Monday, November 22, 2010

612. Awalan 'pem'

Awalan 'pem'

Dalam bahasa Melayu terdapat satu struktur perkataan berupa penambahan atau imbuhan pem diawal perkataan itu, contohnya pembunuh, pembawa, pembasuh dsb.

Dalam bahasa Melayu, biasanya imbuhan pem dilakukan kepada perkataan dasar perbuatan lalu menerbitkan perkataan berupa pelaku kepada perkataan perbuatan dasar tersebut.

Sila maklum, tidak semua imbuhan pem menerbitkan perkataan pelaku kepada sesuatu perkataan dasar perbuatan. Banyak perkataan yang bermula dengan pem secara asalnya bukan disebabkan penambahan, contohnya pembuluh.

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang hampir serupa mungkin berupa imbuhan er diakhir perkataan dasar perbuatan seringkali (tidak sentiasa) untuk menerbitkan perkataan pelaku bagi perkataan perbuatan dasar.

MelayuEnglish
PemborongWholesaler
PembunuhMurderer
PembinaBuilder
PembuatMaker
PemberontakRebel
PemburuHunter
PembelotTraitor
PembayangShadower
pemberiGiver

No comments: