'Future tense' dikenali juga sebagai 'Simple Future tense'.
Bab ini ialah mengenai 'Future tense - for the past' atau dikenali juga sebagai 'Simple Future tense - for the past' bagi 'Action verb' dalam bentuk soalan.
Ingat :
1. 'Future tense' adalah masa akan datang.
2. Masa akan datang boleh dibahagi 2 : akan datang bagi masa sekarang ('for the present'), akan datang bagi masa lepas ('for the past').
Berikut ialah beberapa bentuk soalan bagi 'future tense - for the past' bagi 'action verb' :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Bagi tiap-tiap bentuk soalan, ada struktur tertentu yang sesuai digunakan.
1. Bentuk soalan bagi 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif
Berikut ialah beberapa struktur soalan bagi 'future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif :
1.1. 'Was/were' + (objek) + 'going to' + ('action verb').
1.2. 'Was/were' + (objek) + 'going to' + 'be' + ('gerund').
1.3. 'Would' + (objek) + ('action verb').
1.4. 'Would' + (objek) + 'always' + ('action verb').
1.1. Struktur penggunaan : 'Was/were' + (objek) + 'going to' + ('action verb').
Bagi menunjukkan masa depan bagi masa lepas, maka 'was/were' digunakan.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - going to | Melayu | Question | Soalan |
Meet | Berjumpa | I was going to meet you last night | Saya (sepatutnya) akan jumpa awak malam tadi | Was I going to meet you last night ? | Adakah saya (sepatutnya) akan jumpa awak malam tadi ? |
Tell | Beritahu | She was going to tell the teacher after that | Dia akan beritahu cikgu selepas itu | Was she going to tell the teacher after that ? | Adakah dia akan beritahu cikgu selepas itu ? |
Leave | Tinggalkan | She was going to leave the room | Dia akan meninggalkan bilik itu | Was she going to leave the room ? | Adakah dia akan meninggalkan bilik itu ? |
Change | Tukar | I thought you were going to change | Saya (telah) fikir awak akan berubah | Were you going to change ? | Adakah awak akan berubah ? |
Look | Lihat | I was going to look at a house with my father | Saya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya | Was I going to look at a house with my father ? | Adakah saya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya ? |
Make | Buat | Salleh was going to make a beautiful dinner last night | Salleh (sepatutnya) akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi | Was Salleh going to make a beautiful dinner last night ? | Adakah Salleh (sepatutnya) akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' (dalam bentuk soalan) menggunakan perkataan 'going to' ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu akan berlaku pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan struktur ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Was/were' + (objek) + 'going to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'was' atau 'were' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'going to' diikuti dengan 'action verb' tertentu.
- 4. Dalam bentuk soalan, perkataan 'was/were' bermaksud 'adakah'.
- 5. Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.
- 6. Perkataan 'was/were' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 7. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 8. Dalam struktur ini, 'action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
1.2. Struktur penggunaan : 'Was/were' + (objek) + 'going to' + 'be' + ('gerund').
Dalam struktur ini, frasa 'going to be' digunakan.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - going to | Melayu | Question | Soalan |
Meet | Jumpa | I was going to be meeting you last night | Saya (sepatutnya) akan jumpa awak malam tadi | Was I going to be meeting you last night ? | Adakah saya (sepatutnya) akan jumpa awak malam tadi ? |
Tell | Beritahu | She was going to be telling the teacher after that | Dia akan beritahu cikgu selepas itu | Was she going to be telling the teacher after that ? | Adakah dia akan beritahu cikgu selepas itu ? |
Leave | Tinggalkan | She was going to be leaving the room | Dia akan meninggalkan bilik itu | Was she going to be leaving the room ? | Adakah dia akan meninggalkan bilik itu ? |
Change | Tukar | I thought you were going to be changing | Saya telah fikir awak akan berubah | I thought, were you going to be changing ? | Saya telah fikir adakah awak akan berubah ? |
Look | Lihat | I was going to be looking at a house with my father | Saya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya | Was I going to be looking at a house with my father ? | Adakah saya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya ? |
Make | Buat | Salleh was going to be making a beautiful dinner last night | Salleh (sepatutnya) akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi | Was Salleh going to be making a beautiful dinner last night ? | Adakah Salleh (sepatutnya) akan membuat satu makan malam yang indah malam tadi ? |
Complete | Siap | They were going to be completing the project before the deadline | Mereka akan menyiapkan projek itu sebelum tarikh akhir | Were they going to be completing the project before the deadline ? | Adakah mereka akan menyiapkan projek itu sebelum tarikh akhir ? |
Wash | Cuci | At 9 PM last night, Johan was going to be washing the dishes | pada pukul 9 malam ini, Johan akan mencuci pinggan mangkuk | At 9 PM last night, was Johan going to be washing the dishes ? | Pada pukul 9 malam ini, adakah Johan akan mencuci pinggan mangkuk ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' (dalam bentuk soalan) menggunakan perkataan 'going to be + (gerund)' ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu akan berlaku pada satu tempoh masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : was/were + (objek) + going to + be + ('gerund'). Iaitu perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'going to be' diikuti dengan 'gerund' tertentu.
- 4. Dalam bentuk soalan, perkataan 'was/were' bermakna 'adakah'.
- 5. Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
- 6. Perkataan 'was/were' menandakan masa lalu.
- 7. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 8. Perkataan 'be' bermakna 'menjadi' tapi boleh disenyapkan dalam bahasa Melayu.
1.3. Struktur penggunaan : 'Would' + (objek) + ('action verb').
Salam struktur ini, perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lalu.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would | Melayu | Question | Soalan |
Talk | Cakap | If you came, she would talk | Kalaulah awak datang, dia akan bercakap | If you came, would she talk ? | Kalau awak datang, adakah dia akan bercakap ? |
Pass | Lulus | If you studied, you would pass the exam | Kalaulah awak mengulangkaji, awak akan lulus peperiksaan itu | If you studied, would you pass the exam ? | Kalau awak mengulangkaji, adakah awak akan lulus peperiksaan itu ? |
Help | Tolong | You would help him | Awak akan tolong dia | Would you help him ? | Adakah awak akan tolong dia ? |
Go | Pergi | We would go out for dinner | Kita akan pergi makan malam | Would we go out for dinner ? | Adakah kita akan pergi makan malam ? |
Finish | Selesai | Johan would finish the work by 6:00 PM | Johan akan selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang | Would Johan finish the work by 6:00 PM ? | Adakah Johan akan selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' (dalam bentuk soalan) menggunakan perkataan 'would' ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adkah hal itu akan berlaku pada masa depan jika sesuatu telah berlaku pada masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan struktur ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Would' + (objek) + ('action verb'). Iaitu perkataan 'would' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan would digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Dalam bentuk soalan, perkataan 'would' bermaksud 'adakah (objek) akan'.
- 6. 'Would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 7. Dalam bentuk soalan, 'action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
1.4. Struktur penggunaan : 'Would' + (objek) + 'always' + ('action verb').
Dalam struktur ini, frasa 'would always' digunakan. Ia bermaksud 'akan sentiasa'. Ia digunakan bagi masa akan datang bagi masa lepas.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would always | Melayu | Question | Soalan |
Talk | Cakap | If you came, she would always talk about that | Kalau awak datang, dia akan sentiasa bercakap tentang hal itu | If you came, would she always talk about that ? | Kalau awak datang, adakah dia akan sentiasa bercakap tentang hal itu ? |
Pass | Lulus | If you studied, you would always pass the exam | Kalau awak mengulangkaji, awak akan sentiasa lulus peperiksaan itu | If you studied, would you always pass the exam ? | Kalau awak mengulangkaji, adakah awak akan sentiasa lulus peperiksaan itu ? |
Help | Tolong | You would always help him | Awak akan sentiasa tolong dia | Would you always help him ? | Adakah awak akan sentiasa tolong dia ? |
Go | Pergi | When he arrived, we would always go out for dinner | Bila dia sampai, kami akan sentiasa pergi makan malam | When he arrived, would we always go out for dinner ? | Bila dia sampai, adakah kita akan sentiasa pergi makan malam ? |
Finish | Selesai | Johan would always finish the work by 6:00 PM | Johan akan sentiasa selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang | Would Johan always finish the work by 6:00 PM ? | Adakah Johan akan sentiasa selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' (dalam bentuk soalan) menggunakan perkataan 'would always' ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb' dan beberapa 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan struktur ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Would' + (objek) + 'always + ('action verb'). Iaitu perkataan 'would' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'always' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Dalam bentuk soalan, perkataan 'would' bermakna 'adakah (objek) akan'.
- 5. Perkataan 'would always' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural').
- 6. Perkataan 'would always' adalah 'past tense' bagi 'will always'.
- 7. Perkataan 'always' bermakna 'sentiass'.
- 8. Dalam bentuk soalan, 'action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
2. Bentuk soalan bagi 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif
Berikut ialah beberapa struktur soalan bagi 'future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk 'negatif' :
2.1. 'Was/were' + 'not' + (objek) + 'going to' + ('action verb').
2.2. 'Would' + 'not' + (objek) + ('action verb').
2.1. Struktur penggunaan : 'Was/were' + 'not' + (objek) + 'going to' + ('action verb').
Struktur ini menggunakan frasa 'going to' (akan) tapi bagi masa lepas (bila perkataan 'was/were' digunakan).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - not going to | Melayu | Question | Soalan |
Meet | Jumpa | I was not going to meet you last night | Saya tidak akan jumpa awak malam tadi | Was not I going to meet you last night ? | Adakah saya tidak akan jumpa awak malam tadi ? |
Tell | Beritahu | She was not going to tell the teacher after that | Dia tidak akan beritahu cikgu selepas itu | Was not she going to tell the teacher after that ? | Adakah dia tidak akan beritahu cikgu selepas itu ? |
Leave | tinggalkan | She was not going to leave the room | Dia tidak akan meninggalkan bilik itu | Was not she going to leave the room ? | Adakah dia tidak akan meninggalkan bilik itu ? |
Change | Tukar | I thought you were not going to change | Saya telah fikir awak tidak akan berubah | I thought, were not you going to change ? | Saya telah fikir, adakah awak tidak akan berubah ? |
Look | Lihat | I was not going to look at the house with my father | Saya tidak akan melihat rumah itu dengan ayah saya | Was not I going to look at the house with my father ? | Adakah saya tidak akan melihat rumah itu dengan ayah saya ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini (dalam bentuk soalan) digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal tidak itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : 'Was/were' + (objek) + 'not' + 'going to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'was/were' diikuti dengan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan 'going to' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'. Kedua-dua 'was/were' juga menandakan masa lepas.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif', bermakna 'tidak'.
- 6. Perkataan 'going to' juga melambangkan masa hadapan, bermaksud 'akan'.
- 7. Dalam struktur ini, 'action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'akan' boleh dikatakan biasa digunakan.
2.2. Struktur penggunaan : 'Would not' + (objek) + ('action verb').
Struktur ini menggunakan frasa 'would not' (Adakah (objek) tidak akan).
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would not | Melayu | Question | Soalan |
Talk | Cakap | If you came, she would not talk | Kalaulah awak datang, dia tidak akan bercakap | If you came, would not she talk ? | Kalau awak datang, adakah dia tidak akan bercakap ? |
Pass | Lulus | If you not studied, you would not pass the exam | Kalaulah awak tidak mengulangkaji, awak tidak akan lulus peperiksaan itu | If you not studied, would not you pass the exam ? | Kalau awak tidak mengulangkaji, adakah awak tidak akan lulus peperiksaan itu ? |
Help | Tolong | I knew you would not help him | Saya telah tahu awak tidak akan tolong dia | I asked, would not you help him ? | Saya telah tanya, adakah awak tidak akan tolong dia ? |
Go | Pergi | When Malik arrived, we would not go out for dinner | Bila Malik sampai, kita tidak akan pergi makan malam | When Malik arrived, would not we go out for dinner ? | Bila Malik sampai, adakah kita tidak akan pergi makan malam ? |
Finish | Selesai | I knew Johan would not finish the work by 6:00 PM | Saya tahu Johan tidak akan selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang | I asked, would not Johan finish the work by 6:00 PM ? | Saya telah bertanya, adakah Johan tidak akan selesaikan kerja itu menjelang pukul 6 petang ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini (dalam bentuk soalan) digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal tidak itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : 'Would' + 'not' + (objek) + ('action verb'). Iaitu perkataan 'would not' diikuti dengan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 5. Dalam bentuk soalan, 'would' bermakna 'adakah ... akan'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 7. Kombinasi 'would not' bermakna 'adakah (objek) tidak akan'. Perhatikan, dalam bahasa Melayu, (objek) sesuai diletakkan diantara 'adakah' dengan 'tidak'.
- 8. 'Action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- 9. Dalam bahasa Melayu, pertanyaan 'adakah ... tidak' boleh dikatakan biasa digunakan.
3. Bentuk soalan bagi 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk pasif
Berikut ialah struktur soalan bagi 'future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk 'pasif' :
3.1. 'Would' + (objek) + 'be' + ('past participle').
3.1. Struktur penggunaan : 'Would' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'would' digunakan.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would be | Melayu | Question | Soalan |
Inform | Maklum | If you came, you would be informed | Kalau awak datang, awak akan dimaklumkan | If you came, would you be informed ? | Kalau awak datang, adakah awak akan dimaklumkan ? |
Give | Beri | If you studied, you would be given ten ringgit | Kalaulah awak mengulangkaji, awak akan diberi sepuluh ringgit | If you studied, would you be given ten ringgit ? | Kalau awak mengulangkaji, adakah awak akan diberi sepuluh ringgit ? |
Help | Tolong | You would be helped | Awak akan ditolong | Would you be helped ? | Adakah awak akan ditolong ? |
Finish | Selesai | The work would be finished by 6 p.m. | Kerja itu akan diselesaikan menjelang pukul 6 petang | Would the work be finished by 6 p.m. ? | Adakah kerja itu akan diselesaikan menjelang pukul 6 petang ? |
Blame | Salahkan | He would be blamed for the shutdown | Dia akan disalahkan atas penutupan itu | Would he be blamed for the shutdown ? | Adakah dia akan disalahkan atas penutupan itu ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu akan berlaku pada masa depan.
- 2. Apabila perkataan 'would' digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 3. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 4. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : 'Would' + (objek) + 'be' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'would' diikuti 'objek' tertentu diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 5. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural'). Ia juga bermakna 'akan' bagi masa lepas.
- 6.Dalam bentuk soalan, perkataan 'would' bermakna 'adakah (objek) akan'.
- 7. Perhatikan, dalam bahasa Melayu, (objek) sesuai diletakkan diantara 'adakah' dengan 'akan'.
- 8. Perkataan 'be' jika digandingkan dengan 'past participle' bererti 'di'.
- 9. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam hal 'pasif'.
- 10. Struktur ini bermaksud 'akan di...'. Frasa ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 11. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'would' + ('action verb').
4. Bentuk soalan bagi 'Future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif
Berikut ialah struktur soalan bagi 'future tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk 'negatif' dan 'pasif'.
4.1. 'Would not' + (objek) + 'be' + ('past participle').
4.1. Struktur penggunaan : 'Would not' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Struktur ini menggunakan frasa 'would not' dan 'be + ('past participle')'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would not | Melayu | Question | Soalan |
Talk | Cakap | if you came, the issue would not be talked | kalau awak datang, isu itu tidak akan dicakapkan | if you came, would not the issue be talked ? | adakah kalau awak datang, isu itu tidak akan dicakapkan ? |
Prosecute | Dakwa | if you did not do no wrong, you would not be prosecuted | Kalaulah awak tidak berbuat salah, awak tidak akan didakwa | If you did not do no wrong, would not you be prosecuted ? | Kalau awak tidak berbuat salah, adakah awak tidak akan didakwa ? |
Help | Tolong | I knew you would not be helped by him | Saya telah tahu awak tidak akan ditolong oleh dia | I asked, would not you be helped by him ? | Saya telah tanya, adakah awak tidak akan ditolong oleh dia ? |
Ask | Suruh | You would not be asked to stand on the chair if you did not make noise | Awak tidak akan disuruh berdiri atas kerusi kalau awak tidak berbuat bising | Would not you be asked to stand on the chair if you did not make noise ? | Adakah awak tidak akan disuruh berdiri atas kerusi kalau awak tidak berbuat bising ? |
Finish | Selesai | The work would be finished by 6 PM tomorrow | Kerja itu tidak akan disiapkan menjelang pukul 6 petang esok | Would not the work be finished by 6 PM tomorrow ? | Adakah kerja itu tidak akan disiapkan menjelang pukul 6 petang esok ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu akan berlaku pada masa hadapan bagi masa lepas (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : would not + (objek) + be + ('past participle'). Iaitu perkataan 'would not' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
- 5. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 7. Dalam bentuk soalan, kombinasi perkataan 'would not' bermaksud 'adakah (objek) tidak akan', digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 8. Perhatikan, dalam bahasa Melayu, (objek) sesuai diletakkan diantara 'adakah' dengan 'tidak akan'.
- 9. Apabila perkataan 'be' digandingkan dengan 'past participle', ia bermakna 'di(pasif)'.
- 10.Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam hal 'pasif' (kena buat).
- 11. Frasa 'tidak akan di...' ada digunakan dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment