Perkataan Inggeris 'may' mempunyai pelbagai penggunaan dan makna.
'May' digunakan bagi tempoh masa 'present tense'. Untuk sesetengah 'pakar', bagi 'past tense', gunakan 'might'.
Berikut ialah makna, struktur penggunaan 'may' dan perkataan yang terbit daripadanya :
1. 'May' boleh bermakna boleh.
2. 'May not' boleh bermakna tidak boleh.
3. 'Maybe' boleh bermakna mungkin.
4. Struktur 'may be' + ('gerund') boleh bermakna mungkin + (nama perbuatan).
5. Struktur 'may have been' + ('non-verb') boleh bermakna mungkin sudah.
6. Struktur 'may not have been' + ('non-verb') boleh bermakna mungkin belum.
7. Struktur 'may have been' + ('past participle') boleh bermakna mungkin sudah di(pasif).
8. Struktur 'may not have been' + ('past participle') boleh bermakna mungkin belum di(pasif).
9. Struktur 'may' + 'have' + ('past participle') boleh bermakna mungkin sudah.
10.Struktur 'may' + 'have to' + ('verb') boleh bermakna mungkin terpaksa.
11.Struktur 'may' + 'have to' + 'be' + ('past participle') boleh bermakna mungkin terpaksa di(pasif).
12.Struktur 'may' + 'get' + ('non-verb') boleh bermakna mungkin jadi atau mungkin dapat atau menyebabkan.
13.Struktur 'may' + 'get' + ('past participle') boleh bermakna mungkin di(pasif).
14.Dalam bentuk 'soalan aktif', 'may' boleh bermakna bolehkah.
1. 'May' boleh digunakan bersendirian
Bila digunakan bersendirian, 'may' bermakna boleh.
English | Melayu |
He may come with us | Dia boleh pergi bersama kita |
You may go | Awak boleh pergi |
You may come with us | Awak boleh pergi bersama kita |
You may join in | Awak boleh menjadi ahli |
You may leave now | Awak boleh pergi sekarang |
It may strike soon | Ia mungkin berlaku sekejap lagi |
Catitan :
- Perkataan 'may' boleh digantikan dengan 'can' tapi 'may' dianggap lebih lembut.
2. 'May' boleh disambung dengan 'not' menjadi 'may not'.
'May not' boleh digunakan bersendirian.
Bila digunakan bersendirian, 'may not' bermakna tidak boleh.
'May not' adalah bentuk 'negatif' bagi 'may'.
English | Melayu |
He may not come with us | Dia tidak boleh pergi bersama kita |
You may not go | Awak tidak boleh pergi |
Members of the club agree that you may not join in | Ahli-ahli kelab setuju awak tidak boleh menjadi ahli |
You may not leave the table now | Awak tidak boleh tinggalkan meja ini sekarang |
It may not strike so soon | Ia mungkin tidak melanda terlalu cepat |
Catitan :
- Perkataan 'may not' boleh digantikan dengan 'can not' tapi 'may not' dianggap lebih lembut.
3. 'May' boleh dicantumkan dengan 'be' menjadi 'maybe'.
'Maybe' bermakna mungkin.
Struktur penggunaan : (Objek) + 'maybe' + ('non-verb').
English | Melayu |
She maybe at home but I am not sure | Dia mungkin ada di rumah tapi saya tak pasti |
Your purse maybe in the drawer | Dompet awak mungkin dalam laci |
He maybe drop by your house during his journey | Dia mungkin singgah di rumah awak dalam perjalanannya |
He maybe upset | Dia mungkin terkejut |
There maybe a train at 10 a.m. | Mungkin ada keretapi pada jam 10 pagi |
Catitan :
- 'May be' atau 'maybe' ? 'Maybe' = 'perhaps'. 'May be' bermakna 'mungkin boleh menjadi'.
- Perhatikan, ejaannya ialah 'maybe' bukan 'may be'.
4. Struktur (Objek) + 'maybe' + ('gerund').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'may be' diikuti ('gerund') tertentu.
Dalam struktur ini, 'maybe' boleh bermakna mungkin.
English | Melayu |
It maybe raining this evening | Ia mungkin hujan petang ini |
He may be playing in this game | Dia mungkin bermain dalam perkawanan ini |
She may be arriving late | Dia mungkin tiba lambat |
They may be renovating the house | Mereka mungkin membaiki rumah itu |
We may be travelling to Japan next month | Kami mungkin berpergian ke Jepun pada bulan hadapan |
Catitan :
- Perhatikan, ejaannya ialah 'maybe' bukan 'may be'.
5. Struktur (objek) + 'may have been' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'may have been' diikuti ('non-verb') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may have been' boleh bermakna mungkin sudah.
English | Melayu | |
She may have been at home but I am not sure | Dia mungkin sudah ada di rumah tapi saya tak pasti | |
Your purse may have been in the drawer | Dompet awak mungkin sudah ada dalam laci | |
He may have been upset | Dia mungkin sudah terkejut | |
This may have been the largest DDoS attack | Ini mungkin serangan DDos yang terbesar | |
They may have been heroes | Mereka mungkin sudah jadi hero-hero |
Catitan :
- Tiada 'may has been' dan 'may had been'.
6. Struktur (Objek) + 'may not have been' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may not have been' diikuti ('non-verb') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may not have been' boleh bermakna 'mungkin sudah tidak'.
English | Melayu |
She may not have been at home but I am not sure | Dia mungkin sudah tidak ada di rumah tapi saya tak pasti |
Your purse may not have been in the drawer | Dompet awak mungkin sudah tidak ada dalam laci |
He may not have been upset | Dia mungkin sudah tidak terkejut |
This may not have been the largest DDoS attack | Ini mungkin bukan serangan DDos yang terbesar |
They may not have been heroes | Mereka mungkin sudah bukan hero-hero |
Catitan :
- Tiada 'may not has been' atau 'may not had been'.
7. Struktur (Objek) + 'may have been' + ('past participle').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may have been' diikuti ('past participle') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may have been' boleh bermakna 'mungkin sudah di(pasif)'.
English | Melayu |
The cat may have been found | Kucing itu mungkin sudah dijumpai |
Oil may have been discovered | Minyak mungkin sudah ditemui |
Intention may have been established | Niat mungkin sudah dimaksudkan |
Security may have been compromised | Keselamatan mungkin sudah diambil mudah |
The computer may have been hacked | Komputer itu mungkin sudah diceroboh |
Catitan :
- Tiada 'may has been'.
- Penggunaan perkataan 'past participle' tertentu menghasilkan bentuk 'pasif'.
8. Struktur penggunaan : (Objek) + 'may not have been' + ('past participle').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may not have been' diikuti ('past participle') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may not have been' + ('past participle') boleh bermakna 'mungkin sudah tidak di(pasif)' atau 'mungkin belum di(pasif)'.
English | Melayu |
The victims may not have been found | Mangsa-mangsa mungkin belum dijumpai |
Oil may not have been discovered | Minyak mungkin belum ditemui |
Intention may not have been established | Niat mungkin belum dimaksudkan |
Security may not have been compromised | Keselamatan mungkin belum diceroboh |
His computer may not have been hacked | Komputernya mungkin belum diceroboh |
Catitan :
- Tiada 'may has not been'.
- Perkataan 'past participle' tertentu menghasilkan bentuk 'pasif'.
9. Struktur 'may' + 'have' + ('past participle').
Dalam struktur ini, 'may' + 'have' + ('past participle') boleh bermakna 'mungkin sudah'.
Dalam struktur ini, perkataan 'may have' diikuti ('past participle') tertentu.
English | Melayu |
He may have broken the vase | Dia mungkin sudah memecahkan pasu itu |
He may have found the clue | Dia mungkin sudah menjumpai tanda-tandanya |
They may have unlocked the device | Mereka mungkin sudah membuka kunci alat itu |
They may have danced together | Mereka mungkin sudah menari bersama-sama |
They may have discovered the secret | Mereka mungkin sudah menenui rahsianya |
Catitan :
- Tiada struktur 'may + has + (past participle)' apabila 'may' digunakan.
- Kombinasi 'have + ('past participle')' menghasilkan 'present perfect tense'.
10. Struktur (objek) + 'may' + 'have to' + ('verb').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may have to' diikuti ('verb') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may have to' boleh bermakna 'mungkin terpaksa'.
English | Melayu |
He may have to wait | Dia mungkin terpaksa menunggu |
He may have to find | Dia mungkin terpaksa mencari |
He may have to unlock | Dia mungkin terpaksa membuka kunci |
He may have to come | Dia mungkin terpaksa datang |
They may have to censor | Mereka mungkin terpaksa memotong |
Catitan :
- Tiada struktur 'may + has to' apabila 'may' digunakan.
- Ejaan 'infinitive' mesti digunakan bagi 'verb'.
11. Struktur (objek) + 'may' + 'have to' + 'be' + ('past participle').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may have to be' diikuti ('past participle') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may have to be' + ('past participle') boleh bermakna 'mungkin terpaksa di(pasif)'.
English | Melayu |
They may have to be waited | Mereka mungkin terpaksa ditunggu |
The cat may have to be found | Kucing tersebut mungkin terpaksa dicari |
The key may have to be unlocked | Kunci itu mungkin terpaksa dibuka |
The scene may have to be censored | Adegan itu mungkin terpaksa dipotong |
The news may have to be confirmed | Berita itu mungkin terpaksa disahkan |
Catitan :
- Tiada struktur 'may + has to' apabila 'may' digunakan.
- Disini, perkataan 'past participle' tertentu digunakan untuk menghasilkan bentuk 'pasif'.
12. Struktur (objek) + 'may get' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may get' diikuti ('non-verb') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may get' boleh bermakna 'mungkin jadi' atau 'mungkin dapat' atau 'menyebabkan'.
English | Melayu |
He may get upset | Dia mungkin jadi terkejut |
The problem may get worse | Masaalah itu mungkin jadi lebih buruk |
The road may get wider | Jalanraya itu mungkin jadi lebih lebar |
You may get another | Awak mungkin dapat yang lain |
You may get through | Awak mngkin dapat lepas |
13. Struktur (objek) + 'may' + 'get' + ('past participle').
Dalam struktur ini, (objek) tertentu diikuti perkataan 'may get' diikuti ('past participle') tertentu.
Dalam struktur ini, 'may get ('past participle')' boleh bermakna 'mungkin di(pasif)'.
English | Melayu |
He may get paid | Dia mungkin dibayar |
They may get screwed | Mereka mungkin ditipu |
The flight may get delayed | Penerbangan itu mungkin ditangguhkan |
They may get married | Mereka mungkin dikahwinkan (berkahwin) |
He may get fired | Dia mungkin dipecat |
Catitan :
- 'May get' digunakan bagi semua objek ('singular', I, you, 'plural').
- Disini, perkataan 'past participle' tertentu digunakan untuk menghasilkan bentuk 'pasif'.
14. Dalam bentuk 'soalan aktif', 'may' boleh bermakna bolehkah.
English | Melayu |
May he come with us ? | Bolehkah dia pergi bersama kita ? |
May I go ? | Bolehkah saya pergi ? |
May I use your bathroom ? | Bolehkah saya gunakan bilik mandi awak ? |
May you join the club ? | Bolehkah awak menjadi ahli kelab ? |
May I borrow your eraser ? | Bolehkah saya pinjam pemadam awak ? |
Catitan :
- 'May' dianggap lebih sopan bila digunakan dalam permintaan.
No comments:
Post a Comment