Perkataan Inggeris 'having' mempunyai pelbagai penggunaan dan makna.
1. 'Having' boleh bermakna 'sedang mempunyai' atau 'sedang ada'.
2. 'Having' boleh bermakna 'telah sedang mempunyai' atau 'telah sedang ada'.
3. 'Having' boleh bermakna 'selepas' atau 'setelah'.
4. 'Having' boleh bermakna 'memandangkan'.
5. 'Having' boleh bermakna 'mempunyai' atau 'ada'.
6. Lain-lain.
1. 'Having' boleh bermakna sedang mempunyai atau sedang ada.
Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'having' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, 'objek' tertentu diikuti perkataan 'am/is/are' diikuti perkataan 'having' diikuti oleh perkataan 'non-verb' tertentu.
'Am having' atau 'is having' atau 'are having' adalah digunakan bagi masa 'Present Continuous tense'.
Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'you' dan 'plural'.
Disini, 'having' boleh bermakna sedang mempunyai atau sedang ada atau sedang dalam keadaan.
English | Melayu |
I am having food | Saya sedang makan |
She is having a baby | Dia sedang mengandung |
They are having fun | Mereka sedang bergembira |
I am having a headache | Saya sedang sakit kepala |
We are having trouble | Kami sedang menghadapi masalah |
2. 'Having' boleh bermakna telah sedang mempunyai atau telah sedang ada.
Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'having' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, 'objek' tertentu diikuti perkataan 'was' atau 'were' diikuti perkataan 'having' diikuti oleh 'non-verb' tertentu.
'Was having' dan 'were having' digunakan bagi masa 'Past Continuous tense'.
Perkataan 'was' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'were' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural'.
English | Melayu |
I was having food at that time | Saya sedang makan pada masa itu |
She was having a baby at the time | Dia sedang mengandung pada masa itu |
They were having fun at that time | Mereka sedang bergembira pada masa itu |
I was having a headache at that time | Saya sedang mengalami sakit kepala pada masa itu |
We are having trouble at that time | Kami sedang menghadapi masalah pada masa itu |
3. 'Having' boleh bermakna selepas atau setelah.
Struktur penggunaan : 'Having' + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'having' diikuti oleh 'past participle' tertentu.
Dalam struktur ini, 'having' boleh bermakna selepas.
English | Melayu |
Having done the math exercise, he looked to do science exercise | Selepas membuat latihan ilmu hisab, dia bercadang untuk membuat latihan sains |
Having found a hotel, they looked for somewhere to have dinner | Selepas menemui hotel, mereka bercadang untuk makan malam di mana-mana |
Having said that... | Setelah berkata demikian ... |
Having spoken with Johan... | Setelah bercakap dengan Johan ... |
Having stated the case... | Setelah menyatakan kes tersebut ... |
4. 'Having' boleh bermakna memandangkan.
Struktur penggunaan : 'Having' + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'having' diikuti oleh 'past participle' tertentu.
Dalam struktur ini, 'having' boleh bermakna memandangkan.
English | Melayu |
Having said that... | Memandangkan telah berkata demikian... |
Having lived in London for five years,... | Memandangkan telah tinggal di London selama lima tahun, ... |
Having seen he worked,... | Memandangkan telah melihat dia berkerja,... |
Having eaten my dinner... | Memandangkan saya telah makan makam ... |
Having bought new shoes... | Memandangkan telah membeli kasut baru... |
5. 'Having' boleh bermakna mempunyai atau ada.
Struktur penggunaan : 'Having' + (objek).
Dalam struktur ini, perkataan 'having' diikuti oleh 'objek' tertentu.
Disini, 'having' boleh bermakna mempunyai atau ada.
English | Melayu |
Having food doesn't not means ... | Mempunyai makanan tidak bererti ... |
Having a baby is enjoyable | Mempunyai bayi adalah menyeronokkan |
Having friends is good for you | Mempunyai kawan adalah baik bagi awak |
Having a gun in your home is like bringing a time bomb into your house | Mempunyai senapang di rumah anda adalah seperti membawa bom jangka ke dalam rumah anda |
The truth about having a third child | Yang benar tentang mempunyai anak ketiga |
6. Lain-lain penggunaan 'having'
English | Melayu |
He admitted having stolen the money | Dia telah mengaku ada mencuri wang itu |
They now regret having gotten married | Mereka sekarang menyesal berkahwin |
Having fun | Sedang bergembira |
Having a headache | Sedang mengalami sakit kepala |
Having trouble | Sedang bermasalah |
I hate having to explain the issue | Saya benci terpaksa memberi penerangan tentang isu itu |
No comments:
Post a Comment