Monday, November 22, 2010

611. Awalan 'di'

Awalan 'di

Dalam bahasa Melayu, awalan di biasanya digunakan untuk hal-hal berikut :

1. Menyatakan arah atau kedudukan tempat

MelayuEnglish
Di sanaThere. Over there
Di siniHere. Over here
Di KLIn KL
Di atas mejaOn the desk
Di dalam bilikIn the room
Di dalam telurInside the egg
Di luar rumahOutside the house
Di tepi jalanBy the roadside
Di hujung blokAt the end of the block
Di bawah kerusiUnder the chair
Di atas awanOver the cloud
Di sebelah pokokBeside the tree
Di sudutAt the corner
Di sebelah kiriOn the left
Di sebelah kananOn the right
Di sebelah bawahAt the bottom
Di sebelah atasAt the top
Di tengah-tengahAt the center
Di kanan awakOn your right
Di kiri AliOn Ali's left
Di puncakAt the peak of
Di sebelah sanaAt the other side
Di rumahAt home
Di MalaysiaIn Malaysia
Di kaunterOver the counter

Catitan :

- Perhatikan, dalam bahasa Inggeris, sesetengah arah/kedudukan menggunakan 'in', 'on', 'at','over' untuk maksud 'di'.

2. Menyatakan kedudukan masa

MelayuEnglish
Di saat iniAt the moment
Di saat ituAt that moment
Di hari iniToday
Di minggu iniIn this week
Di bulan iniIn this month
Di tahun iniIn this year
Di abad iniIn this century
Di awal permainanIn the beginning of play
Di pertengahan pertunjukanIn the middle of show
Di hujung persembahanAt the end of performance

3. Menyatakan perbuatan pasif (kena buat)

Contohnya : Dibaca. Ditulis. Diberitahu.

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa struktur tertentu untuk menyatakan perbuatan pasif. Hahaa pelik kan, nak cakap di saja pun nak guna struktur, pula tu bukan satu struktur tapi lebih dari tiga.

Struktur : 'am' + ('past participle')

('Past participle' ialah ejaan yang digunakan bagi perbuatan dasar/asas keatas perbuatan pasif. Biasanya ditambah dengan 'ed' walaupun tidak semestinya).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : Apabila perbuatan pasif itu berupa kebiasaan sekarang ('Present tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
HantarSendSaya dihantar oleh ayah saya ke sekolah setiap pagiI am sent by my father to school every morning
SuruhAskSaya disuruh bersarapan setiap pagi oleh ibu sayaI am asked by my mother to have breakfast every morning
BenarkanAllowSaya dibenarkan bermain di luarI am allowed to play outside
PengaruhiInfluenceSaya dipengaruhi oleh kawan-kawanI am influenced by friends
IngatRememberSaya diingati sebagai guru paling garangI am remembered as the most fierce teacher

Struktur : 'is' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : Apabila perbuatan pasif itu berupa kebiasaan sekarang ('Present tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
HantarSendDia dihantar oleh ayahnya ke sekolah setiap pagiHe is sent by his father to school every morning
SuruhAskDia disuruh bersarapan setiap pagi oleh ibunyaShe is asked by her mother to have breakfast every morning
HidangServeHe is served with honey every morningDia dihidangkan dengan madu setiap pagi
IkatSealKotak itu dilekatkan dengan gamThe box is sealed with gum-tape
KunciLockThe store is locked every nightBilik stor itu dikunci setiap malam

Struktur : 'are' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : Apabila perbuatan pasif itu berupa kebiasaan sekarang ('Present tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
HantarSendMereka dihantar oleh ayah-ayah mereka ke sekolah setiap pagiThey are sent by their fathers to school every morning
SuruhAskAwak disuruh menyapu lantai setiap pagi oleh guru kelasYou are asked to sweep the floor every morning by the class teacher
BenarkanAllowPesakit-pesakit dibenarkan menerima pelawat in the afternoonThe patients are allowed to have visitors in the afternoon
CuciWashThe cars are washed by three workersKereta-kereta itu dicuci oleh tiga pekerja
SiramWaterPokok-pokok bunga itu disiram air setiap hariThe flower trees are watered every day

Struktur : 'was' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : Apabila perbuatan pasif itu berlaku pada masa lepas ('Past tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
BeritahuTellSaya telah diberitahu lebih awalI was told earlier
MakanEatIkan itu telah dimakan oleh kucing sayaThe fish was eaten by my cat
X-rayX-rayAli was x-rayed just nowAli telah di x-ray sebentar tadi
SebatWhipThe prisoner was whipped last weekBanduan itu telah disebat pada minggu lepas
HentiStopProjek itu telah dihentikan pada January 2012The project was stopped on January 2012

Struktur : 'were' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : Perbuatan pasif itu berlaku pada masa lepas ('Past tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
SuruhAskSemalam mereka telah disuruh berlari keliling padang Yesterday they were asked to run around the field
SuruhAskPada minggu lepas kami telah disuruh berlatih empat jam setiap hariIn last week we were asked to practice four hours every day
BeliBuyMesin-mesin itu dibeli pada tahun lepasThe machines were bought in last year
RobohDemolishRumah-rumah itu telah dirobohkan pada minggu lepasThe houses were demolished last week
TangkapCatchPerompak-perompak itu telah ditangkap pada malam semalamThe robbers were caught last night

Struktur : 'Has been' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : Sesuai bagi menunjukkan perbuatan pasif yang memakan masa yang berlaku pada masa lepas tapi berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir ('Present Perfect tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
KuarantinQuarantineDia sudah dikuarantin sejak minggu lepasShe has been quarantined since last week
KiraCount Bilangan kacang dalam kotak itu sudah dikiraThe quantity of beans in the box has been counted
DengarHearPerbalahan itu belum didengar di mahkamahThe dispute has not been heard in court
BanHaramThe film has been banned since JanuaryFilem itu sudah diharamkan sejak Januari
MaafForgivePembunuh itu belum dimaafkan oleh keluarga mangsaThe murderer has not been forgiven by the victim's family

Struktur : 'Have been' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'
2. Masa : Sesuai bagi menunjukkan perbuatan pasif yang memakan masa yang berlaku pada masa lepas tapi berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir ('Present Perfect tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
AmaranWarnMereka sudah diberi amaran supaya jangan masukThey have been warned not to enter
LatihTrainKami sudah dilatih olehnya sejak bulan lepasWe have been trained by him since last month
LaksanaImplementTiga cadangan sudah dilaksanakan hingga sekarangThree suggestions have been implemented till today
PenjarakanJailLima perompak itu sudah dipenjara sejak tiga bulan laluThe five robbers have been jailed since three months ago
BaikiRepairTiga lif yang rosak itu belum dibaikiThe three broken lifts have not been repaired

Struktur : 'Had been' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : Sesuai bagi menunjukkan perbuatan pasif yang memakan masa yang berlaku pada masa lepas dan berlanjutan hingga satu masa lain pada masa lepas juga ('Past Perfect tense').

Melayu
(dasar)
English
(dasar)
MelayuEnglish
NasihatAdviseDia ada dinasihatkan pada tahun lepasHe had been advised last year
SeksaTortureThey had been tortured till deathMereka telah diseksa hingga mati
TanganiDealMasalah itu sudah ditangani pada tahun 2008The problem had been dealth with in 2008
SembuhCurePenyakitnya sudah disembuhkan lama dahuluHis sickness had been cured long time ago
TerjemahTranslateBuku itu sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh JohnThe book had been translated into English by John

No comments: