan.
4. 'Future tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk negatif dan pasif
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'negatif' dan 'pasif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
No comments:
Post a Comment