Monday, November 22, 2010

614. Awalan 'me'

Awalan 'me'

Dalam bahasa Melayu, ada struktur yang berupa penambahan me diawal perkataan asas perbuatan, contohnya dari tolak kepada menolak.

Dalam bahasa Inggeris, tiada struktur yang sepadan dengan penambahan me.

Penambahan me menerbitkan perkataan perbuatan seperti menolak, menarik, melalak, menerbit, melalui, dsb.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan perbuatan yang sedemikian bergantung kepada masa bilakah perbuatan itu berlaku.

1. Jika belum berlaku :

Bahasa Melayu : Saya mahu menolak kereta itu.
Bahasa Inggeris : I want to push the car.

Catitan :

- Gunakan perkataan 'to'.

2. Jika sedang berlaku :

Bahasa Melayu : Saya sedang menolak kereta ini.
Bahasa Inggeris : I am pushing this car.

Catitan :

- 'Present tense'.

3. Jika sedang berlaku tapi sejak masa lalu :

Bahasa Melayu : Saya sudah menolak kereta ini sejak 5 minit tadi.
Bahasa Inggeris : I have been pushing this car since 5 minutes ago.

Catitan :

- 'Present Perfect Continuous tense'.

4. Jika telah berlaku :

Bahasa Melayu : Saya telah menolak kereta ini tadi.
Bahasa Inggeris : I pushed this car just now.

Catitan :

- 'Past tense'.

5. Jika akan berlaku :

Bahasa Melayu : Saya akan menolak kereta ini.
Bahasa Inggeris : I will push this car.

Catitan :

- 'Future tense'.

6. Jika sedang berlaku pada satu masa lalu.

Bahasa Melayu : Saya sedang menolak kereta itu semasa dia sampai.
Bahasa Inggeris : I was pushing the car when he arrived.

Catitan :

- 'Past Perfect Continuous tense'.

7. Menyatakan ada melakukan.

Bahasa Melayu : Saya ada menolak kereta itu.
Bahasa Inggeris : I had pushed the car.

Catitan :

- 'Past Perfect tense'.

No comments: