Monday, November 22, 2010

613. Awalan 'pe'

Awalan 'pe'

Dalam bahasa Melayu terdapat satu struktur perkataan berupa penambahan atau imbuhan pe diawal perkataan itu, contohnya pelari, penembak, pemain dsb.

Dalam bahasa Inggeris tidak terdapat struktur seperti itu.

Dalam bahasa Melayu, biasanya imbuhan pe dilakukan kepada perkataan dasar perbuatan lalu menerbitkan perkataan berupa pelaku kepada perbuatan dasar tersebut.

Sila maklum, tidak semua imbuhan pe menerbitkan perkataan pelaku kepada sesuatu perkataan dasar perbuatan. Banyak perkataan yang bermula dengan pe secara asalnya bukan disebabkan penambahan, contohnya petua, pelik, petir dsb.

Dalam bahasa Inggeris, imbuhan er diakhir perkataan dasar perbuatan seringkali (tidak sentiasa) menerbitkan perkataan pelaku bagi perkataan perbuatan dasar.

MelayuEnglish
PemainPlayer
PenolongHelper
PenulisWriter
PekerjaWorker
PemanduDriver
PerenangSwimmer
PenerbitPublisher
PelariRunner
PenorehTapper

No comments: