Monday, December 31, 2012

63. Mengenali 'Future tense - for the past' bagi 'action verb'

'Future tense' - for the past bagi 'action verb'

'Future tense' - for the past dikenali juga sebagai 'Simple Future tense - for the past'.

'Future tense' adalah masa akan datang.

'Future tense - for past' bagi 'action verb' adalah masa 'action verb' yang akan berlaku pada masa akan datang bagi masa lepas.

Ingat :

'Future' (akan datang) boleh di bahagi 2 :

1. Akan datang bagi masa sekarang ('Future tense for the present').
2. Akan datang bagi masa lepas ('Future tense for the past').

Berikut adalah beberapa 'bentuk' bagi 'Future tense - for the past' bagi 'action verb':

1. Bentuk aktif.
3. Bentuk negatif.
2. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.

Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur tertentu bila digunakan.



1. 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif

Ada 5 struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the past' (bagi 'action verb') dalam bentuk 'aktif' :

1.1. (Objek) + 'was/were' + 'going to' + ('action verb').
1.2. (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'have' + 'to' + ('action verb').
1.3. (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'be' + ('gerund').
1.4. (Objek) + 'would' + ('action verb').
1.5. (Objek) + 'would always' + ('action verb').

1.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + ('action verb').

Bagi menunjukkan masa depan (bagi masa lepas), maka kombinasi 'was/were + going to' digunakan.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - going toMelayu
MeetJumpaI was going to meet you last nightSaya (sepatutnya) akan jumpa awak malam tadi
TellBeritahuShe was going to tell the teacher after thatDia akan beritahu cikgu selepas itu
LeaveTinggalkanShe was going to leave the roomDia akan meninggalkan bilik itu
ChangeTukarI thought you were going to changeSaya (telah) fikir awak akan berubah
LooklihatI was going to look at a house with my fatherSaya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya
MakeBuatSalleh was going to make a beautiful dinner last nightSalleh (sepatutnya) akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi
CompleteSiapThey were going to complete the project before the deadline but ...Mereka akan menyiapkan projek itu sebelum tarikh akhir tetapi ...
WashCuciAt 9 PM last night, Johan was going to wash the dishesPada pukul 9 malam tadi, Johan (sepatutnya) akan mencuci pinggan mangkuk

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'going to' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'was/were' digunakan bagi masa lepas.
- 6. Perkataan 'was/were' bermakna 'ialah/adalah/merupakan', walaupun ia sering disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 7. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 8. Perkataan 'action verb' tertentu itu hendaklah dieja dengan bentuk 'infinitive'.

1.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'have' + 'to' + ('action verb').

Dalam struktur diatas, frasa 'going to have to' digunakan.

Struktur diatas digunakan bagi hal akan datang (bagi masa lepas).

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - going toMelayu
MeetJumpaI thought I was going to have to meet you last nightSaya fikir saya akan berjumpa awak malam tadi
TellBeritahuI thought she was going to have to tell the teacher after thatSaya fikir dia akan beritahu cikgu selepas itu
LeaveTinggalkanI thought she was going to have to leave the roomSaya fikir dia akan meninggalkan bilik itu
ChangeTukarI thought you were going to have to changeSaya telah fikir awak akan sudah berubah
LookLihatI guessed I was going to have to look a house with my fatherSaya agak saya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya
MakeBuatSalleh was going to have to make a beautiful dinner last nightSalleh akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi
CompleteSiapThey were going to have to complete the project before the deadlineMereka akan menyiapkan projek itu sebelum tarikh akhir
WashCuciAt 9 PM tonight, Johan was going to have to wash the dishesPada pukul 9 malam ini, Johan akan mencuci pinggan mangkuk

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'was/were going to have to' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada satu tempoh masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'have' + 'to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan perkataan 'going to have to' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'. Perkataan 'was/were' menandakan masa lepas.
- 5. Perkataan 'was/were' bermakna 'ialah/adalah/merupakan', walaupun ia sering disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 6. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 7. Selepas perkataan 'have', 'action verb' hendaklah dieja dengan 'infinitive'.
- 8. Secara logiknya, tiada frasa 'going to has' dan 'going to had'.

1.3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'be' + ('gerund').

Dalam struktur ini, frasa 'going to be' digunakan.

Ia adalah masa perbuatan yang akan berlaku pada masa akan datang (bagi masa lepas).

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - going toMelayu
MeetJumpaI was going to be meeting you last nightSaya (seharusny) akan berjumpa awak malam tadi
TellBeritahuShe was going to be telling the teacher after thatDia (sepatutnya) akan memberitahu cikgu selepas itu
LeaveTinggalkanShe was going to be leaving the roomDia (seharusny) akan meninggalkan bilik itu
ChangeTukarI thought you were going to be changingSaya telah fikir awak akan berubah
LookLihatI was going to be looking at a house with my fatherSaya (sepatutnya) akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya
MakeBuatSalleh was going to be making a beautiful dinner last nightSalleh (sepatutnya) akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi
CompleteSiapThey were going to be completing the project before the deadlineMereka (sepatutnya) akan menyiapkan projek itu sebelum tarikh akhir
WashCuciAt 9 PM last night, Johan was going to be washing the dishesPada pukul 9 malam ini, Johan (sepatutnya) akan mencuci pinggan mangkuk

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'was/were + going to + be + ('gerund') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada satu tempoh masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'was/were' + 'going to' + 'be' + ('gerund'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan perkataan 'going to' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan 'gerund' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objek adalah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objek adalah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'was/were' menandakan masa lalu.
- 6. Perkataan 'was/were' bermakna 'ialah/adalah/merupakan', dan ia sering disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 7. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bererti 'menjadi'.
- 9. Selepas perkataan 'be', boleh digunakan 'gerund'.

1.4. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would' + ('action verb').

Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan (bagi masa lalu).

Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil Conditional I Simple.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - wouldMelayuCatitan
TalkCakapIf you came, she would talkKalaulah awak datang, dia akan bercakap -
PassLulusIf you studied, you would pass the examKalaulah awak mengulangkaji, awak akan lulus peperiksaan itu -
HelpTolongI knew you would help himSaya (telah) tahu awak akan tolong dia -
GoPergiI already told Malik that when he arrived, we would go out for dinnerSaya sudah beritahu Malik bahawa bila dia sampai, kita akan pergi makan malam -
FinishSiapI knew Johan would finish the work by 6:00 PMSaya tahu Johan akan menyiapkan kerja itu menjelang pukul 6 petang -

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'would' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan jika sesuatu telah berlaku (bagi masa lepas).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai ('verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini ('non-verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. 'Would' bermaksud 'akan' (bagi masa lepas). 'Will' juga bermakna 'akan' tapi bagi masa sekarang.
- 5. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 6. Perkataan 'would' hendaklah diikuti dengan 'action verb' yang dieja dengan cara 'infinitive'.

1.5. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would always' + ('action verb').

Dalam struktur ini, frasa 'would always' digunakan. Ia bermaksud 'akan sentiasa' tapi akan datang bagi masa lepas.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - would alwaysMelayuCatitan
TalkCakapIf you came, she would always talk about thatKalau awak datang, dia akan sentiasa bercakap tentang hal itu -
PassLulusIf you studied, you would always pass the examKalau awak mengulangkaji, awak akan sentiasa lulus peperiksaan itu -
HelpTolongI knew you would always help himSaya telah tahu awak akan sentiasa tolong dia -
GoPergiI already told Malik that when he arrived, we would always go out for dinnerSaya telah beritahu Malik bahawa bila dia sampai, kita akan sentiasa pergi makan malam -
FinishSelesaiI knew Johan would always finish the work by 6:00 PMSaya tahu Johan akan sentiasa selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'would always' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would always' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would always' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would always' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 5. Perkataan 'would always' hendaklah diikuti dengan 'action verb' yang dieja dengan cara 'infinitive'.
- 6. 'Would always' bermaksud 'akan sentiasa' (bagi masa lepas).



2. 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk 'pasif'

Struktur yang digunakan bagi 'Future tense' (bagi 'action verb') dalam bentuk 'pasif' :

2.1. (Objek) + 'would' + 'be' + ('past participle').


2.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would' + 'be' + ('past participle').

Dalam struktur ini, perkataan 'would be' digunakan.

Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil Conditional I Simple.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - would beMelayu
InformMaklumkanIf you came, you would be informedKalaulah awak datang, awak akan dimaklumkan
GiveBeriIf you studied, you would be given ten ringgitKalaulah awak mengulangkaji, awak akan diberi sepuluh ringgit
HelpTolongI knew you would be helpedSaya telah tahu awak akan ditolong
FinishSelesaiThe work would be finished by 6 p.m.Kerja itu akan diselesaikan menjelang pukul 6 petang
BlameSalahanWho would be blamed for the shutdownSiapa akan disalahkan atas penutupan itu

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa lepas).
- 2. Apabila perkataan 'would' digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 3. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 4. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'would' + 'be' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'would' diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 5. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, 'singular', 'plural'). Ia juga bermakna 'akan' bagi masa lepas.
- 6. Kombinasi perkataan 'be' dengan 'past participle' tertentu menandakan hal 'pasif'.
- 7. Struktur ini bermaksud 'akan di...'. Frasa ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 8. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'would' + ('action verb').



3. 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif

Ada beberapa struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the past' (bagi 'action verb') dalam bentuk 'negatif' :

3.1. (Objek) + 'was/were' + 'not' + 'going to' + ('action verb').
3.2. (Objek) + 'would' + 'not' + ('action verb').

3.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'not' + 'going to' + ('action verb').

Struktur ini menggunakan frasa 'not going to' (tidak akan) tapi bagi masa lepas (bila perkataan 'was/were' digunakan).

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - not going toMelayu
MeetJumpaI was not going to meet you last nightSaya tidak akan jumpa awak malam tadi
TellBeritahuShe was not going to tell the teacher after thatDia tidak akan beritahu cikgu selepas itu
LeaveTinggalkanShe was not going to leave the roomDia tidak akan meninggalkan bilik itu
ChangeTukarI thought you were not going to changeSaya telah fikir awak tidak akan berubah
LookLihatI was not going to look at a house with my fatherSaya tidak akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya

Catitan :

- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa lepas).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan struktur ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'not' + 'going to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was/were' diikuti dengan perkataan 'not going to' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'. Kedua-dua 'was/were' juga menandakan masa lepas.
- 5. Perkataan 'going to' juga melambangkan masa hadapan, bermaksud 'akan'.
- 6. Kombinasi 'was/were not' melambangkan 'negatif', bermakna 'tidak'.
- 7. 'Action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'akan' boleh dikatakan biasa digunakan.

3.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would not' + ('action verb').

Struktur ini menggunakan frasa 'would not' (tidak akan).

Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil Conditional I Simple.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - would notMelayu
TalkCakapIf you came, she would not talkKalaulah awak datang, dia tidak akan bercakap
PassLulusIf you not studied, you would not pass the examKalaulah awak tidak mengulangkaji, awak tidak akan lulus peperiksaan itu
HelpTolongI knew you would not help himSaya (telah) tahu awak tidak akan tolong dia
GoPergiI already told Malik that when he arrived, we would not go out for dinnerSaya sudah beritahu Malik bahawa bila dia sampai, kita tidak akan pergi makan malam
FinishSelesaiI knew Johan would not finish the work by 6:00 PMSaya tahu Johan tidak akan selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang

Catitan :

- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan struktur ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would not' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would not' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi masa lepas. Ia bermakna 'akan'. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 6. Perkataan 'would not' bererti 'tidak akan'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 7. 'Would not' biasa dipendekkan menjadi 'wouldn't'.
- 8. Dalam struktur ini, 'action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar). Bahkan, setiap 'action verb' selepas perkataan 'not' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- 9. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' biasa digunakan.

4. 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif

Berikut ialah struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the past' (bagi 'action verb') dalam bentuk 'negatif' dan 'pasif' :

4.1. (Objek) + 'would not' + 'be' + ('past participle').

4.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would not' + 'be' + ('past participle').

Struktur ini menggunakan frasa 'would not be'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - would notMelayu
TalkCakapIf you came, the issue would not be talkedKalaulah awak datang, isu itu tidak akan dicakapkan
ProsecuteHukumIf you did not do no wrong, you would not be prosecutedKalaulah awak tidak berbuat salah, awak tidak akan dihukum
HelpTolongI knew you would not be helped by himSaya telah tahu awak tidak akan ditolong oleh dia
AskSuruhYou would not be asked to stand on the chair if you did not make noiseAwak tidak akan disuruh berdiri atas kerusi kalau awak tidak berbuat bising
FinishSelesaiThe work would not be finished by 6 PM tomorrowKerja itu tidak akan disiapkan menjelang pukul 6 petang esok

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan bagi masa lepas (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would not' + 'be' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would not be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Perkataan 'be', apabila digandingkan dengan 'past participle', bererti 'di'.
- 7. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 8. Frasa 'tidak akan di(pasif)' ada digunakan dalam bahasa Melayu.


No comments: